Monday 9 December 2019

Tunaikan hasrat Adrien Aryan

Assalamualaikum...

"Mama...tak lama dah nak besday yen?mama nak beli kek apa?"

"Mama beli kek pisang je dekat kedai aceh pastu kita letak lilin ye"

"Mama ni..yaya tu boleh je beli kek cantik"

Masa november gigih dia kira hari dekat kalender bila movie ajen ali nak tayang,masuk disember dia kira hari bila pula besday dia. Ye la mama dah plan nanti 9hb bulan beli kek, malam anak² datang mengaji bolehlah sambut besday adrien.

Tetiba khamis adik-beradik mama dok whatsapp taknak pegi mana² ke cuti sekolah? Dorang plan nak pegi janda baik. Mama cakap kalau janda baik, mama tak join la. Jumaat tu bincang lagi buat dekat putrajaya tempat biasa, bincang nak bawa makanan apa,mama goreng bihun dengan nugget,makngah bawa makanan yang dia beli dekat jepun. Mama minta tolong sesiapa belikan kek untuk sambut besday adrien.

Hari ahad..bangun goreng bihun dan nugget. Terlambat sikitlah mama keluar. Sekali adik² yang dah sampai bagitahu tempat biasa taman botani tu penuh sebab ada fun run ke apa entah,dorang cari tempat lain. Pergi wetland kena bayar rm50 sejam..uihh sejam kalau sehari rm50 ok jugak. Akhirnya dapatlah tempat dekat taman rekreasi air,dorang suruh kami lambat² sikit nak set up tempat, adik beradik mama tu memang bersemangat sikit kalau buat apa² mama suruh tolong beli kek,dorang siap beli dengan belon sekali. Siap cakap kalau ada baju hitam gold boleh pakai sebab belon warna hitam gold. Ramai yang pakai hitam sebab senangkan,mama kebetulan ada baju kaler kuning mustard pakailah dengan tudung hitam.

Elok kami sampai dorang dah siap set up,tapi besday boy nak ke toilet pulak,en.azmi bawa ke toilet mama terus pegi ke tempat dorang,sebelum adrien sampai kami berdiri lindung belon,dia sampai dekat baru kami nyanyi..terus senyum simpul adrien, gembira la orang sambut besday dia. Alhamdulillah dengan izin Allah apa yang Adrien nak dapatlah ditunaikan dengan bantuan mak-mak sedara dia kalau harap mama memang beli kek sebijik je lah kan. Walaupun adrien nak sambut tepi kolam macam yaya tapi tak dapat nak tunaikan yang itu sebab dah hujung tahun ni, bajet mama papa untuk buka sekolah pulak.

Tersenyum besday boy dapat surprise, alhamdulillah dapat juga buat budak sorang ni gembira, minta nak hadiah dari mommy, mommy pun dah belikan, rupanya sebelum ni mengadu dekat mommy nak hadiah apa, ohoii anak senyap² minta dekat mommy ye...

Abang adam pun besday bulan ni, tapi untuk tahun  ni mama sengaja taknak sambut sama nak sambut asing, abang adam tunggu cuti krismas nantilah sebab besday dia memang jatuh pada hari krismas. saja buat asing sebab biasa adelya sambut besday banyak kali jadi tahun ni nak bagi adil,kita sambut asing-asing.

Sepupu...tapi ada lagi yang takde..abang aliff,abang ariff, abang darwisy..masing2 dah besar taknak sangat bergambar dengan budak2 katanya..hehehe

Mama mengkut temalah kononnya kan..hehehe,dah ada kaler tu kita pakai je lah kan

Bergaya dengan ole-ole dari jepun..makngah dengan mommy baru balik dari jepun dapatlah kami ole-ole walaupun tak dapat pergi jepun kan. bolehlah bawa pegi jalan-jalan nanti heheh, baru je rasa nak beg baru Alhamdulillah..dapat beg

Tak lengkap...sebab ibu takde, mama 6 beradik perempuan kakak yang sulung(ibu) takde hari ni sebab ada reunion dengan kawan-kawan sekolah. maktam,mommy,mama,makngah,makdak..yang jadi mangsa jadi fotografer pakciklah...layan je pakcik perangai kakak-kakak dia ni.

papa pun semangat juga tu walapun nampak macam takde apa-apa pun masa cakap nak sambut besday adrien, tapi sampai2 semangat juga tu haa kan.

Alhamdulillah...dah 8 tahun anak soleh mama adrien hari ni 9hb disember, moga cemerlang didunia dan akhirat.

Oh ya taman rekreasi air ni pun sewa ye..rm50 untuk sehari,tapi mama tak tahu siapa yang bayarkan. Boleh la nak naik permainanan air yang disediakan disini tapi kami tak naik pun. Lepas makan² dan bergambar jalan² di ioi mall. Itu kalau rajin mama ceritalag kan. Inipun rasa lama tak menulis,ini sebabkan besday adrien hari ni mama menulis juga.

Wassalam

16 comments:

  1. Alhamdulillah.. Seronok bila dapat tunaikan permintaan anak-anak kan mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sha, bila dapat tunaikan permintaan anak2 ni rasa seronok sangat

      Delete
  2. HB adrien, moga jadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat ya...

    seronok lah dapat sambut ramai-ramai gini, mesti bahagia betul rasanya...
    seronok tengok ke akraban adik beradik akak, itu lagi meriah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dana atas ucapan dan aamiin untuk doanya..

      seronok dana dapat kumpul ramai2 walaupun sekejap je.

      Delete
  3. ohsem. bila anak happy, kita pun lega, kan...
    sesekali jer. hari yg istimewa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah aida, anak embira kita pun gembira jugakan

      Delete
  4. yeayy seronok tengok anak seronokkan. salam kenal. done follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal cik bunga, terima kasih sudi singgah dan follow sini. inshaa Allah saya akan follow kembali

      Delete
  5. Alhamdulillah...
    Happy birthday Adrien.
    Semoga menjadi anak soleh, cemerlang dunia akhirat. Taman rekreasi air tu kat putrajaya ke? Lps ni birthday abg pulak. Dpt mkn kek bnyk kali kan.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ira,,diatas ucapan dan aamiin untuk doanya.

      ye taman rekreasi air tu dekat putrajaya juga. inshaa Allah cadangnya macam tu lah lepas ni nak sambut besday abang pula. itulah rezeki dapat makan kek banyak kali bulan nih

      Delete
  6. Wah...seronoknya! Ni dah kira meriah sambutan. Byk belon.

    Happy Birthday Adrien 💐

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira meriah dah ni ujie dengan riuh kami adik-beradik heheh

      terima kasih atas ucapan

      Delete
  7. Happy belated birthday Adrien. Happynya dapat surprised bday celebration macam ni. Alhamdulillah rezeki Yen.

    ReplyDelete
  8. happy bday adrien. bestnya bila buat bday kat luar.

    ReplyDelete
  9. bestnya..adik-beradik semua sporting...

    ReplyDelete
  10. meriah birthday adrien sebab mak-mak sedara semua sporting

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...