Thursday, 18 January 2018

Bila dia masuk dapur

Assalamualaikum...

Hari tu mama selsema teruk jugaklah, bila dah macam tu kita amik peluanglah taknak masak kikiki sesekali kan bukan selalu pun. jadinya peluang yang datang sesekali harus digunakan sebaik mungkin. walaupun malas masak tapi takdelah mama ajak makan diluar, makan dirumah jugaklah.


Nahh..sebekas kuey teow goreng, nampak biasa-biasa je kan rupanya tu tapi jangan pandang pada rupa okeh tapi pada rasanya..sedap ni wehhh makan bertambah-tambah, apa taknya ini hasil airtangan en.azmi ye, anak-anak pun suka makan bertambah2 nak pulak si adrien tu yang memang sukakan segala adik beradik mee ni, sampaikan esoknya mintak lagi.

Tengoklah sesekali dia masuk dapurkan best juga, ehh bukanlah tak pernah en.azmi ni memasak kadang2 masak juga tengok pada keadaanlah tapi biasanya en.azmi masak jenis yang bergoreng ni lah, kuey teow goreng, nasi goreng..nasi goreng sardinya sedap, pada hal dia masak main campak2 je pun sedappp sampai nak tercampak kita dibuatnya..haaa nak tercampak tu bukan apa, bila tengok mama dan anak2 makan banyak mulalah dia senyum2 lepas tu puji diri sendiri masak sedap

"uishh sedapkan papa masak tengok dah nak licin" pujilah masuk bakul angkat sendiri pun takpe janji mama dapat makan hehehe, tapi tidaklah selalu dia nak memasak sesekali je lah, kalau dah selalu jadi tak sedap pulak nanti biar sesekali je barulah rasa lain sikitkan. Kalau en.azmi memasak pun bagus sebabnya lepas tu dapur takdelah berkecah sebab lepas masak dia terus kemas dapur dan basuh semua benda yang digunakan, diakan tak suka tengok benda bersepah.

Itulah ada hikmahNya kan juga bila sakit, jadi berlapang dadalah bila diuji dengan sakit.

Wassalam.

13 comments:

  1. Replies
    1. bolehlah kak yati, kalau dah terpaksa tu kan kena la buat juga

      Delete
  2. alhamdulillah, best nya. terasa berbunga ja hati kan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang berbunga2lah hati ni umi

      Delete
  3. Wah.. Blh la sesekali request kak lah. Xkan tggu sakit je kan. Hahaha..
    Bila makan bertambah2 tu mmg sedap la tu..
    Org lelaki ni kdg2 diaorg lg kreatif. Kalau kitaorg ni, icong lg bnyk idea nk masak apa dpd ira. Dan dia masak lagi cepat.. Sbb tu hari2 bekerja, dia selalu ke dapur. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali memang request jugak, tapi takde up entri pun, nanti dia baca kembang semangkuk pulak hahaha

      Delete
  4. Org lelaki sesekali masuk dapur mmg masak sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mamapp, lelaki kalau masak lebih sedap sebab tak kedekut bahan katanya hehehe

      Delete
    2. Wah bestnya dpt suami rajin, bolehla demam selalu, wakaka.
      Kalo suami akk, pandai goreng telur je rasanya, haha.. nasiblah bininya jarang Tak sihat.

      Delete
  5. Betul kak. Yang simple dan main campak tu yg paling sedap. Lagi2 kalau dari air tangan yang tersayang. Dan lagi2 kalaiu sekali sekala dia memasak.

    ReplyDelete
  6. siap ngn bwg grg lg... kalu dh anak2 puji mmg sdp betul lah tu...
    almaklum bdk2 tak reti tipu kan...
    mcm edy dulu rajin msk dpr msk, skrg suh msk nsi pun kadang2 lembik

    ReplyDelete
  7. Eh! hebat sangat tuh. Kalau sesekali masak memang lain macam sodap eh! heheh

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. en.azmi memahami dan pandai masak :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Muhasabah diri

Assalamualaikum.. Walaupun handhpone dapat menghubungkan kita dengan orang ramai. sedarilah bahawa ia membuatkan hubungan kita dengan Al...