Monday, 24 June 2019

Dah lama tak meruncing

Assalamualaikum...


Apa macam..runcing ke idok??? Hahahah tak sedar diri dah masuk maghrib nak juga pakai kasut tinggi 3 inci. Jumaat ada majlis hari raya di jabatan mama,kami buat di suk selangor. Parking dah la jauh ada hati mama ni nak bertumit tinggi. Sudahnya malu pulak. Kasut dah lama teringin la nak pakai elok lago kan. Sepanjang majlis tu pakai la, sambil-sambil tolong2 tengok dekat booth seksyen kami booth bihun soto.

Unit Prosesan & Analisis, macam2 gaya ada, yang abe wae tu dah macam ironman pulak, ada yang mendongak atas ntah apa yang ditengoknya entah hantam sajalah

ini ramai-ramai dengan anggota PSH sekali..ehh si baju merah belakang tu ada je menyelit, katanya "aku kena ada setiap gambar kalau tak bagi aku tak buat gaji korang" hahaha...ikut le en.mazlan oiii

para pemenang program the biggest loser..Tahniah buat semua
Meriahlah sambutan raya kami tu, disamping tu ada jugalah majlis penyampaian hadiah untuk pemenang program the biggest losers yang dianjurkan, alhamdulillah ramai juga yang berjaya turunkan berat badan. Objektif utama bukanlah untuk turun berat badan tapi untuk gaya hidup sihat. Ramai juga yang minta program diteruskan pada tahun depan dan hadiah perlu lebih hahaha...tahun ni tempat pertama dapat rm300,kedua rm200,ketiga tm100, untuk saguhati rm50 seorang untuk 5 pemenang. Kumpulan terbaik rm150. Kira oklah tu kan. Ramai yang terkejut sebab tak sangka dapat hadiah walaupun saguhati.

selipar surau yang mama rembat...pinjamlah nanti pulangkan semula
Balik mama rembat selipar surau, bukan rembat terus isnin nanti pulangkan la balik heheh... Tak mampu dah nak bertumit tinggi nak jalan ke parking jauh,lagipun hari macam nak hujan kang jenuh nak berlari dah la tangan kiri kanan penuh barang, ikutkan mama ni ok lagi nak berlari dengan tumit tinggi tu. Dulu2 dukung anak pun pakai heels 3 inci. Bila dah tua ni je dah malas, tinggalkan je si tumit tinggi di ofis kalau ada urusan rasmi baru mama pakai.

Belum habis cerita raya selagi belum habis syawal ni, layan sajalah kan. simpan sebagai kenangan.

Wassalam.

11 comments:

  1. Maghrib sgt ke?. Rasa senja lg la kot?.
    Saya sejak terjumpa 1 brand high heel sedap sgt dan "pork free" kat sini, kemaruk nak kumpul.

    ReplyDelete
  2. dah ucap selamat tinggal kat high heel, tk larat den..hehe..

    ReplyDelete
  3. wahhhh lawo kasut tumit tinggi akak tu kak...
    hehehe sesekali apa salahnya kak bertumit tinggi 3 inci, jamuan raya kan
    mesti akak pun dpt kan hadiah utk biggest losers tu...

    ReplyDelete
  4. Serius Mrs. A tak sanggup dah kot nak meruncing hahhaaaaha...
    al-maklumlah lutut ni dah kondem.

    ReplyDelete
  5. Saya masih pakai lagi tumit tinggi, anak-anak belikan.. abg cakap mak nampak seksi pakai tumit tinggi.. hahhaha.

    ReplyDelete
  6. BERGAYALAH SESEKALI YAN ASAL HEPI

    ReplyDelete
  7. Runcing bangat tu.. 😆😆
    Ira mmg semulajadi kaki x sesuai nk meruncing gitu. Ada xde pun masa memula keje dgn masa konvo. Itu pun skejap je pakainya.

    Bila asik sakit kaki je, pg klinik doc ckp semula jadi flatfoot. Kene pakai kasut yg ditempah khas. Huhu..x terduitkan nk tempah kasut khas. So pakai la kasut2 tapak rendah dan lebar yg comfit mampu milik. Hehe..

    Kdg2 jeles jgk tgk org blh beli kasut yg murah2, cantik2.. Tapi nk buat cemana kan, redha dgn kurniaan Allah, ada la hikmahnya tu.
    Kurang2 xla detak tumit kasut tu menggoda sesiapa yg mendengarnya kan. Hihi..

    ReplyDelete
  8. memang runcing sangat tu..hihi

    ReplyDelete
  9. Bila mama pakai heels haha... Dah lama juga tinggalkan zaman kasut tumit tinggi kihkih...

    ReplyDelete
  10. Wah meriah sambutan Raya.. mama dah lama prncen pakai heels.. gayat oo

    ReplyDelete
  11. hi hi hi hi hi... aida da lama da meruncing di kaki, AA.
    tak mampu!!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Cerita minggu lepas

Assalamualaikum.... Alhamdulillah...semua kerja berjaya siap seperti yang telah ditetapkan. Hujung minggu lepas rasa seronok dapat berada ...