Assalamualaikum...
Alhamdulillah dapat juga balik kampung walaupun 3 hari 2 malam je, nak buat macammana en.suami sibuk, dah namanya pekerja kenalah kerja kalau bos tu oklah jugakkan hehehe. Tapi takpe walaupun niat asal nak bawa anak2 naik cameron tak kesampaian mungkin lain kalilah pulak lagipun cuaca hujan je, ada hikmahNya la tu.tak dapat pergikan.
Malam sebelum balik kampung minta aboh tengokkan kereta sebab aircon tak sejuk dan berbunyi. Lepas aboh check rupanya yang berbunyi.tu sebab daun tersangkut dalam tu, ye lah mama parking bawah pokok dekat masjid tu kan.aircon tak sejuk tu mungkin gas habis tapi gas baru isi je,kononnya sabtu tu nak balik lewat sikit nak pegi bengkel dulu, tapi paklong call malam tu ajak balik sekali, ini mama tak tahu pun sekali pagi tu baru en.azmi bagitahu, dengan baju tak packing lagi, anak-anak pun tak bangun tidur terpaksalah paklong tunggu dulu, naiklah viva paklong, mama letak baju dalam beg kecik2 je takut tak muat bonet tapi alhamdulillah muat.
Dalam perjalanan tu en.azmi bagitau anak2 nanti kita singgah bukit tinggi tengok rabbit, apalagi sukalah anak-anak, lepas tu asyik tanya je bila nak sampai bukit tinggi? Hehehe tak sabar je memasingkan. Bukan apa bukit tinggi tu dah sejalan je kan jadi bolehlah singgah sebab anak2 tak pernah pergi lagi, strawbery park gohtong tu best juga tapi dah pernah pergi sebelum ni. Hajatnya nak terus ke colmar sebab kata paklong tak pernah pergi lagi, tapi tak sempat pulak, kata paklong acik kery(suami adik ipar) dah tunggu. Mama pun tak tahu sebab apa.
Paklong bagitau acik kery baru balik dari lipis hantar barang, kebetulan kitorang pun balik pagi ni jadi acik kery tunggu lah sebab nak bawa budak2 ni naik lori. Amboi dah tau tu kemain suka la memasing tak sabor nak naik lori kan. Acik kery tunggu lepas tol bentong tepi highway, ingatkan abg adam sorang je yang nak naik lori sekali semua nak naik termasuk anak dara sorang tu, paklong pon join sekaki naik lari tinggal la mama dengan en.azmi naik kereta. Sajalah acik kery tunggu.sebab lepas tu.dia tumpang kami masuk ke rumah, lorinya parking diluar. Oklah kan merasa juga anak2 naik lori.
Layankan gambar di rabbit farm
Anak2 takut nak bagi rabbit makan... Tiket masuk.dewasa dan kanak2 rm5 seorang, makanan rabbit rm3 sebungkus. Naik kuda rm10, tapi anak2 taknak naik jadi jimat duit papa hehehe...
Dah lama sikit baru berani nak bagi makan...kawasan rabbit farm ni takdelah besar mana pun tapi oklah untuk bawa anak2 dari takde bawa ke mana kira ok la ni kan.
Rusa pun ada, ini yang terkurung yang dilepaskan pun.ada jinak je boleh bagi makan
En.azmi je la yang bagi makan rusa, anak2 takut tengok adrien tu perati dari jauh je hehehe
Poney pun ada...
Tak lama pun kat sini, tapi anak2 suka adelya kata nanti nak datang lagi. Ok ada rezeki nanti kita jalan2 lagi
Semangat masing-masing nak naik lori tu,bukan main seronok masing2 dapat naik lori, paklong ada share video anak2 dalam lori tu. Dah.sampai tu bukan main bercerita la masing2, nanti nak naik lagi katanya. Ye lah..ada rezeki nanti boleh naik lagi, mana tahu tersama lagi dengan acik kery nak balik kampung boleh naik lagi, untunglah ada pakcik yang sudi melayan anak2.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Thursday, 14 December 2017
Tuesday, 12 December 2017
Segar rangup walaupun dah seminggu
Assalamualaikum...
Hari tu mama ada cakap salad mama yang ada dalam esbok tu masih segar dan rangup walaupun seminggu kan. Ini mama share ye..sebenarnya mama tengok orang share dalam fb,mula tu dalam hati dok kata eh...ye ke boleh buat macam tu, tapi mama cubalah buat jugakan dan hasilnya memang baguslah, sayur kekal segar dan rangup takde kuning-kuning lagi dah.
Simpan sayur dalam bekas sebelum diletak dalam esbok. Takde tupperware tipuware pun boleh hehehe sebab mama letak dalam bekas eskrem pun ok je. Macam sayur ni mama beli 2,3 jenis sebab tak selera pulak kalau hari-hari nak makan kobis kan, jadi mama letak dalam bekas macam ni susun dalam esbok. Penuhlah esbok dengan bekas-bekas sayur macam ni, tapi susunlah kemas2 kan, macam tak boleh nak kemas sangat sebab tempat letak botol air pun dah patah dikerjakan anak2 jadinya kat situlah bekas sayur kat situ jugak botol air hehehe..layan je la
Ini sayur yang dah seminggu mama bawa bekal pergi ofis, tengok masih segarkan dan rangup. Malas nak masak sayur pagi2 jadi mama bawa sayur mentah je untuk.dimakan bersama nasi dan lauk lain lah. Rasa tak sedap makan kalau takde sayurkan. Jadi nak kekalkan kesegaran simpan sayur dalam bekas, kalau letak sayur dekat tempat simpan bawah tu sehari pun dah layu dan daun kekuningan.
Untuk cili mama ikut petua yang kak.yati bagi. Cili dibuang tangkai, basuh cili dan toskan. Lapik tisuk dalam bekas, letak seulas bawang putih. Cili lambat buruk dah tahan lama. Ok semua ni mama dah cuba dan memang menjadi. Mungkin kawan2 dah buat dulukan tapi mama share jugalah hehehe..

Saturday, 9 December 2017
Cerita tentang dia
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...hari ni Adrien dah 6 tahun. Sejak masuk disember tu asyik menghitung hari je nak tunggu besday dia, bukan lagi dia tu kan, siap request kat mama "yen nak kek lepas tu atas tu ada mainan, yen nak topi dengan topeng, nanti nak potong kek dengan kawan-kawan" haaa bukan main lagi permintaan tu. InshaAllah ada kesempatan nanti mama buat, sambut sekali dengan abang nantikan, abang pun bulan disember juga, tapi krismas nanti.
Dah sambut sebenarnya besday dia dekat pasti hari tu sebelum mula cuti sekolah tu, ingat masa tu la mama nak buat kek yang dimintanya tu sebab mualimah dah bagi tarikh bila nak buat, mama pun siap ambik cutilah konon nak buat kek, sekali tu mualimah terpaksa cepatkan majlis, jadi memang mama tak sempat nak siapkan apa-apa la sebab mama tahu pun dah lewat, mana sempat nak pergi bakery beli barang nak buat kek. Tapi takpe mualimah tak minta sediakan pun sebab memang pihak pasti yang sediakan, ibu-ibu yang nak tambah je boleh tambah, mama memang tak sempat nak sediakan apa langsung takpelah dapat juga adrien makan kek yang mualimah sediaka.
Gambar yang mualimah share, mama kongsikan kat sini, kenangan anak-anak mana tahu Adrien dah pandai baca blog mama nantikan, dapatlah adrien tengok semua ni. ehh muka dia tu taknak senyum pun tau.
Sekarang ni dia dah pandai dah main whatsapp, tapi bukanlah dok whatsapp bukan-bukan, dia suka whatsapp acunya je, adik en.azmi yang bongsu. dah la tu dia whatsapp dalam group pulak tu hehehe mula tu tulis takde space langsung bersambung semua perkataan, lepas tu mama ajar dia untuk space dan letak icon. kalu bole tu hari-hari nak whatsapp acu, kadang mama yang tak bagi cakap acu busy hehehe..saje je kan takut mengganggu, tapi acu tu tak kisah pun, hari tu bukan main mama tengok adrien whatsapp "birtday yen sabtu acu belanja kek 🎂🎂🎂" amboi siap minta acu belanja kek tu.
Adrien ni macam kelakar pun kadang tu. Hari tu dia marah adelya sebab adelya kalau.tidue mesti dengan mama walaupun dengan bangganya cerita dekat orang dia ada bilik sendiri tapi tetap tidur dengan mama, satu hari tu adrien bengang je sebab tak dapat tidur sebelah mama "Ya ni asyik.tidur dengan mama je..kalau macam tu baik yen jadi Ya je" hehehe.... Nak bertukar jadi yaya ye, adrien panggil adelya Ya je.
Lepas tu adrien ni kalau mama marah je dia mula la buat main teka-teki dengan abang adam "abg...besar nanti abg nak jadi apa? Yen nak jadi angkasawan (ini terpengaruh dengan upin ipin lah) entah apa angkasawan tu dia tahu ke tidak agaknya. Lepas tanya abg adam mesti dia tanya mama "mama dah besar nanti nak jadi apa?" Tak sempat nak jawab lagi dia yang jawab "yen tau mama nak jadi pemarah" hahaha hadoiii la budak sorang ni ada je dia kan. Yen...mama ni dah tua pun takde apa nak dicita-citakan melainkan nak masuk syurga nanti. Itu je lah cita-cita mama sekarang ni dan cita-cita mama untuk anak-anak mama juga.
Macam-macam lagi cerita adrien ni, tapi tak dapat nak tulis panjang-panjang. Sempena ulangtahun kelahiran anak mama Adrien Aryan bin Azmi ni, takde apa yang mama minta.. Sama juga macam yang sudah-sudah... Moga anak mama ini jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Moga Allah sentiasa memberkatimu duhai anak
Selamat ulangtahun sayang... Tahun depan akan bermula fasa baru dalam hidup adrien, moga Allah permudahkan setiap langkahmu.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...