Saturday 27 August 2016

Cabut ke tampal?

Assalamualaikum...

Mama pernah cerita sebelum ni gigi abang adam dah longgar, haa..mama cabut ke dokte yang cabut? Cubaan mama dan en.azmi untuk cabut gigi abang adam tidak berjaya sebab mama pun takut-takut dengan en.azmi pula abg adam yang takut..hehehe lastnye en.azmi suruh abg adam goyangkan gigi tu sampai tercabut. Satu hari dalam perjalanan ke rumah ibu abg adam dengan gembiranya beritahu "mama..abg dah cabut sendiri gigi abg" yeay..abg berjaya.

Dua tiga hari lepas mama pula diserang sakit gigi, berdenyut-denyut je, rasa nak cabut saja gigi yang sakit tu, tapi tak goyang sangat. Alkisahnya masa puasa hari tu lagi tampalan lama pada gigi mama ni dah tercabut,apalagi berlubanglah gigi mama, lepas asyik bertangguh je nak jumpa dokte gigi, sudahnya bila makan rasa ngilu je gigi dan bila makan pun mengunyah guna gigi bahagian kiri je, tak selesa dibuatnya, ngilu je gigi nih.

Bila gigi dah sakit mulalah rasa serba tak kena, ngilu dan berdenyut,hari kerja malaslah mama nak keluar pegi dentist, jadinya sabtulah kita pergi. Sebelum tu mama survey jugalah mama klinik yang ok hehehe..tengok bayaran untuk cabut gigi berapakan, member ada beritahu beberapa klinik, tengok review ok,tapi katanya biasanya ramai orang nak pula weekend. Jadi pagi tadi kita redah sajalahkan.

Mama tak kerjalah hari ni sebab nak ke klinik gigi,tak tahan dah weh gigi sakitkan. Kami pusing-pusing kat seksyen 18 tu jumpa 2 klinik, yang satu tak buka pergi satu lagi, kata budak depan tu "10 lebih datang balik ye, kunci tertinggal" oh ok lah macam tu, anak-anak pun lapar, siap makan sedang elok klinik dibuka. Mama orang pertama daftar, duduk sekejap terus dipanggil..oh ye, budak yang jumpa tadi tu rupanya dokte..kikkiki.

Dokte check gigi mama dan bagi pilihan, nak cabut atau tampal? Kata dokte masih boleh ditampal, kalau cabut sayang pula sebab gigi gerahamkan, so mama pun setuju untuk ditampal gigi, lagipun nanti takdelah anak-anak panggil mama rongak heheh. Mama bukan apa risau bila tampal gigi sebab ngilu, masa sekolah dulu ngilu betul bila tampal gigi, tapi sekarang alhamdulillah tak ngilu dah, warna pun ikut warna gigi, dulu-dulu warna macam silver tu kan. Yang mama tak tahan kena nganga tu je la..

Sekejap je proses menampal tu, dokte siap ambil gambar gigi sebelum dan selepas, wahhh ngeri tengok gigi lama..nanti mama nak cuci gigi pula, nak buat rawatan memutih gigi tapi mahal pula kikiki. Okeh bayaran untuk tampal gigi rm115, tak tahulah mama mahal ke murahkan sebab tak bertanya dan tak survey2 pun main terjah je,tapi takpelah janji gigi ok, cuma masih rasa ngilu,dokte kata memang akan rasa ngilu dalam 2,3 hari, yang penting gigi tu dah boleh guna untuk mengunyah, nikmat rasanya..


Anak-anak yang sibuk didalam klinik, mama keluar bilik dokte dorang pun datang pada mama dan cakap "nak tengok gigi mama" dah la orang ramai dalam klinik tu, jenuh pula mama nganga dekat sorang-sorang sebab semua nak suruh mama nganga depan muka masing-masing, hai laa anak..layankan sajalah.

Selesai satu masalah, moga-moga gigi mama terus ok..alhamdulillah

Wassalam

8 comments:

  1. Kat private clinic ye? Harga cam tu standardlah kalau swasta.

    Dulu akak pun pegi swasta. Skrg, klinik kerajaan je. Servis dgn doktor dah baik2, tak mcm dulu.
    Semua akak penah buat-cuci, cabut, tmpal. Caj mmg tak penah kena lah sbb bwk GL.

    ReplyDelete
  2. Gigi masih kuat n elok baiklah ditampal saja kan yan...prosesnya xsakit oklh tu

    ReplyDelete
  3. oh~ sebut pasai gigi... rasa seram. walau haritu pi cabut xdelah sakit sebab dah biuskan... tapi ngeri tetap ada ;)

    ReplyDelete
  4. Betul sangat tu. Nak tampal gigi ni bukan apa, malasnya nak menahan ngilu tu....
    Advanced sungguhlahkan zaman sekarang ni Azra, gigi pun nampak cantik, bukan mcm gigi tampal.

    Makan pun dah sedaplah kan tak rasa ngilu lagi

    ReplyDelete
  5. Kalau sakit gigi memang jiwa kacau betul. Tapi nak jumpa dentist pon takut. Acaner tu ☺

    ReplyDelete
  6. ooo buat dkt klinik private eh? awat tak g klinik kerajaan jer..
    ok la tu kalau dah ok giginye tu..

    ReplyDelete
  7. Saya memang berdiri bulu roma kalau sebut doktor gigi. Memang takutlah. Kali terakhir pergi jumpa doktor gigi pun dah tak ingat. Untuk anak pulak kalau tak silap awal tahun ni. Itu pun appointment bulan Okt tahun lepas, awal bulan tahun ni baru dapat jumpa.

    Kalau doktor gigi swasta memang mahallah harganya berbanding dengan pergi klinik kerajaan aje.

    ReplyDelete
  8. kira ritu pun sakit gigi tambah bila makan brownies kedut tu lagiiii bertambah ngilu sakitnya. ingatkan tampal dah tercabut rupanya tak. dalam gigi tu kotor sebab tu sakit kata dentist tu. dia buang tampal yang lama dan gantikan dengan yang baru. alhamdulilah lega la jugak sikit walaupun ada jugak lagi sakit sikit2. bayar dalam rm80 rasanya. ingat2 lupa

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...