makanan untuk anak

assalamualaikum semua....
bercakap tentang makanan untuk bayi...hehehe
akak bukanlah pakar cuma nak berkongsi je sbb ada yg bertanya apa yg akak bagi anak akak makan..
adelya dah 5 bulan lebih hari tu mcm yg akak bgtau akak dah bagi rasa buah limau...
lepas tu akak pun mula buat puri untuk adelya.
gigih masak 2 kali seminggu utk bekalan ke taska.
sebenarnya puri ni boleh buat banyak-banyak dan disimpan dalam fridge macam ebm jugak, boleh tahan sehingga 3 bulan. ada yg simpan dalam bekas mcm ice cube tu, tp akak tak, akak guna tupperware kecik-kecik je...
antara buah-buahan dan sayuran yang akak gunakan :
 
campuran epal merah dan kismis
campuran carrot dan brocolli
ulang tayang gambar lama...campuran carrot.kentang dan labu
ada lg yg akak buat..yg tak sempat nak diambil gambar..
antaranya..kurma
campuran carrot dan bayam
cara nak buat : akak cuma rebus atau kukus buah-buah dan sayur-sayur tu.
lepas tu biarkan sejuk, kemudian blender bersama air masak atau susu ibu..
kemudian tapiskan pulak dan simpan dalam peti sejuk..siapp
inilah hasilnya, setiap hari akak bekalkan 2 tupperware..
bekalan susu..itulah dia,akak nih stok susu tak banyak yg disimpan...hehehe nanti akak citer pasal susu simpanan akak lak ye..
hari tu bawa adelya pegi kenduri, member tanya 'bole bg makan bubur tak?' sbb dia nak suap bubur yg ada tu, akak ckp tak boleh..hehehe
bukan apa..bubur yg ada tu tentulah dah ada bahan perasa garam dan gulanya kan...
untuk kanak-kanak bawah 1 tahun bahan perasa garam,gula semua tu tak sesuai lg kan,
jadi akak tak bagi la...
akak ni sebenarnya agak menjaga juga la berkenaan pemakanan anak2 nih,
kalau bole semuanya nak sediakan sendiri utk anak-anak
biar anak-anak terbiasa dgn air tangan mamanya nih..
nanti kalau org tanya 'makanan apa paling sedap???'
bole la diorang jawab ' masakan mama...' hahaha...tak ke bangga tu???
hehehe...ok lah terima kasih sudi singgah dan baca..
#stillpray4mh370
wassalam

Comments

Popular Posts