Tuesday, 18 August 2020

Mak tam kita dah bertemu jodoh😉

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan lancar dengan izin Allah walaupun nak bercuti mama kena minta Dengan Timbalan Pengarah sebab sedang bertaklimat. Sehari sebelum majlis baru mama bercuti, jumaat tu lah keluar beli barang untuk memasak. Debaran juga hilang bila paklong cakap boleh tolong memasak 😁

Kisahnya... Merancang untuk majlis pertunangan Maktam sepatutnya buat lebih awal tapi pkp kita tangguh ke Tarikh lain yang dipersetujui bersama. Mulanya nak ambil katering je tapi kata En.azmi masak sendiri lagi jimat. Kalau paklong tak cakap boleh tolong masak memang mama je la yang memasak masa majlis tu. Sebelum tu mama dah bertanya pada makcik En.azmi yang memang buat katering berapa daging dan ayam yang diperlukan untuk 100 orang makan, bertanyalah sebagai persediaankan.

Bersyukur juga mama ni dapat jiran² yang ringan tulang, malam tu geng² lelaki potong daging Dan bersihkan ayam, yang perempuan memotong Bawang Dan sayur. Pagi esoknya paklong memasak dibantu Jiran lelaki, mama Dan jiran² perempuan buat kerja lain sediakan itu ini keperluan untuk memasak, setup meja buffet semua. Alhamdulillah selesai memasak sebelum pihak lelaki sampai 12.30


Perlu patuhi SOP Di musim pkpp nih, kami sediakan kaunter untuk check suhu Dan scan mysejahtera jika tidak scan buku disediakan untuk menulis nama, hand sanitizer Dan face mask juga disediakan. Pihak lelaki datang juga mengikut SOP, bukan nak menyusahkan tetapi kita jaga kita kan, kami dah daftar mysejahtera risau juga polis datang buat rondaan. Apapun kita bersedia untuk patuhi segala yang telah ditetapkan.


Hantaran kedua-dua belah pihak 7 berbalas 9, bawa siap² waktu bertunang ni sebab Masa nikah nanti tak perlu bawa apa² lagi. Perbincangan juga berjalan lancar abah(abg ipar) En.azmi Dan adik² ipar yang jadi wakil dari pihak kami. Lega tengok penerimaan dari keluarga pihak lelaki, duit hantaran yang diletakkan mereka tambah lagi, mas kawin kami minta ikut yang negeri tetapkan pun ayahnya tambah lagi sebab katanya rm300 dapat beli apa nak beli cincin sebentuk pun tak lepas katanya kami ni mengikut sajalah, yang penting semuanya dipermudahkan, Tarikh majlis pun dah ditetapkan katanya kalau pun ada arahan kerajaan kenduri tak dibenarkan, nikah akan tetap dibuat pada Tarikh yang telah ditetapkan InshaaAllah..


Alhamdulillah... Semuanya selesai seperti yang dirancang, semua adik-beradik pun ada dalam majlis ni, cuma tak bergambar ramai² je. Semua ambil bahagian tugas masing² dalam menjayakan majlis ini.


Tapi macam Biasala gambar geng gugurl mesti ada, kami pilih untuk pakai warna biru tapi tak kisah biru apa yang penting biru, cuma anak dara mama tu je buat hal taknak pakai baju yang mama dah gosok nak pakai baju lain, makngah pun layankan je sebab mama dia sibuk kesana sini, rupanya nak demam anak dara mama tu. Dah pukul 2 petang dia dah mula panas mama mandikan Dan suruh adelya tidur. Mama kena layan tetamu yang masih ada lagi.

Dah petang Dan tetamu pun dah tiada baru mama isi perut baru teringat dari semalam mama tak makan Nasi letih ke sana sini sampai takde selera nak makan yang mama ingat makan ubi goreng je hahaha teruk betul tu baru buat kenduri nak Terima adik ipar belum Terima menantu lagi. InshaaAllah bulan 11 nanti sekali lagi buat kenduri nikah Dan sanding pula, ambil tanggungjawab sebab kami dah takde mak ayah dah, tapi alhamdulillah dapat pengalaman uruskan kenduri besar macam ni kan.

Kebiasaan Masa kenduri yang paling dirisaukan makanan tak cukup 😅. Tapi alhamdulillah semua cukup siap boleh bungkus lagi 😀. Untuk 100 orang tetamu 10kilo daging untuk masak kari Dan 10 ekor ayam untuk goreng, mulanya orang kata sikit mesti tak cukup, tapi makcik kata untuk 100 tetamu 7-8kilo daging dah cukup Dan kami dah tambah jadi 10kilo,aphamdulillah takde lebihan yang banyak. OK la tu dah ada pengalaman buat kenduri besar kan.

Okeh semalam pun mama cuti hari ni masuk kerja sambung bertaklimat untuk banci penduduk... Adoii sejak akhir² nih jarang betul menulis dekat blog nih, kekangan waktu sekarang ni. Sampai jumpa lagi kita

Wassalam

Tuesday, 7 July 2020

Menghitung Malaysia 7 Julai 2020

Assalamualaikum...

Ada yang dapat info berkaitan menghitung Malaysia ni? Apa menghitung Malaysia tu? hehehe ok meh mama cerita walaupun dah pernah cerita sebelum ni tapi sebab tarikhnya sudah tiba jadinya mama ceritakan lagi. Menghitung Malaysia atau dalam kata lainnya Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

Banci Penduduk dan Perumahan 2020 terbahagi kepada 2 fasa ini berikutan dari pandemik covid 19 maka banci tahun ini terbahagi kepada 2 fasa, fasa 1 bermula 7 julai - 30 September. untuk fasa 1 ini banci dijalankan melalui kaedah e-cencus dan CATI. e-cencus ini banci diisi melalui online, hari ini mama dan seluruh anggota Jabatan Perangkaan Malaysia akan mengedarkan poskad bagi BP yang terlibat dengan e-cencus. siapa yang dapat invitation card mohon isi e-cencus dan siapa yang tidak dapat invitation card masih boleh isi e-cencus dengan masuk ke laman web e-cencus(nanti mama kongsikan link, tunggu pelancaran banci dulu) yang penting semua ada emel yang valid, kita tak guna henfon kita hantar ke emel ye. bagaimana kalau tak isi e-cencus? kalau tak isi e-cencus kami akan buat temuramah bersemuka pada banci fasa ke 2 nanti.

CATI juga salah satu cara yang digunakan untuk banci fasa 1 ni, caranya adalah anggota Jabatan perangkaan akan membuat panggilan telefon kepada anda. jadi bersedialah ye jika anda mendapat poskad atau mendapat panggilan telefon. Data anda masa depan kita..gituu, walaupun mama tahu pasti ada yang takut kalau dapat panggilan nantikan,takpe pastikan yang call tu betul-betul dari Jabtan Perangkaan Malaysia sila berikan maklumat anda tanpa ragu-ragu...setiap ahli isi rumah akan dibanci, sebagai ketua isi rumah anda perlu tahu maklumat tentang isi rumah anda.


Cara bagaimana anda ingin menjawab e-cencus jika anda menerima poskad atau tidak penerima poskad.


Rupa bentuk poskad yang akan ada, nanti dah siap dengan alamat dan invitation code dalam poskad ini,jika anda ada menerima poskad ini jangan abaikan dan sila isi maklumat bancian anda secara atas talian, masa untuk mengisi e-cencus sehingga 30 september, jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia hehehe.


Ini adalah siapa yang bakal dibanci. Terdapat 108 soalan yang akan ditanya untuk setiap isi rumah opsss jangan panik dulu sebab tak semua 108 soalan itu perlu dijawab oleh setiap isi rumah.


Ini adalah kategori soalan yang bakal ditanya. Mungkin nampak banyak tapi inshaaAllah mudah sahaja kerana banyak yang kita perlu tick sahaja. Baca Bismillah..jawablah dengan tenang, kalau ada yang tidak faham boleh hubungi hotline banci yang ada pada poskad tapi kalau untuk selangor 1-800-88-5033.

Data anda masa depan kita
Jadilah rakyat yang bertanggungjawab
Pastikan anda di Banci
No One Left Behind

Okeh..mama nak meneruskan misi menghantarkan poskad siapa yang tinggal di seksyen 7 dan seksyen 8 Shah Alam tu kalau terjumpa wanita anggun memasukkan poskad dalam post box anda jangan dihalau sudi-sudikan tegur ye hehehe, kami tak buat banci pun kami hantar poskad je.

Wassalam

Tuesday, 30 June 2020

Sebelum PKP

Assalamualaikum...

Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan rahmat dan redha Allah swt, dijauhkan dari segala penyakit yang berbahaya dan bala bencana...aamiin

Weekend sebelum pkp diumumkan sempatlah mama dan adik-beradik sempat lagi berkumpul untuk sambut besday makdak. Perancangan spontan..kalau tak mama tak join sebab nak balik kampung adik en.azmi nak bertunang tapi lepas tu majlis ditunda jadi teruskan dengan perancangan asal.

Berkumpul tak jauh pun dekat dengan rumah mama je dekat taman di Rimbayu tu je dan hari kejadian tu orang tak ramai, mungkin sebab orang dah berjaga-jaga pasal covid 19 waktu tu. Buat stail potluck je bincang nak makan apa, semua bawa sorang sikit tugas mama kukus pulut je untuk makan dengan ikan masin.


kek pulut kukus ditabur dengan rendang daging dan dihias juga dengan ikan masin hehehe.. memang itu jadi menu utama kami hari tu, pulut kukus dimakan bersama rendang daging, ikan masin dan kelapa. redha je la makdak kan itu je kek nya tapi memang itu yang makdak nak pun sebab kalau beli kek pun bukannya makan sangat kami ni.


Bila berjumpa memang takde aktiviti lainlah geng gigirl nihh(gigirl lagi tuh kan heheh) memang penuh gambar kami je la, waktu ni pakciklah mangsa jadi fotografer kami. mujutlah ada adik2 lelaki yang rajin melayan kakak2 dia yang rajin nak bergambar ni ha. mama ni pun kalau sorang2 memang takdelah nak bergambar, bila ramai2 macam2 ni barulah nak bergambar. Ada yang tengok gambar ni cakap "muka mama dan adik-beradik nak sama bila tengok gambar kami tak tahu yang mana satu mama"hehehe ye ke


layannn je pakcik...kakak2 dia nak bergambar tetengah panas tu masa ni adalah 3 hari sebelum pkp diumumkan orang pun dah tak ramai di taman ni mungkin sebab orang dah mula berjaga-jaga dan tidak keluar rumah, kami ni pun memang duduk makan lepas tu balik rumah, berjaga-jaga jugakan demi kesihatan semua.

Selepas ni inshaaAllah berkumpul lagi adik-beradik untuk majlis lain pulak, inshaaAllah nak buat kenduri pulak. andai umur panjang dan diizinkan Allah nak menguruskan majlis pertunangan dan perkahwinan adik pula lepas ni, doakan urusan mama dipermudahkan ye.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...