Thursday, 11 August 2016

Lawatan Taska Alam

Assalamualaikum...

Saja mama nak share aktiviti anak-anak mama di Taska Alam, sebagai kenangan untuk mereka satu hari nanti.

Minggu lepas Adrien ke planetarium. sanggup tu tak ke tadika sebab nak ke planetarium pada hal tadika pun buat lawatan juga ke kilang coklat, mama tanya banyak kali nak pergi ke tidak ke kilang coklat? Adrien kata tak mahu kalau papa tak ikut..adehhh macam tu pulak, tapi ke planetarium semangat pula nak perginya.

3 ogos hari tu pergilah adrien dengan kawan-kawannya ke planetarium bersama teacher taska, seronok betul mama tengok, balik petang tu siap bercerita lagi apa yang dibuatnya dekat palnetarium tu, pengalaman yang bagus untuk anak-anakkan, teacher pun siap bagi penerangan, sebelum ke situ teacher dah bercerita mengenai palnet-planet yang ada, kira baguslah taska ni, tahun lepas ke kidzania.

Layankan gambar adrien dan kawan-kawan yang di share oleh pihak taska, mama share kat sini pulalah.

jom kita bergambar dulu

bergambar dengan teacher dan kawan-kawan sebelum masuk planetarium

anti graviti..seronok sangat nampaknya adrien tu

duduk dalam kapal angkasa

nak teropong apa tu adrien..tengok bulan eh


Pengalaman yang cukup berharga buat adrien, dia mampu ceritakan kembali apa yang dia lihat pada hari tu,nampak sangat adrien gembira. bermacam aktiviti yang dilakukan

10 ogos pula ada lawatan ke Bukit Cahaya seri Alam (Bukit cerakah). kali ini adelya dapat ikut sebab en.azmi benarkan adelya pergi, apa taknya..adrien bising bercerita nak ke taman, adelya pun teruja sekalilah, asyik dok sebut-sebut je, en.azmi tak sampai hatilah mendengarnya, lalu suruh mama bertanya kemana destinasi sebenar lawatan kali ini, teacher bagitahu mama hendak ke mana, en.azmi pun benarkan anak daranya join sekali. Maka gumbiralah adelya.

Oh ya pagi itu masa dikejut bangun tidur untuk ke sekolah maka bermuram durjalah abang adam kerana terpesona dengan cerita adik-adiknya untuk ke taman, niat dihati abang ingin turut serta tapi apakan daya mama tidak izinkan, abang perlu ke sekolah, jika masih ditadika seperti adrien ada kemungkinan mama beri keizinan untuk abang turut serta, perjanjian dibuat nanti-nanti mama akan bawa abang pula ke planetarium dan ke taman...bila nak pergi tu tak dapat dipastikan lagi, tapi ada harapan tu untuk pergi nanti hehehe

Mari kita layankan gambar anak-anak mama yang berseronok di bukit cahaya seri alam. Adelya seronok bercerita masa mama ambil semalam, tapi katanya "yaya nangis..yaya takut kuda, kuda tu jahattt" hehehe, 'tapi yaya suka burung tua( burung kakak tua) dia boleh cakap..assalamualaikum" seronoklah adelya bercerita tentang burung tuanya itu dan macam-macamlah yang diceritakan apa lagi aktiviti yang ada. Siap jumpa retis lagi dan bergambar hihihi..artis kanak-kanak ceria postar je, entah ada yang tak kenal pun..siapa dia? tengoklah gambar dibawah ini.

tunggu bas untuk jalan-jalan

bergambar dengan teacher sebelum meneroka bukit cahaya seri alam


penat pun tetap beri pose yang terbaik bila nak snap pic

gumbira betul adrien dapat jalan-jalan, tak nampak penat pun

menangis tapi tahu orang snap pic dia sempat lagi buat peace tu

kali ni tak sempat nak peace dah terus masuk jari dalam mulut..hehehe

jumpa kashika ceria popstar,musim ke berapa tidaklah mama tahu...hehehe
kenapa adelya tu menangis sampai macam tu sekali? hehehe sebab adelya terkejut masa tengok kuda, kuda tu berbunyi dan angkat kaki, adelya ingat kuda tu nak pergi pada dia la gamaknya tu..haaa tau pun takut dia ye, masa bercerita pada mama terus cakap "yaya tak suka kuda sebab kuda jahat" ehehehe.

Ok mama harap anak-anak mama seronok dapat jalan-jalan, tahun depan tak tahu kemana pula destinasinya kan...ada rezeki anak-anak mama boleh ikut lagi lawatan dengan taska ye

Wassalam







16 comments:

  1. cikgu yg kendali lawatan anak2 taska tentu sgt kuat bersabar dgn mcm2 kerenah anak2 asuhan mrk...adaleya nmpk hepi sgt tu lainkali tentu xbimbang yan nk lepaskannya sertai lawatan taskanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. aida sgt kagum dgn cikgu2 tadika and taska.
      kesabaran mereka pasti tinggi.
      if not diorang takkan berani kot amik job jaga anak2 kecik ni :)

      Delete
  2. bestnya tak ramai sgt... senang cikgu nk jaga

    aritu aiyan pi menara kl, duk usha2 takde nampak dia dlm gambo... yelah ramai sgt kan...

    ReplyDelete
  3. Seronok gi jenjalan kan, dpt pengalaman baru.
    Alah cian yaya, punya takut penuh tangan masuk mulut yea, hehe.

    ReplyDelete
  4. Rajin taska buat lawatan bawak anak2 kecik macam ni. Bagus utk mereka cari pengalaman dunia luar. Kat tempat akak budak taska di taska aje lah sepanjang thn!

    Comel aje yaya takut kuda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taska / tadika anak2 aida, dari umur 4 thn memang da bwk anak2 lawatan.
      sukan skola pun buat kat luar, bukan kawasan taska.

      Delete
  5. Mula2 dulu dgr ank2 masa sekolah tadika nk gi rombongan risau juga..bole ke..jln tnpa mak bapak
    Skrg kita dh x risau cikgu2 dh bole handle..tgklah tu hepi memasing

    ReplyDelete
  6. Seronok anak-anak bila bawa berjalan macam ni. Raikan anak-anak taska sekali sekala.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya anak-anak chomel ini berjalan-jalan..

    ReplyDelete
  8. Hihihi walaupun menangis masih sempat peace. Comel gelagatnya

    ReplyDelete
  9. izzat gi lawatan last year.
    tapi ticer nyer x pandai amik gambo la Yan.
    sedih. semua gambo gegar...

    ReplyDelete
  10. Seronok nye yen jalan2.. menarik juga pegi planetarium ni? Nanti boleh bwk kakak aimy pegi sini.. bila nk pegi tu tak tahu la..
    Hehe.. dpt jgk anak dara ikut pegi lawatan ye.. jahat kuda tu ye yaya.. sian yaya..
    Nnt cuti sekolah boleh la abg pegi lawatan pulak.. dkt sekolah pun ada lawatan juga..

    ReplyDelete
  11. Wah wah best nya ada lawatan... hehehe.
    Bagus lawatan sambik belajar ni dapat pengalaman, n meningkat kan pengetahuan diorang dari kecik, dalam masa yang sama depa pun seronok. Alolo comel je ank dara akak. Dapat jugak ikut ye. hehehe...

    ReplyDelete
  12. Saya ni masih belum lepaskan lagi anak bujang ikut rombongan tadika, AA ^_^ Baru-baru ni mereka minta izin (dan minta duit) untuk bawa anak-anak melawat petting zoo kat area Semenyih kotnya (lupa pulak detailsnya) tapi saya terus pangkah tak ikut serta ^_^

    Saya tanya kat anak bujang saya, dia kata dia tak nak pergi mana-mana kalau MommyDaddy takda. Dasar anak Mommykan!

    Seronoklah Adelya dan Adrien ya. Dalam gembira, penuh juga jari masuk mulut takutkan kuda punya pasal. Hehehe!

    ReplyDelete
  13. nampak seronok belaka budak2 ..

    ReplyDelete
  14. Rasa mcm dah baca tp kenapa tak komen pulak ek....
    Susah jugak jadi cikgu tadika ni kan,nak melayan budak kecik

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...