Merajuk..ikut mama

Assalamualaikum...

Pertama kali adelya ikut mama pergi kerja. Sebenarnya mama taknak bawa tapi disebabkan anak dara sorang ni merajuk, terpaksalah pujuk bawa pergi ofis. kenapa adelya merajuk?

Adrien sertai rombongan taska ke planetarium, adelya ingin turut serta juga, tapi en.azmi tak bagi adelya pergi, risau tecer tak terjaga anak daranya itu, mama kemain pujuk suruh bagi adelya pergi tapi en.azmi tetap taknak bagi, risau sangat nak lepas anak dara dia yang seorang tu kan, katanya lain kali pergi, dia sendiri yang akan bawa..ok lahhh.

Mula-mula semangat nak pergi ofis mama, lama-lama boring ajak mama balik..hehehe itulah ingat seronok agaknya duduk ofis mama ni, bila adrien tanya "yaya nak buat apa dekat ofis mama tu?" "yaya nak jadi mama la kat ofis mama tu" kemain kan nak jadi mama.aah ye lah sampai duduk pun nak duduk kat kerusi mama, walaupun mama dah bagi kerusi lain.

Belum separuh hari dah berapa kali ajak balik rumah, whatsapp dengan en.azmi katanya nanti dia datang ambil adelya. Tanya adelya nak balik tak dengan papa? Laju je angguk kepala..nak tapi yaya nak beli buku dulu, amboi dia nak pow mama la tu kan.


Dah boring duduk dikerusi naik duduk atas meja,lepas tu ambil telefon yang ada atas meja mama tu, bukan main lagi bersembang..aku kat ofis mama ni, buat keje..bila tanya telefon sapa tu? Kawan yaya la jawab adelya...Pukul 10 dah ajak balik, kawan-kawan mama gelak pastu dia tanya "mama..sape yang gelak tu?" haaa dengan nada garang kikiki, tuan puteri nih memang garang sikit


Konon nak beli buku,nampak mainan terus rembat.."yaya nak ni ada sikat pink, inikan mainan pompuan..kata adelya lagi, pandai sangat dia kan. Lepas tu tanya nak makan nasi, taknak jawabnya. Bila kawan-kawan mama ajak makan kepsi laju je nak makan, amboi sangat dia kan. Laju-laju makan sebab en.azmi dah sampai, pergi jumpa papa laju je dia, dah balik tu seronoklah dapat duduk rumah main permainan.

Petang datang semula jemput mama, minggu ni mama rileks sebab tak perlu drive en.azmi yang hantar..

Wassalam

Comments

  1. Yalah yaya kan kecik lagi nak sertai rombongan tu ,memang lah encik Azmi tu risau.Anak2 akak pun dah sekolah rendah sebelum 12 thn abang memang sukar nk lepas kan utk ikut rombongan ni.
    Mesti yaya jadi perhatian opismate ilah kan apatah lagi dengan mulutnya yg bijak berkata2 tu.

    ReplyDelete
  2. Adelya comel je 😍 biasa budak suka nak mengikut mama pergi kerja. Dia ingat agaknya seronok duduk kat tempat kerja ek. Hehe. Tak sampai tengahari dah ajak balik dah.. Mujur ada papa menjemputnya. Hee. Seronok adelya makan kfc ye, lagi seronok adelya bila dapat balik rumah 😁❤️

    ReplyDelete
  3. Kalau akak pun tak percaya nak bagi anak dara kecik lepas AA..
    Risau dibuatnya..
    Bagus yaya. dapat mainan terus duduk diam :)

    ReplyDelete
  4. Suka baca celoteh anak-anak macam ni. Buat hati kita terhibur. Seronok akak minggu ni ada driver.

    ReplyDelete
  5. bijak sgt dia nih hehehe...
    anak2 mana nk betah duk kt opis kite kak, kalu dana mmg tak betah nk bwk aiyan duk opis... sanggup lg cuti rehat dr jaga dia kt opis... kang 1 keje pun tak blh buat

    ReplyDelete
  6. Apa jadi dengan kerjaya 'teacher' Adelya? ^_^ Dah berangan kerja kat opis pulak dah! Bukan main lagi ya dia berbual kat telefon, tengah kerjalah kononnya. Kelakar tau budak sorang ni. Geram! Kalau dekat, memang dah kena cubit-cubit pipi tu!

    ReplyDelete
  7. suka adelya dpt ke pej bersama mamanya ya..tapi dh lama sikit timbullah rasa jemunya tu

    ReplyDelete
  8. siyes comel ngat 1st gambar tu ..sweet yg melimpah-limpah dah eh .. ❤❤❤

    ReplyDelete
  9. Jd perhatian la Adelya kat opis...
    Nampak ok dok opis mama ya...yg tak tahan nk balik tu..boring ya

    ReplyDelete
  10. Manalah nak sama duduk rumah dgn duduk kat office
    Tak boleh nak landing-landing kan Adelya kan:)

    ReplyDelete
  11. Syukur boleh bawa ke opis kan..terkadang memang ayah tooprotective dengan anak perempuan ni

    ReplyDelete
  12. anak akak pun rajin ikut mamanya datang ofis
    tapi kejap jer lah seronoknya lepas tu bising nk balik

    comel yaya bertusung, geram tengok!

    ReplyDelete
  13. hehe...adelya sama dengan alya...suka nau ikut mama pergi ofis..tapi sekejap je suka nya..nanti boring terus gelisah,main2 hp lah dan tak nak duduk diam...huhu...

    ReplyDelete
  14. Gegurl.. Sumenya pink.. kikikiki.. Comel je adelya..

    ReplyDelete
  15. Comel yaya ni..
    Pandai plak tu.. seronok tgk keletah bdk sebaya yaya ni.. apa yg org besar buat, dia nk buat juga..😁

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts