Tuesday 11 June 2019

Syawal 2019

Assalamualaikum...

Dah 7 syawal kita, terasa sekejap waktu berlalu. Apapun hidup perlu diteruskan, syawal juga berjalan seperti biasa, tahun ni takde gambar satu keluarga,entahlah tak rasa macam nak ambik gambar pun mungkin sebab sibuk,pagi raya kalut balik kampung mama jumpa adik-beradik sebab ada yang nak balik dah lepas solat raya tu, pakcik baru kerja tak dapat cuti dapat balik sekejap je, makndak nak balik utara pula. Dengan adik-beradik pun tak sempat bergambar ramai2,dok tunggu siap semua dapat call dari family en.azmi dah nak gerak pergi beraya rumah saudara,kalutlah balik kampung en.azmi pulak,takpelah panjang umur tahun depan kita bergambar raya. Tahun depan kita raya kampung mama dululah hehehe..tahun ni tak plan berubah sebabnya bawa balik kereta kecik tak dapatlah nak angkut toto,bantal semua kan, nak tidur rumah mama kena bawa semua tu sebab dah takde mak ayah kan.


Sampai kampung en.azmi, dorang ajak bergambar dulu jadi inilah family potrait untuk hari raya,semua ada kali ni lengkap semuanya. Nak snap pic family mama je memang tak dapek laa...ada yang pegi toilet,ada yang mood tak ok,sudahnya tak payahlah bergambo mohler kita pergi beraya. hari raya pertama kita beraya dirumah saudara sebelah tok, dekat-dekat saja rumah semuanya di paya luas kampung belakang HOSHAS je. ada rumah yang pernah pergi ada rumah yang belum pernah mama pergi. seharian berjalan perut memang penuhlah kan, dah rumah hujung2 tu jamah apa yang patut sajalah, yang paling banyak minum airlah. Beraya sampai petang lepas tu baliklah.

Raya kedua cadang beraya ke rumah saudara wan pulak. Pagi-pagi mama pergi kampung mama dulu jumpa anak2 buah yang baru sampai petang raya pertama, berjumpa tu sebab petang dorang nak balik dah, takut tak sempat jumpa sebab nak pergi berayakan tak tahu balik pukul berapa. So kita pergilah jumpa dulu darwisy dan daiesha, salam-salam bagi duit raya, selain tu jumpa adik-beradiklah sebab semua pun dah nak balik raya kedua tu, sebab dorang dah kerja raya ketiga. duduk sekejap je kemudian mama ajak en.azmi gerak balik takut orang dah menunggu kami kalau berlama-lama, raya kali ni tak sempat mama nak beraya ke rumah jiran-jiran, tahun depanlah nampaknya kalau umur panjang. Raya kedua ni rasa tak berapa best sebab perut mama bikin hal asyik nak ke toilet je, makan pun terpaksa controllah, rumah pertama makan nasi, rumah kedua tak mampu dah perut buat hal, en.azmi ajak pergi surau yang terletak sebelah rumah tu je, teruslah laju ke surau, en.azmi solat mama pun buat bisnes hehehe..

Bergambar ramai2 dirumah makcik, mana mama??? Nun dibelakang sana hahaha,saja menyorok dibelakang
Lepas tu terus ke rumah makcik en.azmi pula di kampung tekal temerloh, oh ya tok dengan wan ni memang asalnya temerloh jadinya rumah saudara mara pun dekat area temerloh jugaklah, takdelah jauh sangat nak berjalan raya tu. cuma abg adam tu ada bertanya mama "kenapa kalau raya sebelah papa mesti kena naik kereta,kalau sebelah mama jalan kaki je rumah dekat-dekat" "abang..mama tu kita jalan rumah jiran-jiran2 je sebab tu dekat jalan kaki je, saudara mara jauh kita pergi rumah jiran je la, papa pulak kita pergi rumah saudara mara" "mama beraya rumah jiran-jran tapi kenapa papa tak beraya rumah jiran-jiran?" ohhh yang itu mama tak boleh jawab kena papa lah yang jawab heheh.


Raya ketiga beraya ke rumah besan tok dengan wan.Mood tiga-tiga ok masa nih jadi terus mama snap pic dorang, yang sorang tu memang tak makan saman pergi beraya pun pakai seluar track je, dah suruh pakai seluar jeans tak dimahunya,tak selesa katanya hemmm adrien ni memang macam tu kalau dia kata taknak tu memanng taknaklah kan. sudahnya mama biarkan saja. Alhamdulillah rezeki anak2 dapat banyak baju setiap kali raya dan setiap kali itu jugalah bermula raya kedua mama akan pakaikan baju-baju yang anak2 dapat sebagai menghargai pemberian mak-mak saudara, baju yang mamapapa beli lainkali kita boleh pakaikan,walaupun bujang berdua dah pandai pilih baju yang dorang suka tapi dah masa beli tu dorang takde mamapapa beli je la yang mana berkenan. Raya kan sebulan kita pakailah semua baju untuk ke open house nanti.

Alhamdulillah kali ni pergi balik perjalanan kami lancar tak sangkut dalam kesesakan langsung. Kami balik kampung hari isnin pagi dan balik semula ke rumah hari sabtu pagi. Memang lancar saja perjalanan kami, saja balik awal sebabnya nak elakkan kesesakan dan mama pun ada masa untuk mendobi baju-baju yang ada mengemas rumah dan bermulalah rutin meng'iron' baju sekolah anak-anak. Isnin mama bercuti lagi saja nak ambik cuti lebih.

Itu je lah cerita syawal 2019 kami ni.

Wassalam



12 comments:

  1. Kami pun takde family potret yg lengkap raya ni. Sbb ambik pic gilir2.

    ReplyDelete
  2. Samalah. Kami pun kembali ke rumah sabtu pagi.. Alhamdulillah tak sesak jalannya.. Nampak meriah sambutan raya korang ni. Oklah jugakan walaupun ada sorang tu mcm tu.. Haha, kat rumah ni pun ada juga sorang, wakil buat hal.. Bila kat rumah org jr dia buat hal, balik rumah sdiri elok aje.. Sabar jelah

    ReplyDelete
  3. Oleh kerana adik beradik tak lengkap raya tahun ni kerana giliran beraya di rumah mertua masing-masing..maka tak ada gambar keluarga..lebih-lebih lagi bila ada yang kena balik awal kerana tuntutan tugas.

    ReplyDelete
  4. aida ada bergambar famili.
    pagi raya umah abah mak aida. wajib gambar famili.
    tapi tu la. abg ipar lom update.
    amik guna camera dslr dia :)

    selamat hari raya dari aida buat AA ye.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya mama Aryan.

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya buat mama sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Azra....
    Tulah ... Pagi Raya mmg tak berapa nak sempat nak bergambo. Samalah hakak pun. Sudahnya tak dpt gambo satu family. Lain kali sebelum balik kg kena ambik gambo family dulu Azra. Nampak sangat pulak excited ek hahahha

    ReplyDelete
  8. Susah nak gambar satu famili besar kan .. Haha, sudahnya bergambar saja dgn apa adanya ...

    ReplyDelete
  9. Bab bergambar tu memangmsetiap tahun problem. Tak pernah nak elok 1 famili.haha kami pun taun ni tak bergambar sgt.pic 1 famili proper pun takda. Takda orang nak tolong snapkan

    ReplyDelete
  10. Salam Aidilfitri mama..
    Sha ada bergambar sekeluarga tapi dengan MIL tak ada.. MIL tak nak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  11. Meriahnya.. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...