Assalamualaikum...
Rezeki itu bukan hanya dari segi wang ringgit..kesihatan yg baik,dikelilingi orang² yang baik juga rezeki. Alhamdulillah...sejak kebelakangan ini kami diberi sedikit ujian, tapi alhamdulillah dihadirkan dengan orang² yang baik,tanpa bercakap pun mereka tahu apa yang kami lalui. Dan setiap apa yang kita lalui,ujian kita pasti tak sama dengan orang lain jadi kita tak boleh menilai orang lain melalui apa yang kita lihat dan dengar sahaja. Kadang apa yang kita lihat tak sama dengan situasi yang dialami.
Abah pinjamkan motor untuk en.azmi pergi kerja...alhamdulillah, moga dikurniakan pahala buat abah yang membantu setiap kali motor itu digunakan. Baru² ni pergi bercuti ke melaka ada juga yang sponsor,ada yang pinjamkan kereta dan ada yang bagi duit minyak yg bukan sedikit jumlahnya pada mama,mulanya berat hati nak pergi tetiba maktam cakap dia hantar kereta dia untuk kami guna,maktam sekereta dengan paksu dan pakcik, masa nak gerak tu pakcik hulur duit minyak...terharu mama okeh,dapatlah bawa anak² bercuti. Sesungguhnya ujian yg Allah berikan Allah hadirkan sama penyelesaiannya.
Sabtu selepas en.azmi balik kerja barulah kami gerak ke melaka,ikut jalan lama saja sampai melaka dekat 5.30 sebab sebelum tu singgah makan dulu. Disebabkan ramai yang sampai lewat petang, sesi potong kek buat sebelah malam. Sebenarnya ke melaka ni untuk sambut besday 2 orang princess tu la,tapi mama tak cakap pun pada anak² sebab takut tak jadi pergi. Dah tahu nak sambut besday seronoklah anak dara mama tu, mak² sedara pula buat tema kegemaran pulak tu kan..pony la apa lagi heheh layan je la sebelum umur 12tahun kan.
Daeisha Dynara memang princess la ala² princess jasmine gitu fe'el dia kalau adelya azra tu ala² princess brave gitu heheh.
Layan dulu gambar² yang ada
Daeisha Dynara Daniel & Adelya Azra Azmi, tiap tahun sambut besday sama² tapi lahir bulan berbeza adelya bulan ogos daeisha september. Saja sambut sama² lebih meriah,adelya ini kali ke 3 la potong kek,tiap tahun 3 kali sambut besday dia,sampai naik jeles adrien heheh..ok² nanti kita survey tempat untuk.sambut besday adrien nanti ye.
Join jugalah...abg alip bulan 8,ibu bulan 8,pakcik bulan 9,Hud bulan 10, en.azmi pun bulan 10 tapi biasalah dia bukan nak ambik gambar baik layan makan kambing katanya hahaha.
Kek cookie monster tu mommy yang buat sendiri, mommy ni memang pandai baking pun.
Haruslah ada gambar mama dan adelya,yang papa dan hero²nya sibuk makan je jjadi takpe berdua pun kita ok je kan bergambar..ate nak buat macammana en.azmi jenisnya bukan suka bergambar,hero² pun kurang nak bergambar jadi mama dengan anak dara je la layan bergambar.
Lelaki² bertanjak..pakcik dengan paksu siap berbaju melayu lagi tu,abg aliff redho je la kan tema pony siap pegang chocolate bouquet bear tu.
Selesai potong kek makan² kami borak² la kan,memang sewa ni bukan niat nak berjalan bandar melaka cuma nak lepak² je barang makan semua dah dibawa.
Pagi tu mama goreng bihun..itu je la yang mama bawa pun bihun dan bahan² untuk goreng bihun makanan lain semua orang lain bawa. Lepas makan semua mama,ibu dan makngah terjun kolam hahaha.. Private pool jadi tak seganlah nak berenangkan,memang waktu tu kami bertiga je yang lain² semua dah naik bersiap² untuk balik. Seronoklah dapat berenang, nanti kita nak cuti² cari rumah yang ada private pool je la takdelah segan mama nak berenang heheh.
Pukul 12 check out lepas tu singgah piknik dekat PD pulak saja bawa anak² ambil angin pantai pula,lepak makan tengah hari tepi pantai pulaklah sebelum bergerak balik.
Dah siap jadi hiasan pun hadiah yang adelya dapat,gumbiralah hati anak dara tu.
Alhamdulillah rezeki dikelilingi dengan orang yg baik² sebelah mama baik,sebelah papa pun baik,biasa sebelah papa pun sambut juga tapi sebab tak balik kampung jadi takdelah sambut dengan family en.azmi. Dengan family en.azmi pun adelya berkongsi bulan lahir dengan wan,paklong dan acu. Insya Allah ada rezeki kita sambut lagilah dimasa² yang akan datang.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Alhamdulillah...banyak rezeki Allah berikan.
ReplyDeleteSemoga dilumayankan rezeki selalu.
ReplyDeleteSangat-sangat bersyukur dikelilingi insan-insan yang baik. Bagi PC itu rezeki yang sangat indah. Sebab tidak ramai yang sanggup bersama-sama ketika susah.. Berbanding ramai yang dekat ketika kita senang.
ReplyDeletealhamdulillah kak, syukur di kelilingi family yg sangat baik dengan kita, rezeki yg tak ternilai...
ReplyDeletebest, suka tgk akak n adik beradik akak buat majlis gini,,, meriah betul siap dgn tema lg
Alhamdulillah murah rezeki mama sekeluarga
ReplyDeleteApa nama tempat ni mama? Seronok juga kalau ada private pool
Alhamdulillah..
ReplyDeleteSyukur dikelilingi insan yg baik2. Semoga semakin erat hubungan antara satu sama lain..
Tak semua org dpt berkumpul adik beradik dan berkongsi rezeki mcm ni. Kak lah sgt beruntung.
Seronok dan twrharu bila baca, sbb adik beradik mama yg begitu prihatin, erat sungguh ikatan kasih sayang antara adik beradik mama, tahniah.
ReplyDeleteBercuti ramai2 mmg seronok kan.
Alhamdulillah seronoknya sambut birthday ramai-ramai. Mama pun sempat mandi pool ๐๐๐
ReplyDeleteDi kelilingi oleh orang2 yg baik jg adalah rezeki.. Alhamdulillah.. seronok sambut birthday ramai2 ni..dpt berkumpul..
ReplyDeletecantik hadiah anak dara tu :)..
betul tu, rezeki dalam macam2 hal. alhamdulillah sambut birthday ramai2 lagi syok, family saya pun selalu buat
ReplyDeletealhamdulillah event yang meriah ye.. done follow sini #224
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Murah rezeki mama..
ReplyDeleteseronok bila berkumpul dan raikan majlis hari jadi ramai-ramai macam nie..