Tuesday, 18 June 2019

Jauh atau dekat?

Assalamualaikum...

Masih dalam mood syawal. Jadi mari kita menulis berkisarkan syawal lagi la. Tapi bukan nak cerita pasal raya mama lagi cuma nak cerita sedikit isu tentang raya. Pernah seorang kawan bercerita yang kakaknya sejak berkahwin tak pernah dapat balik beraya dikampung sendiri,pagi2 raya mesti call mak dia nangis2. Begitulah ketetapan dari mak mentua dia, selagi dia hidup anak2 mesti balik beraya dirumahnya...

Gambar yang sempat diambil bersama anak jepun yang mashammm tu sebab baru bangun tido

Alhamdulillah... mama terdengar ceramah ustazah asma harun berkaitan isu ini. Kata ustazah..kita sebagai emak yang punya anak lelaki perlu ajar anak kita untuk berlaku adil pada isteri. Adillah walaupun dalam hal yang kecil seperti balik beraya dikampung siapa. Kuasa...Allah berikan pada suami,tapi suami dikira tidak amanah jika menyalahgunakan kuasa. Emak pun janganlah hanya minta anak lelaki kita taat pada kita,tapi anak kita sebagai suami juga perlu taat kepada ibubapa mentuanya. Apatah lagi jika isteri kita tu adik beradiknya semua perempuan dan semua perlu balik ke rumah mentua, isteri berdosa jika ibunya berkecil hati padanya.

Peranan pasangan yang dapat beraya dikampung adalah gembirakan pasangan yg tidak dapat beraya dikampungnya. Pasangan dah sedih tengok adik beradik share gambar dekat whatsapp group, kita pula keluarkan kata2 yang menyakitkan hatinya "awak ni macam tak ikhlas je raya kat sini" jangan cakap macam tu,tapi ucapkan terima kasih sebab dia sudi beraya dikampung kita. Orang lelaki perlukan penghormatan jadi isteri perlu berkata dengan kata2 yg menunjukkan penghormatan,wanita pula lebih perlukan perhatian dan kasih sayang jadi ucaplah kata2 yang sesuai.

Macam mama ni takde masalah sebab mak ayah dah takde, tapi walaupun mak ayah takde tapi masih ada adik-beradik yang mama tetap hendak bersama  mereka dihari raya dan bila kawan2 tengok dorang cakap seronok sebab kampung mama dengan en.azmi dekat2 senang nak berulang alik,tapi bagi mama kan jauh ke dekat semuanya bergantung pada kita.Kalau jauh tu kita boleh spend masa sepenuhnya dengan keluarga suami/isteri je. Kalau dekat2 ni kadang2 letih berulang dan kadang2 ada konflik jugak, konflik dalam dirilah hingga kadang2 rasa sedih. Perempuan ni banyak terkait dengan emosi, kadang sukar berterus terang jadi membuatkan kita tenggelam dalam emosi walaupun berkaitan hal yang kecil.

Status mama berkaitan hal ini mendapat perhatian rupanya, ada kakak di ofis ni cerita 18thn berkawin dia lalui apa yg mama tulis dan tahun ni buat pertama kalinya dia beraya dengan gembira(bukanlah bermakna sebelum ni tak gembira) tapi gembiranya lebih terasa sebab dapat buat apa yang dia mahu, Allah makbulkan doa dia. Mama dapat rasa apa yg akak tu rasa, dapat berlama2 dengan ibu ayah dipagi raya, dapat membantu emak didapur apatahlagi akak tu anak sulung, kadang dia rasa ada tanggungjawab juga nak menolong emaknya sediakan juadah raya. Ya setiap orang pasti akan gembira jika dapat bersama keluarga sendiri bukan bermakna tak gembira dengan keluarga mentua, tidak...jgn salah faham ye,cuma gembiranya lain bila bersama keluarga sendiri.

Walauapapun moga kita semua dapat berlapang dada,sentiasa redha walau dimana sahaja kita beraya, berbahagialah dihari yang sepatutnya kita berbahagia.

Wassalam

15 comments:

  1. Kesian..
    Beliau kena solat hajat 20 rakaat..
    moga ada jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  2. Saling bertolak ansur antara kunci kebahagiaan rumah tangga. Suami kena pandai main peranan agar hati si ibu dan si isteri tidak terasa.

    ReplyDelete
  3. SEBELUM KAHWIN BUAT JANJI DULU TENTANG KAT MANA NK SABUT RAYA...BILA TIBAWAKTUNYA TAKLAH BERGADUH MANJANG

    ReplyDelete
  4. Saya tak reti nak komen tentang ni... sebab mak ayah dah tak da... mak dan pak mentua pun dah tak da. Raya pun sendiri2 dgn adik beradik di KL. Rumah kami pun dekat2... satu taman. Cuma sorang saja yang tinggal jauh di perantauan.. adik perempuan saya yang menetap di US.

    ReplyDelete
  5. keluarga adalah segala-galanya.

    sungguh beruntung mereka yang masih ada emak dan ayah ..

    hargai mereka dan kenangi mereka setiap masa

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdulillah, since kahwin tak pernah ada isu nak balik beraya ke mana.

    ReplyDelete
  7. Kesiannya kalo dpt ibu mentua yg tak boleh bertolak ansur mcm tu, sepatutnya sebelum kawen selidik dulu, buat pwrjanjian hitam putih siap2, kalao dah kawen apa lagi nak buat, kalau boleh bawak bincang, bawaklah berbincang dgn mak mentua tu sekali.

    ReplyDelete
  8. Insya Allah mama akan ajar of Syafi.. krnalah faham nanti kan

    ReplyDelete
  9. sedihnya kak, klu sya mmg zalim la suami ngn mertua nya... sya sebelum kawin dh bg syarat siap2... ikut giliran...
    kalau raya johor dulu, raya ke3 balik kerteh... kalau raya kerteh dulu raya ke3 balik johor...
    begitulah setiap tahun sampai akhir hayat... kecuali ada2 kes yg tak dpt dielakkan...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah Kak Laili ni raya kat mana-mana pun happy.
    Almaklumlah memang hobi beraya hahaha

    ReplyDelete
  11. kesian kt menantu & besan kalau mertua buat syarat macam tu...nak beraya pun mesti rasa x happy..

    ReplyDelete
  12. Kesian kalau kes mcm ni kan.. Biasa kita dgr kes gini bangsa cina.. Kwn2 sy yg cina mmg redo sambut CNY kat rumah mil dan balik rumah sdiri lepas tu.. Moga ada penyelesaianla utk mereka yg ada masalah gini. Kita sbg orang luar xfaham keseluruhan kes, kdang2 yang memandang tak tahu apa yg menananggung tu rasa sepenuhnya.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..
    Bagi ira beraya kat mana2 ada keseronokannya tersendiri.
    Kalau umh mak sendiri penat + sibuk la pepagi raya tu. Ada la acara tradisi family sendiri kan, yg mmg takkan sama la dgn umh mertua.
    Kalau umh mak mertua, rileks sket 🤭🤭 sbb ada masterchef dan adik2 yg rajin ke dapur.

    Bagi kes kwn kak lah tu, mmg kesian la kat dia dgn mak dia. Syukur dpt juga dia beraya dgn mak dia wp lama menunggu peluang tu.
    Ustaz haryanto pun ada pesan, jadi la mertua yg bertimbangrasa. Permudahkan urusan anak2.
    Ye la kan, kdg2 anak2 jd serba salah dgn permintaan kita. Harapnya kitaorg da tua nnt, jadi mertua yg bertimbangrasa la. Dan dpt besan pun yg bertimbangrasa. Aamiin..

    ReplyDelete
  14. Good sharing TQ for sharing

    ReplyDelete
  15. sensitif hal ni sebenar nyer.
    sib baik la aida xde masalah ni.
    sape yg ada masalah, moga bersabar lah kan.
    bertolak ansur.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Cerita minggu lepas

Assalamualaikum.... Alhamdulillah...semua kerja berjaya siap seperti yang telah ditetapkan. Hujung minggu lepas rasa seronok dapat berada ...