Friday 8 May 2020

Dari dapur mama

Assalamualaikum...

Sejak pkp bermula memang rutin mama ataupun memang rutin setiap orang akan memasak sendiri, adik-beradik mama pun hari² dok up gambar menu setiap hari semua pakat mencuba resepi, yang nak mendirikan rumahtangga sorang tu apatah lagikan,lulus dah tu memasak,bolehlah jadi isteri heheh

Setiap hari fikir apa nak masak buntu jugak dibuatnya kebiasaan mama akan tanya adrien nak makan apa sebab dia tu cerewet sikit, buka puasa nak nasi lemak,chicken chop, nasi ayam macam² lagi permintaan tapi itu ok bagi mama sebab mama tahu apa yang nak dimasak jangan dijawab "ikutlah nak masak apapun.."haaa jawapan tu yang paling mama tak mahu dengar. Lama mama tak muncul ni meh la jenguk apa menu dari.dapur mama, sikit² je lah yang mama tunjuk bukan semua.

Ini 2hero yang rajin nak nanti mama didapur,anak dara sorang tu kadang rajin kadang tidak,macam masa ni dia sibuk melukis dan berwarna kata dia cita² nak jadi pelukis,habis melukis pergi bersenam sebab perut dah gemuk katanya,makan pun sikit je takut gemuk..amboi² dia nak perli mama ke apa nih.

Hasil seni abg adam dan adrien...bubur labu. amacam ada sapa2 nak buat menantu nanti? hahaha. anak dara yang seorang tu pula dok asyik melukis katanya nak jadi pelukis nanti,habis melukis dia bersenam sebab dia kata perut dia dah gemuk, itu macam perli mama dia je tu.

sepanjang puasa ni dah  3 kali adrien minta buat nasi lemak,2 kali nasi ayam, 2 kali chicken chop, maknanya tu memang kena dengan selera dia lah, maklumlah dia ni susah sikit bab makan, kebiasaannya dia makan nasi dengan ayam goreng je, tak sampai hati pula mama tengok itu yang selalu tanya dia nak makan apa?

Anak-anak makan chicken chop mak pak kongsi makan meatball je, sos balck pepper yang tak berapa nak black tu mama bikin sendiri, alhamdulillah anak2 cakap sedap siap colek dengan jari je makan cila ayam dah habis, mashed potato dan coleslow tu pun taram buat sendiri jugak walaupun bahan tak berapa nak cukup kita guna sajalah apa yang ada kat dapur tu kan.

Ikan rebus air asam, biasa tengok telur rebus air asam nak buat telur en.azmi taknak dia nak ikan jadi kita buatlah ikut selera dia,tapi tak makanlah ni dia sorang-sorang je la makan sebab mama kurang berkawan dengan ikan nih hehehe

Nasi berhujan berpanas tapi takde beras basmathi kita guna beras biasa sajalah janji jadi je nasinya tu kan,pertama kali buat anak-anak suka sedaplah tu kan kalau habis dimakan.

Pulut kuning rendang ayam, ini memang kegemaran ni, anak-anak memang suka.


Kuih ketayap kesukaan en.azmi dan anak-anak juga, jadi kita buatlah kan dah dorang suka. en.azmi pun dah belajar buat sendiri  dan yang ini hasil dari tangan en.azmi lah ni.

Malas nak menguli tepung maka jadilah karipap roti, ok jugak nih buat karipap roti. Roti yang dah nak expired tu mama buat karipap je,walaupun rupanya tak begitu menarik tapi rasanya ok lah, rasanya bergantung pada intinya kan, anak-anak suka kari jadi takde masalah sebab inti pun kentang ayam dan kari.

keria gula melaka dan cek mek molek, ini semua pun suka..manisss je..

Puding oreo hahah rupanya tu kannn..taram sajalah en..azmi bawa balik agar-agar kaler hijau kita buat sajalah sebab dekat kedaqi tu memang ada kelar hijau je, makngah pun tak tau juga yang agar-agar ni berkaler bila mama up gambar dia tanya nape puding tu hijau? mama cakap sebab beli agar2 kaler hijau,dia kata ada kaler ke? rupanya makngah pun salah beli kaler merah,dia nak buat puding roti, mama cakap takpelah puding roti kaler merah

Tu je lah cerita dari dapur mama ni, ada yang tak ambik gambar pun bila rajin ambik gambar bila tak memang malaslah. Macammanalah sambutan syawal tahun ni ye, sambut dirumah sendirilah nampaknya kan, kami raya haji pernah beraya di rumah sendiri aidilfitri ni belum pernah lagi. Apapun syawal tetap disambut bagi meraikan kemenangan kita melalui bulan ramadhan. Baju pun beli juga online dalam kata taknak beli tu beli jugaklah kesian pula dekat anak2, biskut raya pun ada lah juga yang mama beli heheh, kena meriah juga walaupun duduk dalam rumah je kan. Inshaa Allah ada rezeki kita sambut syawal tahun ni dengan norma baru pulakkan.

Wassalam

7 comments:

  1. Alhamdulillah semuanya nampak sedap sedap. Yelah kita ni masak, kalau tak de org nak makan, geram jugakkan so baiklah masak yg diaorang suka, dah tentu habis. Tapi kadang tu masak jugak apa yg kita teringin, tak daya nak menahan lagi hahhaha

    ReplyDelete
  2. Kak laili pun tak tau ada agar-agar berkaler πŸ˜†

    ReplyDelete
  3. cantik nyer labu kenit tu.
    and kuih ketayap. best nyer. feveret.
    just tak pandai nak buat, AA.
    tiap ari masak je kita kan. WFH. xde alasan ler tak masak :) ha ha ha ha...
    aida gigih jugak la tiap hari snap gambar utk berbuka.
    kenangan...

    ReplyDelete
  4. Rajin hero2 tlg di dapur 😘😘

    ReplyDelete
  5. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. SELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...