Thursday 19 February 2015

lavender farm,stoberi farm & mini cameron

Assalamualaikum...

Sempena bercuti panjang moh le kita balik kampung. Lagipun dah lama juga tak balik.

Dalam perjalanan kereta banyak tapi tidaklah sampai sesak. En.azmi ajak singgah strawbery park kat genting tu,akak dgn anak2 setuju aje,kata en.azmi bole juga bawa balik buah tangan untuk orang di kg,apatah lagi sepupu dan pak sedara en.azmi pun ada juga dikampung.


Tiket masuk rm8 untuk dewasa dan rm5 untuk kanak2,sebelum ni akak tengok masuk percuma,jika nak petik stoberi je rm8/100gm.


Seronok anak2 berlari sebab tak ramai sangat orang,abg adam jangan cakaplah memang tak reti diam,sampai terlondeh seluar berlari,tengoklah gambar tu kalau perasan...hmmm macam2 pe'el sorang2.


Abg adam semangat nak petik stoberi,ok la jom kita petik sesekali apa salahnya kan,sedap sangat tengok stoberi besar2 dan merah,main petik je bapak dan anak2,sekali timbang amik ko hahaha baru sedar diri,nak kata apa bayar je.. Alah takpe ramai kat rumah tu kata en.azmi.

Antara bunga-bungaan yg mencuri hati akak.. Lavender memang akak suka,kerana ungu warnanya




Bunga ros pelbagai warna juga mencuri hati akak,cantik sangat...tempat ini tidak luas tapi ok juga dijadikan sebagai percutian singkat keluarga,anak2 pun suka.


Sebelum balik singgah dulu di mini cameron,masuk percuma ada dijual sayuran dan bungaan,aiskrim stoberi yg dulu rm1 kini rm2,nak beli sekotak tapi tak dijual sekotak pulak.

Selepas berjalan sekejap kami teruskan perjalanan pulang ke kampung,pukul 2ptg baru sampai.. Alhamdulillah.

Wassalam


6 comments:

  1. nice sharing AA, bolehlah singgah sini selain nak pi CH yang jauh tu kan... :)

    ReplyDelete
  2. ha, ini entry kasi orang jeles ni. dah lama kami tak ke CH, suka sangat ke sana wlaupun berkali2 tak puas..

    ReplyDelete
  3. Tak puas jalan kat mini cameron.. ada rezeki nk g lagi..

    ReplyDelete
  4. kira ke cameron baru ni tak sempat nak masuk lavendar farm. parking dah dapat tapi 2 bijik kereta yang pegi sekali tak dapat pulak parking. terus tak jadi. takmo la buat orang tertunggu2 kita

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    bestnya..
    rindu nk mkan stobeli ;p

    ReplyDelete
  6. cantiknya! saya belum penah sampai genting walau dah 32 thn hidup
    nnt lah kalau ada rezeki
    cantik nampak tempatnya
    adelya tu pun comel aje berjalan =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...