Monday, 15 January 2018

Mari berkebun.

Assalamualaikum...

Alhamdulilah suhu sejuk betul rasanya sekarang ni, kalau tahun lepas waktu ni mama dekat kundasang, wah setahun dah ye pergi cuti2, tahun ni tak tahulah dapat berjalan kemana lagi, tapi kan suhu sejuk 2,3 hari ni terasa betullah dekat rumah mama suhu 23c memang sejuklah kan daripada biasa anak-anak siap bersweater dari pagi sampai ke malam, mama pulak memang berstoking je lah dalam rumah sejuk kaki pijak lantai. Alhamdulillah dah terasa macam dekat cameron pulak.

Dah alang-alang rasa maca di cameron moh le kita bercucuk tanam, membelek pokok bunga dan sayuran di taman mama yang sejemput itu. Alhamdulillah walaupun sejemput masih berhasilkan. Pokok cili mama tu berbuah je sepanjang masa, dapatlah juga merasa hasilnya berkali-kali dibuat masakan dan dibuat sambal. sayur pak choy pulak dah merasa juga hasilnya adalah 3 pokok oklah dapat sekali masakkan. itu ada lagi 2,3 pokok tunggu besar.


Semalam mama semai pokok bunga ni yang mama tak tahu tajuk pokoknya apa, tapi pokoknya berbunga je sepanjang masa lebat pulak tu, warna bunganya kuning oren, mama ubah pokok tu letak dalam bekas yang lain gantikan pokok morning glory yang dah kurus benar tu, entah kenapa agaknya kurus je pokok tu, jadi kita buat penanaman semula. Pokok bunga matahari tu mama cuba semai benih baru, hasil dari pokok yang mama tanam tu, nak tengok ok tak hasilnya, banyak jugalah benihnya, bukan apa ramai yang berminat tu. mama cuba dulu kalau tumbuh elok pokoknya bolehlah diagihkan pada kawan2 yang berkenan dan bertanya sebelum ni. Pokok bunga yang mama tak tahu namanya ni pulak tecer taska lama anak2 berkenan, jadi mama tanam banyak2 dulu dah cantik nanti boleh bagi pada taska.


Untuk sayuran mama cuba tanam sepokok lagi pokok cili, kali ini cili yang besar-besar pulak. selain tu mama tanam daun bawang, sawi dan petola..hahaha gigih sangatkan menanam, saja nak isi masa lapang, lagipun seronoklah bila tengok hasilnya. semalam sesudah subuh tu mama paksalah en.azmi menolong apa yang patut, en.azmi tu ok je, dia yang rajin menyiram dan cabut rumput tapi untuk tanam pokok dia taknak, takut tak hidup katanya, jadinya mama je lah yang tanam, alah dia tu belum cuba dah kata takut pokok tak hidup sajalah tu kan kalau pokok mama tanam tak hidup boleh terus salahkan mama, kalau dia tanam nanti mesti mama kata pokok dia tanam yang tak hidup hehehe.

Harap2 hidup suburlah pokok mama tu kan, geram je tengok pokok sayuran yang ditanam jiran mama menjadi betullah, segala kacang panjang, sawi, terung..eiii geram je hari tu dia hulur secekak sawi dapatlah goreng sawi untuk 2 kali makan. tapi kan kawan mama tu tanam apa je semua subur pokoknya, ini dia tanam pokok pisang dalam pasu pulak..ehhh ini ada yang mama tanam durian dalam pasu pulak nih hehehe..ehh takpe kan kalau jeles macam ni, takdelah jeles sampai mama pi rosakkan pokok dia, tapi mama jeles lepas tu mama ikutlah apa yang dia buat tu kikiki, walaupun katanya pokok mama kurus je macam mama...oklah kurus pun janji ada...hahaha

Wassalam

14 comments:

  1. Semalam baru rasa panas matahari. Sebelum ni mmg sejuk betul.. Nk basuh pinggan pun x larat.

    Alhamdulillah.. Itu la hasil berbudi pada tanah kan.. Walaupun sikit, dpt juga buat masak utk makan sendiri dan dpt bersedekah pada jiran2.

    Cantik pokok bunga oren tu..
    Boleh la tanam bnyk2, nnt berseri2 je taman sbb sentiasa berbunga.

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya mama, day boleh mkn sayur hasil tanaman sendiri tu, bebas racun tu, selamat, bersih, jumaat Kan.
    Cantiklah bunga tu mama,bunga apa tu?

    ReplyDelete
  3. bestnya org rumah ada tanah mcm akak..... pasni try tnm mcm bayam or kangkung kak, bt batas or dlm kotak pastu tabur je benih n air, compom naik nyer sayur tu... sbb tu lah syr paling mudah nk idup

    ReplyDelete
  4. Bila siang/basuh2 ikan tu airnya siramkan kat tanaman tu.
    Pasti subur tanaman tu nanti.

    ReplyDelete
  5. Bila dah Ada hasil Rasa lg semangat nknbercucuk tanam Kan.. semoga pokok semua menjadi ye

    ReplyDelete
  6. bagusnya ada hobi yang mendatangkan hasil...

    ReplyDelete
  7. seronoknya..saya minat juga berkebun tapi rumah sewa nih xder ruang nak tanam pokok

    ReplyDelete
  8. Best kan kak bila dpt masak dari hasil kebun sendiri. Pak choy sedap tu kak. Kat rumah ayah ada tanam sawi, cili, terung, timun. Bila sayur mahal makan apa yg ada dkt kebun tu. Bunga2 ayah dh kurang minat. Kalau tak dulu macam taman bunga dah rumah ayah tu.

    ReplyDelete
  9. Kita tak suka bercucuk tanam.....Takut ah dengan cacing, geli geleman kita weyh! Sangguplah tak makan sayur daripada kena tanam hahaha....

    ReplyDelete
  10. Hobi yg menguntungkan ni Mama AA. Nak masak tinggal petik.

    ReplyDelete
  11. wah,menjadi yea sayur sayuran....sronok kan bila tgk hasil tanaman menjadi...

    ReplyDelete
  12. rajin akak bercucuk tanam.. e'in nie tak rajin.. huhu

    ReplyDelete
  13. jeles yg bagus nih...hehe

    mmg seronok menanam, hari2 happy dok membelek. Tapi boleh hilang mood kalau tengok yg ditanam sendu je..haha

    ReplyDelete
  14. wah... rajin la.
    pak choy pun tanam ye? best la. sayur wajib beli tu kalau aida ke family store.
    aida ada impian nak ada kebun kecik. tapi tu la. belum lagi pindah umah satu lagi :(
    berkorban few years lagi dok sini. anak-anak senang skola. syuhada plak tahun exam UPKK and next year UPSR.
    malas plak nak urus tukar sekolah...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Muhasabah diri

Assalamualaikum.. Walaupun handhpone dapat menghubungkan kita dengan orang ramai. sedarilah bahawa ia membuatkan hubungan kita dengan Al...