Monday 29 September 2014

Di mana Allah???


Assalamualaikum..

soalan yang senang..namun kadang2 susah utk dijawab..
kerana ia akan berturut dgn soalan2 lain yg menguji minda mama utk menjawab...
dalam hal ini sebagai mama, akak perlu berusaha utk menjawab sebaik mungkin supaya apa yg ditanya dan dijawab adalah bertepatan...

"mama Allah tu dekat mana?"
"mama Allah tu ada berapa?"
"mama Allah dgn tuhan tu sama ke?"

antara soalan2 yg sering ditanya oleh abg adam...

tetiba terbaca satu artikel dari majalah pa&ma...

Soalan:
Anak saya yang baharu bersekolah tadika kerap bertanya soalan “Di mana Allah?” Saya tidak tahu apakah jawapan yang sepatutnya diberikan. Suami pula melarang anak daripada bertanya soalan tersebut. Saya jadi tertanya-tanya, bolehkah bertanya soalan tersebut? Jika boleh, apakah jawapan paling sesuai?
Jawapan:
Apabila anak-anak kita bertanya tentang Allah, ia adalah petanda yang baik. Ia bererti mereka berminat untuk tahu lebih lanjut tentang pencipta mereka dan alam ini. Ia lebih baik berbanding kebiasaan masyarakat kita yang lebih kerap memperkenalkan anak-anak tentang hantu dan pelbagai khurafat lain berbanding Allah.
Ia juga lebih baik berbanding kelaziman masyarakat kita yang suka fokus kepada pendidikan hukum-hukum fiqh berbanding pendidikan tauhid dan aqidah. Dibolehkan bertanya soalan “Di manakah Allah?” kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah bertanya kepada umat Islam pada zaman baginda soalan yang sama.
Hadis berikut menjadi rujukan: Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami menceritan: Saya pernah memiliki seorang hamba wanita yang bekerja sebagai pengembala kambing di gunung Uhud dan al-Jawwaniyah (satu lokasi berhampiran gunung Uhud).
Pada suatu hari aku pergi memeriksa, ternyata seekor serigala telah membawa lari seekor kambing. Saya adalah seorang lelaki daripada Bani Adam, aku marah sebagaimana mereka (Bani Adam) juga marah, lalu aku menampar (hamba tersebut).
Maka aku mendatangi Rasulullah s.a.w (dan menceritakan apa yang berlaku), lalu baginda memandang berat apa yang telah aku lakukan (yakni menampar hamba wanita itu). Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah saya memerdekakannya?” Baginda menjawab: “Bawa hamba itu kepadaku.”
(Setelah dibawa menghadap Rasulullah), baginda bertanya: “Di manakah Allah?” Hamba itu menjawab: “Di atas langit.” Baginda bertanya lagi: “Siapakah aku?” Hamba itu menjawab: “Kamu ialah Rasulullah.” Maka Rasulullah bersabda: “Merdekakanlah dia kerana dia seorang wanita yang beriman.”
Hadis ini sahih, dikemukakan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, hadis no: 836/537. Di dalamnya terdapat beberapa pengajaran. Pertama, Rasulullah s.a.w memandang perbuatan menampar seorang hamba wanita sebagai satu kesalahan yang berat.  Baik wanita hamba atau wanita merdeka, Islam menegah seorang lelaki daripada mengasari mereka.
Kedua, Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah?” Pertanyaan ini menunjukkan ia adalah sesuatu yang dibolehkan dan bukan satu kesalahan. Bahkan jawapan daripada pertanyaan ini telah Rasulullah jadikan sebagai salah satu kayu ukur bagi menentukan sama ada hamba tersebut adalah seorang wanita beriman atau tidak.
Oleh itu berdasarkan hadis ini, dibolehkan bertanya “Di manakah Allah?” dan jawapannya ialah “DI atas langit.”
Berdoalah kepada Allah agar kita diberikan kefahaman yang baik lagi tepat tentang-NYA dan dapat menjelaskan secara hikmah kepada anak-anak. Sesungguhnya ilmu tauhid dan aqidah adalah ilmu yang penting lagi mulia, maka hendaklah berusaha dan memberi keutamaan kepadanya.
Jawapan oleh Hafiz Firdaus Abdullah (Penulis buku agama)
Dipetik daripada majalah Pa&Ma Januari 2014

selepas ini kalau abg adam bertanya lagi,boleh la mama bercerita.. dimanakah Allah..

sebelum ni becerita kisah nabi, mama pun bagitau la nama abg adam tu diambil sempena dgn nama nabi adam.. abg adam ooo kan aje..
faham atau tidak tak mengapalah, asalkan mama dpt bercerita pada anak2...



 
mama bangga dengan abg..
moga abg menjadi anak yg soleh, mampu mendoakan mama ngan papa bila mama ngan papa tiada nanti, dpt membimbing adik-adik ke jalan yg lurus..
wassalam

6 comments:

  1. amin.semoga anak2 kita akan membesar sebagai anak yang soleh dan solehah..begitulah kita ibu bapa ni perlu terus mencari ilmu untuk membesarkan anak2 sebaik mungkin..nice sharing aryan azra..tq so much

    ReplyDelete
  2. Sukar jg nk menjawab soalan anak2 ni kan..
    Tq sbb sudi share info yg berguna ni.
    Semoga abg adam jd ank yg soleh&berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  3. budak usia gini memang suka tanya soalan buat kita pening kepala
    biasa kalau afif tanya saya jawab gitu juga, atas langit =)
    apapun moga abg adam menjadi anak yang soleh
    jadi pemimpin tuk adik2, amin

    ReplyDelete
  4. Tak terjawab kekadang dengan soalan dorang ni.

    ReplyDelete
  5. lepas ni kalau uwais tanya soklan yang sama, boleh la jawab mcm tu :)

    ReplyDelete
  6. Bijaknya abang Adam ni. Dah mula ada perasaan ingin tahu pasal Tuhan ya.. bagus cara akak jawab kepada Adam ni.
    Moga kita juga dapat didik anak2 anugerah ni baik2 kan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...