Wednesday, 8 January 2020

Tiga-tiga dah sekolah

Assalamualaikum...

Sesi persekolahan 2020 dah pun bermula, tahun ni tiga² anak mama dah bersekolah. Persiapan sekolah tahun ni banyak untuk adelya la baju memang kena beli yang baru,abang² beli sorang sepasang untuk pagi petang. Alat tulis dan beg tak perlu beli lagi,ada yang masih belum diguna pun sebab banyak dapat hadiah hujung tahun hari tu.


"Mama...abang dah darjah 5 takkan nak pakai beg spider-man lagi" hehehe ye lah mama lupa abg dah besar, beg elok lagi jadi bagi saja adelya pakai,mujur adelya ok walaupun takde beg princess, tapi satu hal pulak mama kena bebel bila share gambar adelya dekat group "kenapa bagi adelya guna begpack,buku banyak nak bawa nanti berat sakit bahu dia"...dan ada pulak sokongan..hmmm yo lah. Terus mommy call tanya adelya takde beg tarik ke? Memang takde sebab mama rasa tak perlu pun kan.Petang tu juga mommy whatsapp gambar beg tarik suruh adelya pilih nak yang mana. Rezeki anak² mamalah kan.

Hari pertama sekolah,abang² naik transport je adelya mama papa hantar naik motor,kalau naik kereta mesti sesak punya depan sekolah tu. Pergi je hantar balik naik transport,suruh abg adrien dia ambil dikelas. Waktu rehat pergi jugalah tengok tapi mama lepas je dia rehat dengan kawan dah masuk kantin tu tak nampak dah mana adelya bercampur dengan ibubapa yang penuh dikantin tu,ada juga yang duduk dibangku kantin tu hmm kalau ye pun nak tunggu anak janganlah duduk dibangku tu utamakan anak² lain yang nak makan. Mama tengok adelya ok je, nak membeli pun dia berani je lagipun senang dah sebab makanan memang dibungkus dengan harga rm1 jadi tak perlu lagi anak² menunggu baki. Hari pertama tu memang merempit je la mama papa berulang pergi sekolah hujan pun redah juga tengok anak balik sekolah. Alhamdulillah abg adrien boleh diharap waktu balik memang dia pergi ambik adik dekat kelas lepas berjalan pergi kereta,senang hati mama tengok,boleh diharap dah.

Abg adrien sebagai bodyguard tahun ni, tahun depan dah tak sama sesi.
Hari kedua mama tak pergi tengok dah biar je pergi dan balik naik transport,alhamdulillah sebenarnya mama dah syukur sangat sebab transport pun naik dengan jiran jadi takdelah mama risau.sangat sebab dah kenal kan. Rehat pun mama tak pergi,tapi jiran mama cakap ok je adelya rehat dengan kawan². Ada yang kawan dari pasti dulu dan jiran sebelah pun sekelas. Cuma mama risau dah la jiran,sekelas dan duduk sebelah² pulak tu dah la dua² kepoh,meja depan meja cikgu pulak tu,risau cikgu mengajar dorang berborak pulak, pagi petang sekelas tu tapi kira ok lah nanti nak pergi cari cik ida pun senang.

Kalau tahun lepas berperang dengan abg adrien je pagi² tahun ni mama kena berperang dengan 2 orang pula. Paling senang abg adam lah,dari darjah 1 kejut bangun tidur mudah, urus diri sendiri je,ikut jadual pun sendiri. Kalau yang berdua ni hmmm memang kena banyak sabarlah mama pagi²,tapi kadang² hilang juga sabar sebab nak kejar pergi kerja lagi mujur jugalah sekarang waktu kerja fleksibel,takdelah gigil² kaki bawa kereta nak kejar punch card,sekarang rilek² drive yang penting sampai ofis sebelum pukul 8,dapat sampai 7.40pagi pun dah ok.

Wassalam

13 comments:

  1. aah waktu fleksibel ni mana mak pak yang antar anak takdela terkejar2 sangat nk masuk opis ikut time macam dulu, lebih mudah...

    kira adelya betul-betul jd princess la ada abang-abang jadi bodyguard dia... takla risau mama nya

    ReplyDelete
  2. Mmg biasa waktu pagi kecoh jeeee.. Hahaha..

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. alhamdulillah sudah tiba masa anak2 makin membesar dan ke sekolah kan. oh rindunya anak2 ^_^

    ReplyDelete
  4. Bila semua dah ke sekolah, jadi sunyi la rumah kan. Cikgu pun x galakkan ibu bapa tunggu anak. Alhamdulillah.. Adelya da blh berdikari. Senang ada kawan yg kenal, sket lg abg adrien xyah jd bodyguard da. Hehe..

    ReplyDelete
  5. sonok anak2 nk hi sekolah tuuh

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah adelya OK, good girl.

    ReplyDelete
  7. ilah...wah adeliya dah sekolah rendah ya.Sekejapnya masa berlalu...akak ingatkan masih tadika lagi.
    Bagusnya mudah sangat dia bawa diri di sekolah.Kalau ank2 akak dulu seminggu memang tak senang duduk kita di rumah.

    ReplyDelete
  8. ilah...wah adeliya dah sekolah rendah ya.Sekejapnya masa berlalu...akak ingatkan masih tadika lagi.
    Bagusnya mudah sangat dia bawa diri di sekolah.Kalau ank2 akak dulu seminggu memang tak senang duduk kita di rumah.

    ReplyDelete
  9. selamat menempuh alam persekolahan. Tiga2 dah masuk sekolah, mama kena makin ligat bersilat.hehe

    ReplyDelete
  10. selamat belajar anak2 semua. jadi pelajar yang soleh soleh baik sopan santun..
    belajar rajin2 insyallah =)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. mudah urusan bila diberikan waktu fleksibel ini kan mama yan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Menghitung Malaysia 7 Julai 2020

Assalamualaikum... Ada yang dapat info berkaitan menghitung Malaysia ni? Apa menghitung Malaysia tu? hehehe ok meh mama cerita walaupun da...