Tuesday, 2 July 2019

Masih beraya lagi ke

Assalamualaikum...

Sajalah entri kali ni mama nak kongsi gambar beraya. Last raya tahun ni lah kot, ada rezeki panjang umur tahun depan pulak kita bercerita raya dan kalau umur panjang kita cerita raya aidiladha nanti.

Kek batik dan nasi goreng ayam kunyit untuk jamuan sekolah abang adam dengan adrien. Sampai.time off la mama sebab nak menggoreng nasi, ye lah jamuan di sekolah petang takkan mama nak menggoreng dari pagi,kesian anak2 makan nasi goreng sejuk. Buatlah apa yang mama teemampu, entah apa rasanya tak tahulah mama.

Ceria sungguh adrien tu beraya dengan kawan2 siap ustazah bagi duit raya lagi, yang bagusnya sekolah agama dan kebangsaan buat pada hari yang sama. Sekolah sebelah2 je,kedua2 selalu berkomunikasi. Hari gerko pakai terus baju gerko pergi sek.agama. Hari tu hari persaraan guru besar sek.agama, budak2 yg sek keb pergi amik kehadiran je lepas tu ramai2 jalan pergi sek.agama.

Adelya menyanyi lagu raya, ini kami beraya di Pasti. Mama papa adelya daeisha je pergi, abg adam dengan adrien taknak ikut, lepak rumah ibu masa ni sebab kami buat makan2 raya dekat rumah ibu

Mama beraya dengan YB Azmin Ali di pwtc, kami dijemput seban jabatan mama sekarang dibawah MEA kan. Meriahlah makanan hari tu kambing bakar pun ada, harum manis makan dengan pulut pun ada, banyaklah yang mama rasa sikit2 lah kan.

Beraya dirumah adik ipar dekat bandar kinrara puchong, menu macam2, nasi daging, bihun sup, laksa johor, nasi impit kuah kacang semua menarik tapi mama dah kenyang makan sikit2 je, sekarang rasa menyesal tak makan hahaha...entahlah bila dah 40-an ni nak makan lebih2 tak boleh sangat dah, bila dah keyang memang tak boleh nak paksa makan lagi dah, jamah sikit2 walaupun sedap.

Juadah raya paling sedap dekat rumah ibu, ubi kayu rebus cicah sambal bilis memang mabeles lah kan. Ini kami makan2 raya dekat rumah ibu, masa balik raya hari tu tak sempat nak beraya dengan semua orang dan ada yang tak sempat berjumpa pun, jadi kami plan raya ramai2 dekat rumah ibu, cuma pakjang je lah yang takde hari tu, tapi takpe dengan pakjang sempat beraya masa balik hari tu, walau sekejap je dapat jumpa, kira oklah kan.

Masa kami beraya di Pasti dorang ramai2 pergi bergambar di rimbayu...cehhh sungguh, tapi takpe dekat je dengan rumah bila2 boleh pegi photoshoot dekat situ hari tu kami.dah ronda2 tengok kawasan dalam tu, cantik2 rumah yang hanya mampu ditengok tak mampy dibeli.hahaha....dapat tengok pun jadilahkan nikmat juga tu.

Gula2 hati semua orang sekarang mestilah budak kecik nih. Bukan main lagi budak nih tak padan dengan kecik, hari tu nenek dok sibuk urus open house dia pegi tumpahkan air satu jug. Bukan main.dia tu kan dah boleh merangkak tu, eh sekejap je dah 9 bulan si kecik nih, lahir hari tu tak cukup bulan, mama nak dukung pun takut tapi sekarang ok dah, dengan semua orang pun ok je.

Minggu ni pun ada makan2 lagi, alhamdulillah rezekikan kita terima dengan hati yang gembira dan bersyukur.

Wassalam.

7 comments:

  1. WAH MERIAHNYA BERAYA DI SANA SINI SEHINGGA SYAWAL BERAKHIR

    ReplyDelete
  2. meriah bab makan3 nih kan kak... abis raya selamat la sikit perut tu heheheh

    ReplyDelete
  3. Rare Raya dgn ubi rebus Tu AA..
    Regu pulak dgn sambal tumis Kan..

    Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir y buat AA sekeluarga 😍😘

    ReplyDelete
  4. Dah habis bulan syawal pun ada lagi makan2 ye ummi, haha..raya tak cukup sebulan nampaknya.
    Tapi betullah, umur 40 an makan sana sikit, sini sikit dah sendat perut kan, isyaratlah tu jaga2 usia dah kian menua, penyakit datang tak kira masa..

    ReplyDelete
  5. cantik Rimbayu..belum pernah gi...
    makan2 yg best..ubi kayu cicah sambal bilis, terbaikk..

    ReplyDelete
  6. raya is so bermakna, kan.
    takkan boleh kita biarkan masa raya terbazir.
    beraya selagi boleh.

    ReplyDelete
  7. Aimy punya jamuan raya pun kami buat kek batik je. Hihi.. Itu yg paling senang.
    Sekejap je da besar si comel hud.
    Sket lg boleh berjalan dan berlari pulak.. Cepatnya masa berlalu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...