Sunday 11 December 2016

Akhirnya dia senyum

Assalamualaikum...


Akhirnya dia senyum...setelah beberapa kali bertanya mana kek dia? Jumaat malam ada acara membakar dan makan-makan dengan jiran jadi tak sempat mama nak buat kek, sabtu pagi, dia minta lagi mama buatkan, tapi mama kalut nak pergi kerja.

Balik kerja letih pula mengemas,pergi pasar malam singgah rumah ibu,8 lebih baru balik rumah,walaupun rasa mata dah nak rabak, mama gagahkan juga buat kek, carilah segala harta karun dalam kotak yang belum siap dikemas, siap juga,kek untuk adrien.

Ini baru sekejap tadi dia minta mama dan adelya nyanyikan lagu hepi besday untuk dia...hehehe nyanyilah mama berdua dengan adelya, abg adam takde, dia dekat rumah ibu. Tengok adrien tersenyum gembira makan kek dengan berselera, ok nanti ada rezeki sambut dengan kawan-kawan dekat taska ye.

Lega...dapat juga tunaikan permintaan adrien.

Wassalam.

4 comments:

  1. Seronok dia dapat makan kek.. comel..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum aryanazra,

    Lega hati dapat tunaikan permintaan anak. Happy dia dapat makan kek airtangan ibu.. :-)

    ReplyDelete
  3. Kasih sayang sorang ibu, dlm penat, kalut, huru hara diusahakan juga demi anak tersayang.
    Haa, yen..tengok tu, mama sayangnya kat yen, yen jgn buat mama sedih yea

    ReplyDelete
  4. Senyum je adrien dpt kek..
    Permintaan ank kalau da bnyk kali, tak sampai hati kalau x tunaikan kan? Penat2 pun buat jgk..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...