Sunday 31 May 2015

Perjalanan terakhir seorang insan

Assalamualaikum...

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, yang kita tidak tahu bila & bagaimana kematian itu akan datang.

Malam sabtu..adik ipar mesej beritahu keadaan tok semakin teruk,mereka bawa tok ke hospital,akak beritahu en.azmi pagi nanti boleh la kita balik kampung tengok tok.

Dalam pukul 4.20am akak terjaga.. eh bila masa akak kunci jam pukul 4.30 ni? Sebab esok bukan kerja,dalam mamai tu sempat juga berfikir,kemudian telefon berbunyi lagi..oh telefon en.azmi yang berbunyi..rupanya abah call bagitahu tok sudah tiada..innalillahiwainnailahirojiun

Terus akak bangun kemas beg..en.azmi kejut anak-anak mandi dan bersiap selepas subuh kami bergerak ambil adik ipar di kelana jaya.alhamdulillah perjalanan lancar. Di kampung hanya ada abah, mak dan adik2 ipar masih di hospital menguruskan jenazah untuk dimandi dan dikafankan.

Selesai solat jenazah..kain kafan dibuka untuk kami melihat wajah tok buat kali terakhir. Saat ini airmata akak mengalir, teringat pula kali terakhir berjumpa sempat juga la akak tolong tukarkan pampers tok..oh ya tok en.azmi ni sakit tidak bole berjalan dan tidak dapat uruskan diri sendiri..alhamdulillah di pengakhiran hidupnya segala urusannya Allah permudahkan..


Van membawa jenazah ke tanah perkuburan..anak-anak melihat urusan pengkebumian..selepas itu banyak persoalan yang ditanya,sengaja akak bawa agar anak-anak tahu tentang hal-hal berkaitan kematian.. sampai dirumah adrien bertanya "kenapa onyang tak balik?" Akak pun terangkan pada adrien kenapa...

Pada abang adam juga masa dalam perjalanan pulang ke kampung... akak katakan semua orang akan mati,mama juga akan mati dan akan ditanam didalam tanah..cuma masanya tidak tahu bila...

Semoga arwah tok ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...

Pesanan buat anak-anak mama :

Berbuatlah kita sebanyak mungkin amal kebaikan seolah-olah kita akan mati esok hari...memang kematian itu menakutkan melainkan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh

Allahumasolli a'ala sayyidina Muhammad
Waala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

15 comments:

  1. Kematian itu pasti dan pd bila2 masa . sbb tu masuk je syawal , segerakan bayar hutang puasa ... semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya ... al fatihah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas ingatan..inshaAllah..akan segerakan untuk menggantikan puasa setiap tahun.

      terima aksih juga atas doa untuk arwah.

      Delete
  2. takziah kak
    moga allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman

    ReplyDelete
  3. Salam Takziah buat mama serta keluarga, Al Fatihah buat Tok Mama...

    ReplyDelete
  4. takziah..smoga syurga tempatnya di sana..

    ReplyDelete
  5. salam takziah AA....semoga arwah tenang disana..amin

    ReplyDelete
  6. Takziah,...mati itu pasti..semoga arwah atok tenang di sana....



    Singgah blogwalking...:)
    Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

    ReplyDelete
  7. Salam takziah buat AA sekeluarga. Moga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

    Seperti janji Allah, mati itu memang pasti. Cuma sebagai manusia, kita tak tahu bila masanya. Berbuat amal sebanyak mungkin selagi terdaya dan hiduplah sebaik-baiknya...

    ReplyDelete
  8. Takziah kak....sedih rasanya

    ReplyDelete
  9. takziah buat akak sekeluarga. sorry tak baca blog dah lama, kalau tak bolehla ucap takziah masa jumpa semalam, patutnya. saya minta maaf ya kak.

    InsyaAllah perancangan Allah dah yang terbaik, masanya dah sesuai. kita banyakkan doa utk arwah ya..

    ReplyDelete
  10. innalillah
    salam takziah
    alfatihah

    ReplyDelete
  11. takziah kak. moga ditempatkan bersama para solehin arwah tok akak.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...