Adelya dan mr.rabbit

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu..ewah bersenang lenang mama dipagi sabtu ni ye. Sementara nak menyental baju sekolah abang adam,tulis sesuatu dulu disini. Baru lepas siapkan cekodok permintaan anak-anak untuk minum pagi.

Cekodok dan cili kicap 

Bulan ni bulan kelahiran adelya. Semalam mama ada kerja di pejabat kajang, alang-alang dah ke kajang dating dengan mommy (adik mama), lunch di metro kajang. Kemudian mommy ajak ke yubiso dia nak membeli barang make up, mama ikut dan tengok je sebab tiada apa yang nak dibeli, barang make up memang idok le mama beli sebab mama tak bermekap. Mommy belikan rabbit untuk adelya katanya hadiah besday.

Adelya bersama mr.rabbit pemberian mommy

Pengalaman mama yang ada 2 boboi dan 1 gigirl nih, berbeza la kan..ye la jantina pun berbeza perangai pun dah tentu berbezakan. Dengan.adelya ni kami boleh baring sama-sama atas sofa berpeluk-peluk sambil berbual. Bukan main permintaan adelya untuk besdaynya nanti, nak kek apa? Tapi biasalah gigirl mesti nak kek princesskan. Jenuh mama nak buat sebab mama tak kreatif pun,jadi kita tunggulah masa besday adelya nanti kek apa yang jadi, mama akan buat sendiri kek besday anak-anak.

Buat sambut besday ditaska je nanti, setiap tahun pun mama buat,saja gembirakan anak-anak,disamping tu dapat juga bersedekah pada anak-anak taska yang lainkan,semuanya ikut kemampuanlah,sekadar yang termampu saja, mama ni.dah mula berfikirlah apa yang perlu dibuat nanti dan apa yang hendak diberi pada anak-anak taska.

Sambil berfikir marilah menyental baju dan kasut sekolah abang adam tu.

Wassalam

Comments

  1. Morning kak AA =)

    Siqah kalau masak cekodok tak pernah lembut. Haih. Nak ikut petua kata kena gaul dengan air panas tapi sama je. Entah kenapa. Huhu..

    Birthday adelya rupanya bulan ni. Seronok dia dapat hadiah. Biasa gegurl memang nak kek princess lah.

    Betul kak AA.. Sekadar berkongsi kegembiraan dengan sambut birthday anak kat taska..ibu bapa pasti senang hati bila anaknya gembira 😍

    ReplyDelete
  2. wahhh bulan ni pun besday adelya ya..sama dengan anak irda..hheehe sedapnya cekodok tu...irda pagi tadi makan nasi lemak n teh o je sebagai menu sarapan

    ReplyDelete
  3. waa cekodok sedap tu.. pastu minum dgn kopi panas sedap tu...

    ReplyDelete
  4. Blh jd bff mama da yaya ye..
    Sekejap je yaya da besar..
    Semoga jd anak solehah..
    Cantik hadiah yaya..
    Biasa la bdk pempuan, kek princess aja.. kakak aimy besday lmbt lg pun sibuk request nk kek princess.

    ReplyDelete
  5. Wah belum sampai masa bezday yaya dah dapat hadiah....lucu tengok wajah rabbit tu.

    ReplyDelete
  6. Aida da selamat ari tu buat besday ijat kat tadika.
    memang dari dulu suka buat.
    best kan?
    adelya ~ happy besday dari acik aida ye...
    moga membesar dgn sihat & solehah...

    ReplyDelete
  7. Happy Belated Birthday baby.. 😍😍 jek yg ibu buat adalah yg terbaik.. Ank lady xpandai lg request kek.. Klu x, mbli je lah jwbnye.. Xpandai buat kek.

    ReplyDelete
  8. Makin comel adelya...selamat ulang tahun...moga mmbesar dengan cerdas n cergas..amin

    ReplyDelete
  9. wah birthday adelya bulan ni.. alhamdulillah dah besar.. semoga menjadi anak yang solehah ☺️☺️

    ReplyDelete
  10. Nampak comel je cekodok tu semua..warna pun sekata, pasti sedap ni..

    Wah adelya dh pandai mitak kek princes.. nazif setakat ni jenis tak kisah, jadi belikan apa saja utk dia.. haha.. nampak mcm mama pilih kasih ye. Tak pun sebenarnya.. saja kalau blh tak nak layan sgt jenis memilih mcm naim. Cukup la dia sorg mcm tu.

    ReplyDelete
  11. Masa anak kecik kalau birthday mesti mereka nak kek AA tapi nanti dah besar mereka dah kurang suka dgn kek macam anak kakak.

    Adelya dpt rabbit ni tidur pun mesti nak dgn rabbitny kan:)

    ReplyDelete
  12. hihi, apa yg difikirkan akak ni, tak tahulah. akak ingatkan Ilah buat cucur bentuk rabbit utk anak2. rupa2nya, adelya dpt rabbit.

    rajin mamanya buatkan kek birthday anak2. kalau akak beli aje. tak pandai membaking akak ni.

    ReplyDelete
  13. Bila besday adelya? Ank akk sabtu lepas 6/8..share bulan la yek.

    ReplyDelete
  14. Putihnya cekodok ^_^ Nasib baik masa goreng cekodok tak terfikir nak buat apa untuk sambutan birthday Adelya nanti ~_^

    Saya pulak jarang buat birthday celebration anak-anak. Suami saya tak suka. Kalau ada pun makan-makan sekeluarga, beli kek dan beri kad dan hadiah untuk anak. Tapi kalau tetiba saya degil, saya panggil semua kaum kerabat makan-makan di rumah sambil sambut birthday. Bengang aje hubby kita tau ~_^

    ReplyDelete
  15. Selamat ulang tahun ye adelya..
    semoga menjadi anak yang solehah..

    ReplyDelete
  16. happy beday adelya..
    comey rabbit dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts