Friday, 19 January 2018

Tetamu

Assalamualaikum...

cerita dah lama pun ni, minggu akhir sebelum buka sekolah, tapi dah sibuk bercerita tentang sekolah anak2 je takdelah mama nak cerita tentang inikan, jadi sebelum mama lupa terus marilah mama ceritakan juga disini.

Kisahnya FIL datang rumah sebabnya nak menghantar hero2 mama tu balik rumahlah, masa cuti sekolah abg adam dan adrien tinggal di kampung 2 minggu. Sebelum semua orang sampai gigih menyental itu ini, memasak tidak ye, macam biasalah kehabisan bekalan bahan mentah..kah, ingat nak beli pagi tu rupanya en.azmi keje. tetamu sampai mama buat muka tak bersalah je, sudahnya semua ke pasar malam je kikiki. sabtu takde apa aktiviti pun sebab semua sampai dah lewat petangkan.

Ahad pagi keluar beli sarapan..kah lagi sebab tak masak pun main beli je, pakej dengan beli barang dapur sekali, tok ikut sekali masa ni, macam2 yang dibelinya segala siput sedut, telur ikan, ayam, ikan. kerang, daging dan macam2 lagi lah...fuhhh berpeluh mama, ini nak masak apa nih??? berdebor je bukan berpeluh nak bayar ye, berpeluh fikir nak kena masak apa hahah..kat kaunter kira2 semua tok hulur duit, "ambiklah aboh bayor" kata tok, cuak je nak ambik ke tak..ehhh ambik jelah kikiki. tok kata murahnya banyak macam tu baru rm120, kalau dekat kampung mau cecah rm200. ye sebab tu mama rajin beli dekat paklang pasar segar ni, harganya boleh tahan murah.

Tok dah cakap siput sedut buat masak lemak, ikan tongkol tu buat masak macam gulai nasi dagang tu.. ehemmm menantu dia ni senyapppp je kat belakang, nak kata ketar tu takdelah kan, buat rilek dah la. sampai rumah hidang nasi lemak yang dibeli, sementara tok dengan en.azmi keluar semula, eh tok mestilah nak pekena tosey kalau datang sini mesti cari tosey. Alhamdulillah semua cakap nasi lemak sambalnya sedap, ye lah tak membazirkan, mama pun 1st time beli nasi lemak ni, itupun mujur jumpa kedai tu, kalau tak entah apa nak makan, cuti1 ni banyak pulak kedai nasi lemak tutup.

Tengah2 makan tu selamba je mama cakap "abang li, ikan tongkol tu abah suruh abg li masak gulai nasi dagang" kahkahkah...ko hadooo suruh2 abang ipar masak cenggitu? buat tebalkan muka je la kan, lepas2 makan tu wan kerjakan siput sedut, ikan dan segala ayam ikan yang ada, mama cuma tolong potong2 sayur, bawang dan cili je. paklong(abg ipar) masak siput sedut dan gulai ikan tongkol, sayur kangkung belacan, kesian paklong dah la keje malam, dapat tido sekejap lepas tu bangun masak pulak..hehehe nasib paklong lah dapat adik ipar macam ni kan.

Lepas zohor kami keluar, tok nak merasa cendol durian, en.azmi bawak pegi ke olak lempit, dekat je dengan rumahkan lepas tu pergi lepak morib, ehh cuti2 ni ramai pulak orang dekat morib, pusing berkali-kali cari parking penuh je, ye lah musim cuti sekolahkan ramailah orang ambil peluang macam ni. Akhirnya dapat juga rezeki kami, ada juga parking kosong, lepak pantai morib sekejap. layan anak2 main belon makan aiskrim



Balik dari morib terus singgah tesco dekat rumah tu, makan di texas chicken sambil nak celebrate besday abg adam, mak-mak sedaralah yang melayan permintaan abng adam tu kan. ok juga makan dekat texas chicken ni, ayam pun besar2. ini kali kedua mama makan texas chicken sebelum ni pernah cuba dan mama rasa sedap jugak, jadi hari tu en.azmi ajak ke sini juga, walaupun kfc ada juga dekat situ, sajalah nak ubah selerakan, lagipun dalam texas ni orang tak ramai selesalah sikitkan. lepas makan tu baliklah sambil tu bincang esok nak kemana pulak.


Isnin tu setelah perbincangan dibuat kami ke pusat sains, walaupun pada mulanya nak pergi paya indah wetland je, tapi betukar rancangan lepas tu, takpe lain kali boleh pergi lagi paya indah tu sebab dekat je dengan rumah, lagipun pusat sains tu masih percuma jadi kita terjahlah kan nanti bila dah berbayar entah bila pulak nak pergikan. Ramai betul orang dekat pusat sains tu, sampai rasa tak dapat nak bagi anak2 explore dengan lebih lagi dan tak semua tempat kami pergi sebabnya ramai orang, takpelah yang penting anak2 dah sampai dan dapat jugalah tengok sikit2 apa yang ada disitu. sebelum ni pernah pergi masa pameran dinosour alive masa tu abg adam kecik lagi, adrien dengan adelya pun tak wujud lagi hehehe.


Dah penat2 jalan bincang nak makan dimana, ada yang cadang pergi melawati mall, ok je sebab tak pernah pergi situ dan dah dekat pun untuk FIL balik ke kampung nantikan. kereta kami mengetuai rombongan hahaha, pada hal bukan tahu jalan pun macam biasalah gugel maps je la kan, alhamdulillah sampai juga kami ke melawti mall, pergi situ bukan nak shopping pun tapi nak makan. tengok2 juga kedai yang member blog pernah share yang makan sedap dekat sini, jumpalah makan culture tu, tapi tak makan kat situlah, semua pilih makan di mee tarik warisan, kita follow je sebab tak pernah makan jugak dekat situkan.


Pilihan menu banyak berasaskan daging, mama ni tak minat sangat daging jadi mama pilih yang ada ayam jugak, adalah yang berasaskan ayam cuma mungkin tak berapa glamer kot kat situ, tapi ak kisahlah kita cuba je makan, alhamdulillah sedap bagi mama. portion pun banyak seksa jugalah nak mengabihkannya, walaupun seksa tetaplah habis jugak, ehhh jangan membazir ye, ada adik2 tambah order dumpling sayur ke apa ntah..eh sedap juga cicah dengan sambal cili ke apa, mula makan tak rasa sedap lepas tu eh sedap pulak, sudahnya mama yang habiskan kahkahkah lagik. buruk sangat nih mama, dah la makan tak bayor, eh mama ada hulur duit jugak tapi kata suami adik ipar "takpe kaklah dah bayar dah" taknak duit kita takpelah, laju2 masuk purse balik kikiki.

Settle makan kita baliklah, keluar2 hujan lebat pulak, lepas tu berjanji semua jumpa dekat shell, ye lah apa kes berpisah tanpa salam2 dengan semua orang kan. jumpa dekat shell gombak tu bersalam2, tok siap bagi lagi 2 ikat duit seringgi2 katanya buat belanja sekolah anak2, adrien siap cakap "tok kita kayakan" hahaha gelak besar tok dengar. tok pulak berkali-kali dok ingatkan mama "jangan lupa belikan lampu untuk aboh tu nanti" hehehe..inshaAllah abah nanti kami belikan. tok berkenan pulak dengan lampu dekat rumah mama tu, jadi tok suruh belikan untuk rumah dikampung, haaa nanti sebelum balik kampung bolehlah beli.


Berpisahlah kami dekat shell tu, tetiba ada dugaan pulak untu kami, baru je nak kelaur dari shell tu tayar kereta pulak pancit, dahlah hujan terpaksalah en.azmi dan paklong menukar tayar dalam hujan, mujurlah dalam kereta paklong tu ada payung, eh mujur juga bawa kereta paklongkan dan mujur juga masa pancit tu paklong dengan kami, kalau sorang2 susah jugakan. sekejap je lah en.azmi tukar tayar, kemudian bergerak balik, yang bestnya kami sampai rumah sama je dengan FIL sampai kampung. ye lah dari gombak tu nak balik kampung lebih kurang sejam je lagikan kalau jalan tak sesak.

ehemmm..en.azmi dan budak khalish debab nih, jangan nak tambah baby lagi dah la hahaha
Habis juga cerita FIL datang rumah hari tu, eh tapi kata en.azmi tok ada call baru2 ni katanya nak datang lagi, tapi tak confirmlagi jadi ke tak, tunggu tok bagitahu nanti. nape nak datang tu? tok tak sabar nak beli lampu eh hehehe, manalah tahu tok nak ajak pergi kedai lampu kan,  bolehlah tok pilih sendiri nanti, rambang mato eh mama hari tu nak pilih lampu tapi haruslah pilih yang sesuai dengan kemampuan bajet yang ado kan dan kena lah jugak sesuai dengan rumah, ini rumah kocik lampu gadang tak sesuai jugak kot, ini mamalah ye..

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasululullah SAW bersabda, " Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar ataupun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia"

Wassalam.

5 comments:

  1. Beruntung nya Ilah ,abang ipar pandai masak...berbagai2 pulak tu.
    Seronok dapat terima tetamu dari orang terdekat...anak2 tentu lagi gembira kan,bila atok rajin dtg.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tetamu datang membawa rezeki yg melimpah

    ReplyDelete
  3. Haha selamba je mama buli abg ipar ye :D...

    Dah sampai gombak tu napelah tak roger2 kita hehe...

    ReplyDelete
  4. Seronoknya bila tetamu datang reramai tu mama, masak2, makan ramai2, meriah sangat tu.

    Eh pegi morib? Entah2 Masa tu akk ada kt situ, sbb nmpk Ada badut yg sama tu, hehe.. akk Ada biras duk sepang, so kalo ke sepang mmg Tak sah kalo Tak singgah morib.

    ReplyDelete
  5. untung la ada abg ipar boleh memasak. Saya pun tak reti masak siput sedut. hihii

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Aidilfitri 1439H

Assalamualaikum... Dah syawal ke 6 hari ni, mama dah mula kerja pun, ikutkan hati nak cuti lama sampai 2 minggu tapi apakan daya, budak-bu...