Alhamdulillah...semua kerja berjaya siap seperti yang telah ditetapkan. Hujung minggu lepas rasa seronok dapat berada dirumah dan dapatlah mengemas sikit², tak sempat nak kemas habis kena sambung hujung minggu ni pulak.
Puan boss sponsor nasi palestine masa makan2 hari jumaat, yang lain-lain potluck je. bawang putih dalam nasi tu sedap sangat,mama makan selabu tu sorang je |
Sabtu tengahhari hadir kenduri tahlil dirumah jiran. Petang selepas asar ke puchong pulak join besday hud. Alhamdulillah...dah setahun Muhammad Sayf Hud ni, kehadirannya pun ditunggu selama hampir 5tahun,masa nak tengok dunia pun tak sabar nak keluar tu sampai kena emergency ceaser tu, lahir tak cukup bulan tapi alhamdulilah membesar dengan sihat.
Ahad...pusing² lagi cari barang,segala kedai jual buku dan 7-eleven diterjah semata² nak cari komik boboiboy the movie tapi takde stok. Membebel la adrien "mama la hari tu buku tu ada taknak belikan sekarang dah takde". Korang pun...dah tengok dekat wayang pun masih nak beli komik lagi. Yang penting barang mama nak beli ada hahaha...tapi dorang jugak yang pilih.
Sudahnya batman dekat rumah mama...huhu layan je la, lagipun rumah mama tu memang takde konsep pun, konsepnya hantam sajalah labuu
Masa mamapapa tanya nak roti apa? Adrien.sorang yang susah buat keputusan. Dah orang duduk makan baru dia nak minta,haaa pergi beli dan bayar sendiri mama tengok dari jauh. Sekarang ni memang kadang² mama ajar anak² beli sendiri dan kalau nak apa² waktu dikedai cuba minta sendiri,tapi yang mudah² je la kan.
Mood nak memasak takde..heheh jadi kita makan kat kedai je la kan. Dah habis makan kita tolong kemas apa yang patut supaya memudahkan orang nak angkut pinggan dan cawan tu. Moga pertolongan yang kecil ini.dapat membantu,kata ustaz buatlah kebaikan walau sekecil apapun kerana kita tak tahu mana satu yang Allah redha. Kita mudahkan urusan orang moga Allah mudahkan urusan kita.
Wassalam
terliur nengok nasi palestine tuh kak, bawang putih tu dah meresap segala bumbu dan ayam tuh kak itu yg sedap tuh.
ReplyDeletecomei je pelat si adelya tuh hehehe..
kami kalau mkn kt kedai pun akan cuba susun pinggan sebaik mungkin, kalau mkn di fast food memang kemas dan buang siap2 dalam tempat sampah... kadang geram tgk org yg mkn bersepah2 lps tu tinggal je atas meja
Syukur berjaya habiskan kerja ya AA.. dapatlah luangkan masa dengan anak2..ingatkan apa dikses tu??rupanya Texas.. hihi..
ReplyDeleteSuka buat mcm AA..lepas makan kemaskan apa yg patut..tolong kemas serba sedikit meja sblm berlalu.. :)
Wah dah siaplah kerja yg menimbun tu ye mama, tahniah2x kerana berjaya menhadapi rintangan, hehe.
ReplyDeleteKemaskan meja makan slp habis makan mmg diajarkan oleh mursyid akk, memudahkan kerja org, mudah2an Allah mudahkan pula kerja2 kita.
Alhamdulillah.. Da selesai kerja lega rasanya kan. Tgk gmbr pun da terliur tgk nasi tu.
ReplyDeleteBesar dah hud.. Kejap je kan.
hai mama..
ReplyDeleteLama tak ziarah mama :)
ReplyDeleteComel yaya sebut dikses haha
Mcm mana rasanya nasi Palestine tu mama aryan... mcm rasa nasi arab juga ke?
ReplyDeleteSedap pula tengok nasi Palestine tu. Penuh aktiviti hujung minggu ye.
ReplyDeleteHI! AA. Lama tak singgah sini.
adae eeeh skrng Nasi Palestine.. festime tahuuu tu..
ReplyDeletetak pernah makan nasi palestin. nampak sedap.
ReplyDeleteMemasing berebut utk bersedekah ye Azra....nampak sedap, mcm nasi Arab ek...
ReplyDeleteHish mmg jemulah kerja memasak ni....kalaulah boleh hari hari nak order je....
Huish.. Nasi palestine tu mengancam sungguh..
ReplyDeletenasi palestine tu, first time aida baca, AA.
ReplyDeletenampak special sgt tu. menarik!