Rezeki kita tidak sama

Assalamualaikum...

Sebelum ni mama ada cerita mama beli kereta kan,ada yang tanya mama beli kereta apa? Hai..malu nak cerita, kereta biasa-biasa saja( nyanyi ala lagu khalifah hang p mana..hihihi). Beli kereta ni rezekikan, nak pula kereta 2nd..rezeki dapat yang ok alhamdulillah, dapat yang tak ok..pun alhamdulillah, keluar duit kasi repair lah kan...hai nanti mama cerita tunggu lepas solo gitar..eceh lagu khalifah lagi..kikiki



Sudah guna seminggu lebih kita kasi masuk bengkel wak yusney, check tengok enjin dan kalau ada apa-apa yang perlu ditukar, biasalah kereta 2nd kan, banyak benda yang hendak ditengok kita taktau owner sebelum ni macammanakan,jadi apa yang perlu dibaiki, kita baikilah dulu. Ini saja rezeki buat masa ni nak beli yang baru tak mampu buat masa sekarang ni.

Syukurlah punya rezeki Allah bagi nak guna mpv walaupun yang 2nd. Syukur juga sebab abang ipar mama pandai repair kereta, jadinya kita minta saja abah tengokkan kereta ni. Masa sampai rumah ibuabah, bukan main lagi adelya "ini kereta baru saya" berkali-kali cakap macam tu pada ibuabah sambil tangan menunjuk-nunjuk ke arah kereta, malu mama dibuatnya,macamlah kereta baru sangat, tapi itulah budak-budak apa mereka tahukan, asalkan berganti mereka dah kata itu yang baru.

Masa tahu beli kereta ni, ada juga yang tanya kenapa beli kereta ni? Tak beli wish ke stream ke? Kereta ni takde nilai..kami beli ikut kemampuan bulanan kami, berapa yang kami rasa mampu bayar,kalau wish stream harganya masih tinggi, bulanan pun agak tinggi, jadi bila nak membeli haruslah lihat poket sendiri. Takde nilai tu takpelah kami beli untuk guna sampai reput, bukan nak tukar-tukar kereta selalukan. Tacing pulak mama...

Berbunga-bunga kereta haa..macam hati mama berbunga-bunga

Inilah kereta yang mama beli tu, murah je..bulanan pun tak sampai rm500, kata en.azmi ini saja yang dia mampu,kalau lebih dia pun takut nak beli sebab incomenye tak menentukan, jadi nak menentukan bajet bulanan tu secara tetap tak dapatlahkan, kadang payment cepat kadang lambat jadi kita beli mengikut anggaran yang kita boleh bayarlah, jika payment lambat pun takdelah risau sangatkan bila bayaran yang perlu dibuat cuma sedikit. Ikutkan hati tak mahu dah berhutang kereta ni, sebab dah senang dah bila takde hutang kereta bertahun ni,cuma bila difikirkan keselesaan anak-anak, itu yang bertukar juga dan kalau ada cash memang mama nak bayar cash je, tapi apakan daya nan hadooo..hehehe.

Harapnya selepas direpair dan ditukar ganti apa yang perlu, kereta ini akan baik-baik sahaja inshaAllah. Fikir yang baik-baik pasti yang datang pun baik-baik sahaja.

Jalan cerita setiap orang tu tak sama dan pastilah rezeki yang Allah bagi pun tak sama,kerana Allah lebih tahu apa yang kita perlukan dan setiap sesuatu itu datang sesuai dan tepat pada masanya.

Wassalam

Comments

  1. In shaa Allah, baru ke lama ke, jika dijaga dgn baik, ok je dia. Ada gak mama yan kete, akk takde, hari-hari naik van sekolah je, malu tolak tepi, rasa kalo nak beli kete, takut nk kena keje smp bongkok tiga la plak nak membayarnya..huhu

    ReplyDelete
  2. nampak baru je kak... jnji elok blh di guna nk bwk anak2 jln2 ckp lah kan kak...
    betul ikut kemampuan kita...

    teringat dulu2 masa dana nk beli myv ada kwn yg tanya nape tak beli proton, naper tak beli honda... tp rasa mampu myvi je... n alhamdulillah jimat minyak senang nk jaga... itu semampu dana...

    ReplyDelete
  3. takpelah Ilah 2nd pon ok juga janji kereta elok dan selesa untuk anak2 yang semakin membesar.Rezeki kita masing2 kan ...Akak ni lagi lah kalau ikut kan memang tak mampu walau sebuah kereta dengan income abang yang tak menentu ,apatah lagi anak2 semua masih belajar tapi Allah maha Pemurah .Walaupun terpaksa bayar 2 kereta sebulan tak pernah sekali pun tertunggak .zaman sekarang ni kereta buka lagi lambang kemewahan tapi dah jadi keperluan.

    ReplyDelete
  4. chery easter ek? tak pe Ilah, janji mampu bayar bulanan. kalau beli mahal pakai sebulan dua dah semput nak membayar, bukan ke dah jadi masalah. Nanti dari kata utk keselesaan anak2 terus jadi bebanan hidup pulak kan.

    Akak pun macam tu, beli utk kemampuan dan keperluan, bukan utk kemewahan. Ukur baju di badan sendiri, kata org! hihi

    ReplyDelete
  5. WAH DH BERKERETA BARU YA YAN...TAHNIAH...SYUKUR KPD-NYA YAN MAMPU MILIKINYA BERBANDING DGN YG XMAMPU

    ReplyDelete
  6. YUp.. setuju sangat.. Biar berbelanja mengikut kemampuan kita..
    Mulut orang memang sentiasa berkata-kata.. Bukan tahu apa pun..
    Semoga kereta mama sihat sentiasa..

    ReplyDelete
  7. wahhh...2nd pun ok.. ikut kemampuan tu saya sangat setuju.. 👍👍☺️☺️

    ReplyDelete
  8. Betul AA. Ukur baju di badan sendiri. Kata-kata yg buat kita touching tu tolak tepi. Kewangan utk anak-anak lebih penting. Perjalanan buat mereka masih panjang lagi. Kakak dulu masa anak-anak kecik pun pakai dua kereta aje. Itu pun sebab abang dgn kakak arah kerja tak sama kenalah beli juga. Bila anak-anak dah besar kelak pasti income pun dah bertambah Insya-Allah masa tu AA dah boleh planning lain.

    ReplyDelete
  9. Wlaupun 2nd..dpt yg baik alhamdulilah...
    Ikut kemampuan kita berkereta ni AA..janji ank2 n kita selesa

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah ... tak kisah kereta apa yg penting selesa memakai, selesa membayarnya :)

    ReplyDelete
  11. Takpa. Tak kisahlah AA kereta baru atau 2nd hand. Baru dapat, baru pakai kira kereta baru jugalah tu. Kalau yang jenis suka bertukar-tukar kereta, memanglah kena cari kereta yang nilai jualannya masih tinggi. Kalau setakat nak pakai sampai tak terpakai, sukahati kitalah nak beli kereta apa pun. Janji kita sekeluarga happy. Nak pakai kereta yang tak mampu bayar, buat susah kepala aje. Jadi pulak umpatan orang nanti - baru nampak 2,3 bulan kereta depan rumah tetiba dah kena tarik!

    Oleh itu, lebih baik kita ukur baju di badan sendiri. Manalah tahu akan datang Allah murahkan lagi rezeki kita, terus pakai Vellfire ^_^

    ReplyDelete
  12. 2nd hand pun nampak baru je lagi tu...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..
    kete 2nd pun kira baru juga la..
    Syukur dgn apa yg Allah beri..
    Betul tu, yg penting ikut kemampuan kita..
    Syukur ada abg ipar pandau repair kete, apahal blh refer kat dia je..
    Betul tu, kereta 2nd ni kita xtau owner dlu jaga mcm mana.. mudah2an lps repair semuanya ok.. kete baru pun kalau x jaga, jahanam juga..

    ReplyDelete
  14. Tak pe kak AA . Baru ke lama ke , jika dijaga dengan elok boleh pakai dan cantik .

    Betul tue rezeki berbeza - beza . Insyaallah buat masa nie kak AA pakak kereta nie dlu . Nanti ada rezeki lagi pasti tukar lagi kereta . Insyaallah . =)

    ReplyDelete
  15. yg penting selesa.
    anak2 happy.
    nak ke mana2 mudah...

    ReplyDelete
  16. oklah tu..syukur dgn apa y kt ada...
    y penting blh bwk kesana kemari...
    lya myvi je ha.. dr thn 2009.. ehhee.. xnk komitmen dah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts