Thursday 5 January 2017

Cerihik di awal tahun

Assalamualaikum...

Cerihik (cerita hikayat) mama dipermulaan tahun 2017. Hari pertama sekolah agak lelah berkejar ke sana sini. Uruskan persekolahan dan pertukaran sekolah abang adam.


Mama bersama bakal imam..inshaAllah, nampaknya Adrien bersemangat untuk sekolah ditempat baru. Tahun ni adrien bersekolah ditempat baru, keputusan yang mamapapa ambil setelah mengambilkira pelbagai aspek adrien ditransitkan juga di PASTI tersebut, transit sehingga pukul 7,tapi takdelah mama nak ambil pukul 7. Adrien ada cakap dia taknak duduk lama-lama dekat sekolah. Hmmm...kita cuba dululah macam manakan.


Teman hantar abg-abg sekolah dihari pertama dia pula yang terlebih lapar hehehe..makan siap bertambah tu. Adelya kami letakkan dirumah jiran,hari pertama alhamdulillah ok tapi pagi ni bila nak hantar adelya menangis, mungkin sebab semalam mama ambil lewat pukul 9mlm baru ambil..alahai kesian anak mama, bukan mama sengaja. Adrien mujur mama minta ibu tolong ambilkan, kalau tidak mahu pukul 9 juga tu.


Hai laa...tengok gambar abg ni mama jadi sedih, ujian diawal tahun untuk kita.. Moga selepas ini semuanya akan baik-baik sahaja, pertukaran sekolah abg dapat berjalan dengan lancar, kesian anak-anak mama. Ujian diawal tahun moga dipertengahan dan pengakhirannya akan kita hadapi dengan baik.

Sekarang mama di PPD kuala langat sedang menunggu pejabat buka..heheh awal betul sampai jadi terpaksa menunggu pula. En.azmi outstation jadi mamalah yang perlu membuat urusan hari ini, selepas menghantar adelya dan adrien mama ke sini dengan abg adam, hari ni terpaksalah abg bercuti dan ikut mama. Kenalah mama cepat sekejap lagi nak masuk kerja pula.

Anak-anak.. mama bangga tahu seawal 4 tahun sudah belajar menguruskan diri, ditinggalkan bila mama bekerja, mama dulu 4 tahun memang tak buat apalah bermain je, segala urusan diri arwah mak yang uruskan. Terima kasih anak-anak mama kerana mengerti dan memahami.

Wassalam

8 comments:

  1. ANAK2 LA NI BGTU CERDIK N MENGERTI SITUASI YG MRK YG PERLU HADAPI KERANA IBUBAPA BEKERJA DEMI KELANSUNGAN HIDUP

    ReplyDelete
  2. PASTI adrien ada transit ye? Senang la camtu, xyah nk pk transport utk balik umh. Petang blh ambik dia.

    Anak2 sekarang, dari bayi lagi dh kene tinggal dgn org.. Ye la kan ibu bekerja. Mereka pun jd cepat berdikari dan matang.

    Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan akak. Anak-anak sekarang lebih berdikari jika kedua ibu bapa bekerja.

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan....insha Allah

    ReplyDelete
  5. sampai kul 7 mlm kak... pastu adelya sampai 9 mlm...

    mmg penat la bdk2 tu ye kak, nk wat camne tuntutan kerja kan

    tadika aiyan klu ikutkan thn ni sampai kul 6 ptg tp rasanya dana kul 5 dh amik... tak sangup nk harung jem balik lwt2 kak

    ReplyDelete
  6. Dugaan sungguh mama ye.. semoga Allah permudahkan segala urusan kami..

    ReplyDelete
  7. Eloklah Azra...biar dia berdikari dari kecik. Kerja kita pun jadi mudah.
    Lagi pun awak bekerja, bukan mudah weyh

    ReplyDelete
  8. anak2 kpd parents yg bekerja, aryanazra, most of them tau berdikari.
    cara kita. mengajar mereka.
    mereka otomatik tau jaga diri.
    sayu plak baca entri ni... terkenangkan anak2.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...