Mulanya mama tak rancang pun nak ambik cuti masa cuti sekolah ni, tapi tetiba terambil cuti juga tu pun ambik khamis jumaat je sebab isnin selasa perlu hadiri taklimat rabu kena masuk ofis siapkan report untuk dihantar ke hq dan selesaikan apa kerja yang patut. Jadi hari ni kita cutilah kan kesian anak3 cuti sekolah tak ke mana pun lepas tu dok asyik cakap je marsya pergi tengok upin ipin dekat wayang.
Tanpa pengetahuan anak3 mama dorang ni gigihlah belajar macamana nak beli tiket online jenuh tanya adik2 hahaha..layan je memasing kakak dorang yang tak berapa nak up to date ni, kata maktam kalau tak beli online beli dekat mesin pun boleh oh kalau mesin nanti terkial-kial depan orang pulakkan. Mommy cakap upload tgv atau gsc online. So marilah kita cuba, kalau tak cuba mana kita nak tahukan. Tengok tayangan dekat aeon bkt tinggi je dekat dengan rumah, ada 2 cinema yang tayang upin ipin disitu,satu cinema dah penuh, kita tengok satu cinema lagi belum penuh, cubalah mama dorang ni sambil ketor-ketor tangan demi anak3, ambik show 10.45pg je senangkan. Alhamdulillah dimudahkan urusan untuk gembirakan anak3. Pagi tadi okeh baru beli tiketnya.
9.45pagi gerak ke aeon bkt tinggi, dekat je kan takdelah nak kalut sangat, sambil tu dok whatsapp adik2 lagi tanya nanti nak ambik tiket macammana??? Hahaha...korang layanlah kakak korang yg dah senja ni kan,maktam kata ada barcode nanti scan je aah sudah mana barcodenya pulakkk,tengok emel sekali lagi baru nampak barcode dan tanya lagi nak kena print ke? Kata maktam scan guna telefon pun boleh,so mama screenshot je barcode tu. Sampai sana pergi mesin tiket tu scan tak boleh pulak,mujurlah orang tak ramai dah banyak kali cuba tak boleh kita tanyalah pekerja dekat situ, katanya tak scan pun takpe tunjuk je nombor id dekat pemeriksa tiket...hahaha dah tunjuk tu bolehlah masuk, okeh lepas ni boboiboy,ejen ali kita boleh tengok lagi..tu diaaa berderet list anak3,adelya nak tengok frozen,abg adam kata"taknak lah abg tengok frozen". Takpe dik..frozen kita tengok berdua je.
Adelya je la yg gigih nak bergambar,abg2 dah malas nak bergambar ni |
Habis upin ipin anak dara ajak makan, nak makan nasi dia taknak..so kita layan anak3 makan dekat texas chicken. Alhamdulillah...urusan ini dipermudahkan walaupun rancangannya dalam masa yang singkat aci redah je kan, seronok tengok.anak3 gembira, nampaknya itu je lah yang mama dapat buat untuk anak3 cuti sekolah ni.
Wassalam
tunggu jg frozen 2..hihi..
ReplyDeleteBetul tu, kalau x cuba x tau.
ReplyDeleteDa cuba, senang je kan..
Comey yaya..
Best x cerita upin ipin tu?
Berempat dgn anak2 je ke?
UPIN IPIN ANAK2 MMG MINAT SGT...LAYAN JELAH ASAL MRK HEPI UMINYA PUN TERSNGTLH HEPI
ReplyDeleteMama dah advanced nampaknya hihi...
ReplyDeleteBahagiakan tengok anak2 happy :)
Good job mama...
ReplyDeleteSenang kalau dah tahu booking online, tak perlu nak beratur beli tiket..
Lagi satu, kalau ada kad maybank dan booking kat TGV, dapat tiket RM 10 jer utk kid/adult. Byk jimat tu bagi mak anak ramai ni... hehehhe
Hihi.... Hakak kalau bab bab tiket kena scan bagai tu malas nak ambik tau Azra... Akak mmg serahkan sepenuhnya pada Pak King hihi...
ReplyDeleteAlahai cite cite gini mmg tak tengoklah... sebab tak de anak kecik lagi kan
sambil ketor ketor tangan tu kelako..hihi
ReplyDeletelepas ni dah tak ketor..laju je mama beli online. :D
ramai bagi 5 bintang cerita upin ipin ni.
ReplyDeletememang best macam kartun overseas :)
Wah bagus mama dah semakin advance gitew, clap3x.
ReplyDeleteBestlah bebudak tu yek dpt tengok upin ipin keris siamang tunggal tu, mesti seronok citer dia, akk pun suka tengok katun ni.
nak tengok tapi xdak geng2. kawan2 bab2 cartoon depa tamooo teman tengok hahaha..
ReplyDeleteBest.. best.. Sha abawa Amani dna Imani tengok filem ini.. Memang sukalah anak-anak..
ReplyDelete