Monday 8 December 2014

kerja



assalamualaikum...

kerja..kerja....kerja...
selagi belum tutup mata kerja..kerja..kerja..pergi pagi balik senja,ada pulak tu yg pergi senja baliknya pagi,apa sahaja kerja yang kita buat asalkan halal itu dah memadai...ada yang bersungut kerjanya susah kerja orang lain senang..goyang kaki sahaja duitnya masuk...
hai ntah lah...bagi akak apa sahaja kerja ada cabarannya..apa sahaja kerja asalkan dibuat dengan ikhlas pasti akan datang kebahagiaan dan apa sahaja kerja hatta tukang sapu atau tukang cuci pun asalkan memberikan rezeki yang halal itu sudah memadai...kerja itu sebahagian dari ibadah jadi lakukan ibadah kita dengan bersungguh pasti membuahkan hasil yang manis kan...
bercerita tentang kerja ini..ramai yang beranggapan kerja kerajaan itu mudah,tiada tekanan duduk goyang kaki sahaja..oh siapa yang beranggapan begitu tidak apa,akak tidak marah,kerana hakikat kerja kita,kita sendiri yang tahu kan..

akak bekerja disalah satu jabatan kerajaan yang ada dalam malaysia ni..satu ketika dahulu akak pun tak tahu akan kewujudan jabatan ini,bermula dengan pekerja sambilan yang bergaji hari RM22.50 sehari,bekerja sebagai pegawai luar berulang-alik pergi balik kerja dan membuat kerja luar dengan bas,ingat lagi waktu itu kerja akak buat listing rumah dan buat peta,berjalan tengah-tengah panas,membuat peta kawasan perumahan,dikejar anjing berlari tak cukup tanah itu sudah menjadi kebiasaan..pernah buat kerja dikawasan kampung,pinjam motor member sekali motor member rosak,dengan muka tak malunya lepas tu pinjam pulak motor penduduk kampung di situ..tapi pengalaman itu sangat seronok..banyak kenangan sebenarnya,hampir 2 tahun menjadi sambilan banyak pengalaman yang boleh dikutip

May 2000 akak mendapat kerja tetap dijabatan yang sama..
mendapat tetap..akak ditempatkan diseksyen yang lain..terasa lebih mencabar bila berada di seksyen industri,binaan,alam sekitar dan pertanian..berurusan dengan company manufacturing dan construction...kerja dijabatan ini kadang2 terasa seolah-olah nak menjaga tepi kain orang pulak...kerana bila ada orang ramai yang tidak faham tentang kehendak jabatan dan apa penyiasatan yang kami jalankan..ini sedikit sebanyak agak menyusahkan, ramai yang enggan memberikan kerjasama...ada yang mengatakan kami menyibuk...
ye jika kami tidak menyibuk dari mana pula kita semua..kita semua bukan kami sahaja ye..kita semua nak tahu kuasa beli pengguna...bagaimana kita nak tahu tahap pendidikan rakyat malaysia,bagaimana kita nak tahu berapa ramaikah penduduk yang ada dimalaysia...
dan jika kami tak menyibuk untuk tahu berapakah pendapat company sekian2...apakah sumbangan company2 sekian..bagaimana kita nak menarik pelabur2 luar untuk melabur didalam malaysia...wahhh gituu...macamkan penting sangat keje ko kan,keje orang lain tak penting...tak akak tak cakap keje akak penting dan keje orang lain tak penting,cumanya disini kadang2 ada sesetengah masyarakat diluar sana yang susah nak memberikan kerjasama apabila ada pegawai kami yang datang untuk membuat penyiasatan,kami bukanlah nak siasat apakan...ye mungkin ada yang rasa leceh nak jawab soalan2 kami tapi itu dah jadi kemestian untuk kami bertanya..inikan kerja kami jadi kami perlu lakukan...

pun begitu akak juga tak salahkan orang diluar sana,kerana banyak kejadian yang pelik2 berlaku dalam masyaraka kita membuatkan orang ramai takut untuk bekerjasama..tidak pegawai kami jika datang ke rumah2 untuk membuat kerja mereka takkan minta untuk masuk ke dalam rumah,mereka akan bertanya dari luar pagar je,apatah lagi kalau yang datang itu perempuan..tentulah mereka juga takut untuk masuk ke rumah orang...apatah lagi jika terpaksa bekerja dikawasan perumahan yang kebanyakan penduduknya adalah warga asing...sebab itu akak ni bila terpaksa bekerja diluar,memang en.azmi lah yang akan menjadi mangsa temankan akak,akak tidak akan pergi sendirian...

macam dah banyak pulak akak membebel nih..hehehe
ayat pun tunggang langgang..ada yang tak faham minta maaf, kalau ada yang satu jabatan dengan akak yang baca tulisan akak ni tolong tambah apa yang kurang,kalau salah tolong perbetulkan..sebab kerja je kat jabatan ni tapi apa fungsi jabatan pun ingat-ingat lupa..hahahah
 kalau yang rasa rajin tu boleh la jenguk2 ke sini...

department of statistic malaysia
ramai yang taktau apa fungsi jabatan perangkaan ni sebenarnya, kebanyakan yg orang tahu adalah banci penduduk,tapi banyak lagi yang jabatan ini buat sebenarnya...banyak survey yang kami buat...
fungsi kami sebenarnya....

  • Mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kertajaan dalam apa jua bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian atau lain
  • Menyebarkan perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan yang dikumpul itu, bukan sahaja kepada agengsi-agensi kerajaan tetapi juaga kepada pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka 
hahaha...hoih dah banyak sangat ni..bawa2 la berenti membebel kak oiii...
ok satu lagi info...perangkaan ni setiap tahun,ataupun jika ada banci biasanya kami memerlukan ramai pekerja sambilan,boleh la sesiapa yang sudi untuk datang interview, gaji sekarang ni bukan rm22.50 sehari dah ye..itu zaman akak dulu,zaman sekarang dah tak mainlah gaji macam tu..
sekarang dah rm54.00 sehari tau... ok akak rasa dah banyak tu..ye la alang2 sebelum dapat keje tetap boleh la keje sini dulu kan, ramai juga adik2 yang ada degree jadi sambilan kat sini...

ok lah akak stop sekarang hihihi

wassalam

5 comments:

  1. Mintak keje gomen tp x pernah dapat. Rezeki keje private kot. X merasa la duit pencen

    ReplyDelete
  2. Dah rezeki akak kat situ..
    Di saat rasa kerja saya susah, saya pun pernah berkira-kira nak tukar kerja.. tapi bila dimbas dan ditimbang2, rasanya kerja yang saya buat ni dah berikan banyak pengalaman dan kegembiraan kepada saya. Kena hadapi semua yang ada ni dengan baik.. tak.kira kerja kerajaan atau swasta...

    ReplyDelete
  3. Sedar tak sedar dah 14 tahun kak lah berkhidmat dijabatan tu kan..
    telah bnyk pengalaman yg dilalui..
    apa pun kerja kita, bila kira seronok dgn kerja kita, dgn rakan sekerja, dgn bos, dgn majikan..
    nk benti pun rasa sayang..
    semoga kak lah terus cemerlang dlm kerjaya.. inshaaAllah..

    ReplyDelete
  4. lama la akak berkhidmat kn.
    tau tau dlu masa zaman kecik ada org mcm akak datang banci di rumah.

    ooo.baru tahu..
    semoga terus berjaya akak..

    ReplyDelete
  5. saya pernah dengar jabatan ni, cuma skop kerja kurang tau
    ni akak dah exlain tahukah juga
    adik saya keja dekat jabatan kesihatan selangor, dekat dengan concorde hotel tu
    apapun betullah kak, setiap level stress tu berbeza
    kita tak boleh ubah pandangan orang pada kita atau keja kita
    tapi kita boleh ubah kemajuan untuk diri kita
    bangga dengan pekerjaan hasil dari usaha sendiri tu priceless
    apapun moga terus success ye kak

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...