Wednesday, 27 February 2019

Hari ni nak makan dekat luar lagiii

Assalamualaikum...

Weekend lepas memang mood memasak ke laut dalam, jumaat petang mama dah bagitau en.azmi mama malas masak nak makan dekat luar je, lagipun memang dah lama kami tak makan diluar jadi memang patutlah mama rasa malas nak masak kan hahaha (alasan sangat tuu mama..). Bila tanya anak-anak nak makan apa? Pantas je adrien jawab chicken chop heheh..mama tahu dah.

Fikir punya fikir mana nak pergi kita singgah paktam je la kan senang sebab sekali jalan je dengan tempat lain yang mama nak pergi. Kalau nak ke kedai chicken chop murah di jalan kebun laluan tak sama dan menyimpang jauh, untuk jimat masa kita pergi dekat-dekat je la. Pak tam seafood, sebelum ni pernah la makan disini, ok juga makanannya jadi bolehlah kita ulang pergi kan. Macam biasa anak-anak dengan chicken chop dan fresh orange,mama bihun goreng, en.azmi nasi goreng. Sesekali makan diluar ceria anak-anak.

Ambik gambar lama je yang masih ada tersimpan masa makan di paktam juga nihy
Sabtu malam tak masak juga, kami makan steambot & grill, mama dah cerita pasal ni dalam entri sebelum dengan panjang lebar gituu jadi tak perlulah mama tulis lagi dekat sini kan. Penat nak menaip dengan enfon ni selalu typo jek kikiki nak salahkan screen kecik tapi sebenarnya jari jemari sendiri yang lebor asyik tersalah tekan huruf je. Apa yang boleh mama kata rizqin steambot & grill tu sedap terutamanya daging mix herbs nya... Rasa macam nak pergi lagi je nanti. Makan sambil rilek-rilek je, tak sedar berulang tambah makanan.

Ahad malam..adelya datang dekat mama.."mama yaya rasa malam ni nak makan dekat luar lagi la,nak pergi paktam" amboi-amboi dia tuuuu... Nak makan luar lagi ye. Nasib baik la mama ko penyakit malas masak tak hilang lagi,so kita paksa en.azmi keluar lagi wakaka,tapi takdelah nak ke paktam lagi kan kita cari maktam ke maklong ke pulakkk. Dah alang-alang nak makan kita isi minyak kereta dulu. Balik tu singgah kedai dekat simpang jalan sukepi je, nampak ada jual lempeng terus anak-anak order lempeng.


Tengoklah tu semangat makan lempeng, sebelum tu adrien ni dah bising "lambatnya lempeng ni, bukan ke senang je nak buat lempeng"😂..amboii pandai sangat dia tu, kedai baru pekerja pun.tak.ramai kan,kita bersabar sikitlah,lagipun kita takde kalut nak pegi mana pun. En.azmi order nasi goreng daging, yang sampai nasi goreng ayam sebab dagingnya habis, alhamdulillah ayam pun sedap digoreng garing bersama sos thai,mama makan nasi goreng cendawan. Di sini juga ada cendol,abc, ais kepal milo dan banyak jenis makanan jugalah. Adrien lepas habis lempeng dia bedal nasi goreng mamapapa lak lempeng sikit kata dia...heheh. Nanti.nak cuba kedai sebelah pulak yang jual aneka sup, hari tu bungkus sup daging..sedaplah.


Rezeki dikongsi bersama...setiap kali hari gaji mama niat akan beri sesuatu pada anak-anak mengaji, konon hajat nak buat chesse cake  bulan ni tapi malas pulak nak ke bakery,masa hari gaji tengok dekat ruang legar bangunan ada orang jual macam2 jenis biskut, jadi untuk kali ni mama belikan biskut sajalah, bulan lepas bagi kek batik hehehe...itu je la pun yang mampu mama buat inshaa Allah niat tu nak buat berterusanlah kan,moga Allah izinkan. Nak cuba sesuatu walaupun nampak kecil je... Kata ustaz "buatlah kebaikan atau amal soleh walau sekecil apapun sebab kita tak tahu yang mana satu diterima Allah dan membuatkan kita masuk syurga dan jangan buat kejahatan sekecil apapun kerana kita tak tahu yg mana satu akan menyebabkan murka Allah dan membuat kita dicampak ke neraka".

Wassalam

Monday, 25 February 2019

Tetamu comel

Assalamualaikum...

Ada orang kata jika kucing datang pada kita jangan dihalau sebab Allah datangkan kucing-kucing ini pada kita. Jangan sia-siakan haiwan yang datang ke rumah kita berilah makanan kepada haiwan. kerana ia juga merupakan rezeki buat kita.

Dirumah mama tu ada la tetamu-tetamu comel.Mulanya ibu kucing ni datang dan bersalin dirumah mama, jadi kami kesian lalu sediakan kotak untuk ibu kucing dan anak-anaknya. berikan makan semualah sebab kasihankan masih dalam pantang, setelah beberapa hari ibu kucing membawa anak-anaknya yang 5 ekor itu ke rumah jiran lain, mama tak kisahlah sebab bukan kucing mama pun tapi anak-anak mama tu sedihlah pulakkan. mama cakap biarlah sebab bukan kucing kita pun kan.

Beberapa hari kemudian datang balik ibu dan anak-anak kucing ini ke rumah mama, lama dah juga duduk dekat depan umah tu memang kami bagi makanlah dan anak-anak pun dah mula sayang cakap kucing mereka dah, yang mama ni memang taknaklah membela kucing tu bukan sebab apa nak menguruskan sisa najisnya tu kan kalau setakat bagi makan je takpelah jugak, tapi setakat ni anak-anak kucing tu memang membuang depan rumah kami je lah, takdelah pergi ke rumah jiran untuk membuang, tapi masih  tak sedap hati jugaklah.

Ada juga tengok video ustaz cakap kalau nak menjaga kucing pun jangan sampai menyusahkan jiran-jiran, nak bagi makan kucing pun kena tengok jugak sebab kucing ni ada satu sifat kalau kita bagi makan dia akan panggil kawan-kawan lain makan jugak, tapi kucing dekat rumah tu takdelah panggil kawan-kawan lain, cumanya itu lah anak-anak kucing tu sedang dalam fasa bermain agaknya seronok bermain sama-sama kadang-kadang dah masuk pagar rumah jiran sebelah, jadi tak sedap hati pulaklah mama ni kan. tadi dah minta untuk en.azmi letak kucing-kucing tu di tempat lain, letak sajalah berhampiran kedai ke kan tempat yang mudah kucing-kucing dapat makanan kan. Bukan apa takut makin lama akan lebih menyusahkan jiran-jiran lagi.


Tengok muka-muka comel ni rasa sayang pulak tapi itulah hubungan dengan jiran pun perlu dijaga juga kan. Kita cubalah cari jalan penyelesaian yang terbaik lepas nih walaupun mama tahu anak-anak akan sedih dan marah tapi apa boleh buat..terpaksa buat jugalah nampaknya kan. Mama pun sedih juga ni, terbayang wajah-wajah comel ni yang selalu menyapa bila pintu dibuka, nak tunggu balik kampung dan tinggalkan di kampung rasa sesuai tak ye? haishhh serba salah pulak dibuatnya. Masih berfikir-fikir..siapa boleh bagi idea, ce kongsi sikit dengan mama nih, supaya keputusan yang akan dibuat tak menjadikan mama sedih dan serba salah.

Wassalam.

Sunday, 24 February 2019

Rizqin Steambot & Grill

Assalamualaikum

Entah la kenapa sejak akhir-akhir ni malas betul mama nak memasak, mungkin sebab en.azmi selalu ambik alih bab memasak eheh... Sabtu pagi en.azmi kerja, jadinya mama cuma masak nasi, goreng ayam je..makanlah dengan kicap aduhhh malass betullah. Anak-anak takde masalah ayam goreng dengan kicap pun makan bertambah-tambah, kalau adrien lagi senang nasi dengan telur mata je sekarang ni yang dia laju. Lagi pulak malam ada pasar malam, jadi kita ke pasar malam je la.Lepas maghrib ke pasar malam sebab mama nak beli selipar, selipar yang ada dah putus talinya. Tapi macam biasa bukan mama je yang beli,yang paling sibuk memilih tentulah anak dara sorang tu kan.

Dah dapat semua yang dicari baliklah,mama tak beli pun makanan sebab mama tahu nanti mesti ada yang tak habis dah tentulah mama ni yang kena habiskan. 3 hero beli kerabu megi, adelya dengan cendawan chesse,itu je makanan yang dibeli. Balik tu macam yang dijangka adrien makan tak habis pun, mama lah yang habiskan, siap makan tengok tv la sekejap, malam minggu ni tidur lambat sikitlah.

Tetiba en.azmi dapat call dari ibu ajak pergi makan, walaupun mata dah layu kita ikutlah, naik satu kereta je sebab abg aliff dengan abg ariff taknak ikut. Kami pergi makan dekat-dekat je di Rizqin steambot & grill di Jalan Kebun. Dalam rasa perut dah hampir penuh tu, ambik jugalah bahan-bahan untuk grill ada kambing,daging & ayam black pepper, daging mix herbs, ayam madu. Mama ambik juga udang dan kerang, mulanya ambil sikit je sebab takde rasa nak makan banyak pun, untuk steambot ambik sup & tomyam. Untuk sup mama cuma letak udang,karot dan cendawan tiram,ambik tu sebab adrien adelya suka sup,bertambah-tambah jugalah makannya, abg adam makan kuah tomyam. Mama makan juga sup tapi lebih pada grill.. Ehhh tetiba sedap pulak sudahnya berulang-ulang mama dan en.azmi ambik makanan,grill yang paling sedap bagi mama daging mix herbs mama yang kurang suka daging ni boleh makan banyak pulak, selain daging mix herbs yang lain-lain pun sedap jugak. Anak-anak makan udang dan kerang.

Mula-mula ambik sikit je konon kenyangkan taknak makan banyak..sekali sedapp wehhh
Alhamdulillah semuanya sedap pada tekak mama ni. Bayaran ikut kepala untuk dewasa rm20 seorang dan kanak-kanak rm9 seorang. Kira oklah sebab bukan mama yang bayar kikiki, aboh yang belanja alhamdulillah...moga terus murah rezeki abah. Sebelum ni mama risau juga nak bawa anak-anak makan steambot sebab takut terlanggar saluran gas tu kan sebab pernah makan juga lama dulu masa anak2 kecik lagi,tapi makan tak tenang takut anak2 tersepak wayar gas tu kan, tapi makan dekat sini takdelah mama risau sebab kawasan terbuka dan meja pun jarak2 nak ulang ambik makanan pun tak risau anak pergi refill air sendiri je pun mama ok. Sebenarnya dekat area jalan kebun ni banyak kedai makan, cuma tak sempat mama nak citer je. Habis makan jam dah 11 lebih, balik rumah suruh abah drop dekat gate je,lepas tu kami anak-beranak berjalan sampai rumah, takdelah nak takut pun sebab waktu tu masih ada jiran yang berbual diluar. Haa dekat rumah mama ni ada juga yang jumpa makhluk lain dan pencuri pun ada...moga Allah lindungi kejiranan kami inshaa Allah.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...