Saturday 11 July 2015

projek mama dengan anak-anak

Assalamualaikum....

Pagi ini..mama bikin projek dengan anak-anak,saja nak beraktiviti bersama dengan anak-anak di bulan ramadhan ini.





Inilah projek mama tu... buat biskut raya hahaha...alah biskut yang senang je pun, memang niat untuk buat yang senang je supaya anak-anak dapat membantu... buat biskut cornflakes madu, bukan untuk dimakan waktu hari raya pun, tapi untuk dimakan sekarang, alhamdulillah anak-anak pun suka makan.

Dari penuh bekas kuih tu, sekarang dah tinggal separuh bekas, itu belum kira masa tengah buat,sambil buat sambil makan, adelya pun turut membantu...hehehe dan adelya juga yang paling banyak makan... "mama..nak adi (lagi)" ...sekejap-sekejap minta..

Alhamdulillah..projek kali ni berjaya,nanti mama akan fikirkan projek lain pula bersama anak-anak, bukan apa saja nak mencipta waktu berkualiti bersama anak-anak, bukan setakat bawa bercuti, dirumah juga boleh asalkan mama mahu berusaha kan...

dua hari bercuti ni juga,mama dok jadi zombi dekat rumah,bukan marah anak-anak tapi main hantu-hantu dengan anak-anak...tengah anak-anak tengok tv mama saja usik jadi zombi, bertempiaran anak-anak melarikan diri termasuklah adelya...hahaha kelakar tengok adelya melarikan diri... mama ni macam takde benda lain nak main..ada ke main hantu-hantu, alah tidak kisahlah kan, janji dapat bermain dengan anak-anak, sudah penat abang adam berlatih membaca,kita main sesuatu yang menggembirakan anak-anak pula.

Allahummasolli'ala sayyidina Muhammad
Waala'ali sayyidina Muhammad

Wassalam.

5 comments:

  1. Haha.. akak jadi zombi? Meriahla rumah ya.. kat rumah ni naim yg jadi zombi usik orang lain..

    Wah.. syokla projek buat biskut raya beramai2 ni.. anak2 makan banyak tu suka hatilah mama, berbaloi buatnya.. dah besar sikit leh la jadikab projek side income..ada ramai pembantu tu

    ReplyDelete
  2. wah rajin mama...seronoklah spend time dgn anak2.

    ReplyDelete
  3. teringat masa kecil2 dulu...bila time raya...sibuk tekap biskut :-))

    ReplyDelete
  4. sng mmbayangkan riu rendah nya rumah tu dgn tempikan suara dan bertempiaran lagi bila diusik zombi.hihi

    bestnya. x sabar nti nk jak rania teman juga. hihi

    ReplyDelete
  5. saya cadang nak buat biskut ni jugalah aritu
    sekali last minute suami kata tak payah buat, kita beli aje
    hehe...senyum meleret walau ada rasa ralat sebab dah janji dengan anak2
    nantilah cuba cari masa buat =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...