Wednesday 3 September 2014

cuti merdeka


assalamualaikum semua...

apa khabar semua? diharapkan semuanya sihat-sihat sahaja ye...
akak tetiba lak rasa macam sakit tekak...hukhuk..
rasa letih..tapi tetap kena kerja,terpaksa ot lak tu, kalau tak ot bertimbun lak keje..
hehehe..ok stop pasal keje..

cuti merdeka hari tu kami sekeluarga pulang ke kampung,
jumaat selepas solat jumaat bergerak balik..
akak sengaja amik cuti hari tu..
perjalanan alhamdulillah lancar je walapon banyak juga kereta kat highway tu..

sabtu..plan asal nak ke water park yg baru dibuka kat temerloh tu.. tp ding dong2x..
hari dah nak tengah hari masih tak gerak2 lagi,akak taktau apa plan sebenarnya..
sudahnya tak jadi ke water park,pegi tengok wayang,
akak sebenarnya taknak pegi tengok wayang sbb terasa susah lak nak bawa adelya tgk movie tu..
nak duduk ke dia nanti?
en.azmi kata bawa je...ok lah kita pegi je lah, asalnya suruh acik imah bawa abg adam je tengok movie sbb abg adam suka sangat tengok citer kat tv...


ye..inilah citer yg abg adam nak tengok sangat tu..
remaja mutant ninja penyu..ehehe..


masa dalam wayang..
sebelum movie bermula semua penonton diminta bangun utk menghormati lagu negaraku..
alamak..akak tengah menyusu adelya waktu tu..
tengok semua orang bangun tak kira bangsa dan agama, akak pun bersemangat bangun siap akak menyanyi lagi..hehehe
terasa bersemangat patriotik pulak waktu tu, 
bila tengok anak-anak muda, berdiri menghormati lagu negaraku itu..
tetiba teremosi sekejap dengan keadaan dalam panggung waktu itu..

yang mencabar masa tengok wayang..tentulah adelya yg tak mahu duduk diam..
adelya nak tido sebenarnya..tp ye lah tak selesa tambah pulak bila dia nak pejam...
muzik bunyi kuat, terus meraung dan meragam... nanti kita tengok cerita princess la pulak adelya ye, mungkin adelya suka..hehehe
kali ni kita layan permintaan abg adam dulu ok..
habis tengok movie pergi ronda tengok water park..
kat kubang gajah temerloh, ok juga kawasannya boleh la nak pergi main,
inshaAllah ada rezeki boleh pergi nanti..

hari merdeka..
pakat ramai-ramai pergi berkelah kat janda baik,
tok pun kitorang angkut sekali, 
sebabkan sampai dah terlewat memusing-musing cari tempat utk lepak sayangnya dah penuh,
tp mujur ada juga tempat yg sesuai akhirnya..
hajat hati nak juga berendam dgn anak-anak waktu tu,
tapi memndangkan keadaan sekeliling terus tak jadi..hahaha
berlagak diva pulak akak ye..dah siap baju utk berendam tp mungkin lain kali hehehe..
bagi en.azmi dan mak2 sedara yg layan anak-anak..


tengok tu.. 
semangat si adelya main air, seronok je dia,mcm abg2 dia masa kecik2 dulu jugak..
seronok deme berendam, akak tengok je la..
lagipun hari mendung dan hujan...sejuk le pulak nak berendam, lepas dah puas semua..
balik la kami, singgah pasaraya kat bentong pulak lepas tu..
dah lama juga tak jejak kaki kat bentong nih, 

oh ya malam sebelum tu kitorang buat makan-makan celebrate besday mak mentua, abg ipar,adik ipar dua org dan adelya...meriah la, sbb ramai yg dapat hadiah, yg besday lambat lagi ni pun dapat hadiah jugak dari langkawi...hoih gumbira la hati..hehehe...
kali ni akak berjaya memasak lagi satu jenis masakan utk makan malam..hehehe
ala..guna rempah masak hitam yg dibeli dari izan tu...
risau je takut tak menjadi,bukan apa tak biasa memasak di kampung macam tu la jadinya..
sikit-sikit ketar...hahaha
ramai-ramai masak semua ada part masing2, adik ipar siap panggang ayam lagi, guna pemanggang ajaib dari langkawi..
tok makan sampai habis ayam seketul sedap katanya bila akak tanya...

isnin...
plan nak balik ke klang sesudah zohor,
tp dapat undangan dari kawan akak yg duduk di mentakab,
tak sampai hati lak nak tolak lg pulak, dah lama tak jumpa dia..
ajak en.azmi dia kata ok..so pergilah akak,en.azmi dan adelya,,adrien kena tinggal sebab tido malas nak kejutkan...
 
last jumpa member ni masa lepas stpm 97..
akhirnya dapat jumpa kembali..
kawan sekolah dan seasrama..
sekolah abu bakar school temerloh..
banyak kenangan tu...
sapa-sapa nak pergi temerloh mesti lalu sekolah tu,tepi jalan je..
 
 
walapon sekejap je dapat jumpa tp tetap seronok,
anak dia sama umur dgn adelya..
masih cantik dia ye...

akhirnya, lepas isyak kami bergerak balik ke klang,
jalan jem le pulak..
pukul 12.30pm baru sampai rumah,rasa letih sangat...
tido sekejap dah kena bangun utk pegi kerja..
hehehe...

terima kasih sudi baca..jumpa lagi
wassalam

4 comments:

  1. Next time blh pegi Taman Tema tu.. tggu org temerloh boring men kat situ.. hehe..
    Bila kak lah nk join kitaorg berendam ni?? hehe..
    Biasa la mandi sungai, payah nk dpt tmpt yg sesuai.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya aktiviti hari merdeka akak ni.. banyak tempat tu korang berjalan..bestnya tgk movie sama2 ya..sejak anak dua saya tak pernah pun pergi tengok wayang.. hihi..

    Sempat jumpa dengan kawan lama lagi tu...bestnya...

    ReplyDelete
  3. wahhhh seronoknya. mesti smpi kecut2 tgn tu budak2 tu berendam hihihii

    ReplyDelete
  4. wah banyak aktiviti cuti panjang merdeka aritu
    bebudak mesti paling seronok
    saya boleh bayangkan macamana adelya tak selesa dalam wayang
    aisyah dulu gitu juga masa saya bawa tengok transformer
    tak reti duduk diam, saya yang tak boleh fokus...hehe
    tetiba teringat celoteh dia dan afif, dah tiga hari saya tak jumpa dia, rindu =(

    p/s-saya baru perasan blog akak ni dah lain
    tulisan lagi better dari sebelum ni, suka =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...