Thursday, 27 June 2019

Lama mencari

Assalamualaikum...

Sejak ramadhan hari tu mama mencari benda nih sebab ustazah kata ok. Mama pun nak cubalah sebab apa yang ustazah cakap tu berkaitan dengan apa yang mama lalui. Dok survey2 tapi tak jumpa, ada la jumpa dekat shoppe tapi takdelah mama ni reti nak membeli.

Hari tu ada adik ni cakap dekat aeon big rumah dia ada kedainya, mama cakaplah dah lama cari, tengok2 adik ni tolong belikan. Jadi marilah mama cuba, mana tahu masalah dapat diselesaikan heheheh...tengok tv3 hari tu ada cakap pasal produk ni, rasa macam bagus itu yang lagi buat mama nak cuba tu.


Inilah benda yang mama cari tu...olivie, minum sesudu pagi sebelum makan dan sesudu sebelum tidur. Rasanya pahit tapi alhamdulillah mama bolehlah telan walaupun pahit,ubat takkan nak yang manis-manis je kan. Moga dengan izin Allah minyak zaitun ni dapatlah menyelesaikan masalah mama. Kata Dato' Badlishah kita sebelum makan baca doa dan mintalah berkat dari makanan tersebut. Sebelum makan kita cakaplah dulu dengan makanan tu,ini tidak kita selalu salahkan makanan "taknaklah makan nasi nanti gemuk" "taknak makan tu banyak kolestrol" sebab kita cakap macam tu lah yang jadi gemuk tu, sebab apa yang kita cakap tu jadi doa. Tapi nak makan apa pun biarlah berpada.

Okeh tak boleh nak bagi review lagi tentang olivie ni sebab baru cuba, nanti kalau dengan izin Allah masalah selesai bolehlah mama cerita kan.

Wassalam

7 comments:

  1. Masa bln puasa hr tu ada nmpk booth olivie ni kat subang parade. Tak tau yg kak lah mencari.
    Semoga dpt selesaikan masalah yg dihadapi dgn izin Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. Syaza pun pernah minum Olive Oil ni dulu. Rasanya memang kaw sangat xD

    ReplyDelete
  3. bab pahit2 ni klu dana payah sikit nk telan kak, tp kalau dh terpaksa... telan jelah kan... lagi2 klu nk baik punya psl

    ReplyDelete
  4. tak pernah cuba lagi...bab pahit ni yg tak rajin ni hahaha...anyway singgah jalan² sambil follow sini #223...salam ukhuwah��

    ReplyDelete
  5. W'salam..
    Semoga menjadi penawar dan berkesan..

    ReplyDelete
  6. Bagus utk apa Ni. Mama doakan Aryan cepat sihat ye

    ReplyDelete
  7. member aida jual ni, AA.
    ada kedai di cyberjaya.
    boleh juga call dia if nak cod.
    aida belum try. nak juga.
    just lom lagi :)
    kat tv3 kan, memang ada program nyer.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...