Friday 27 February 2015

99 Nama Allah dan Juz Amma

Assalamualaikum....

jalan-jalan MPH dengan en.azmi kononnya nak mencari bahan bacaan,maklumlah lama giler tak membeli novel..wahhh banyaknya novel suamiku en perfect10, tapi tak tergerak pulak hati ini untuk membelinya, tapi masih lagi berpusing-pusing dalam MPH di giant stadium sek.13 itu.

Tetiba mata terhenti,melihatkan buku-buku yang sangat menarik hati,terus panggil en.azmi.
"ok tak buku ni" haruslah tanya dulu sebelum beli,dia pun membelek-belek
"ok je..beli la nak beli,tapi banyak sangat dah beli buku,takde baca pun lagi" sempat lagi membebel tu.
"Takpe beli dulu,nanti dekat rumah baru,satu bilik tu orang nak buat bilik bacaan.." wahhh gittew cita-cita tinggi sangat nih,tapi memang dah ada hasrat dihati akak ni,nak buat satu bilik tu jadi bilik bacaan dan bilik untuk anak-anak belajar..hehehe berangan tak salah kan..




Inilah buku yang telah berjaya menambat hati akak tu, terus tak jadi nak beli novel,belikan buku untuk anak-anak je lah,akak rasa sangat menarik kerana isi dalamnya warna-warni dan anak-anak pun suka.Juz Amma tu siap terjemahan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris lagi,sangat membantu akak,bukan apa sekarang ni hero-hero berdua tu,asal ada perkataan yang ditanya mesti nak tanya " kalau dalam bahasa inggeris apa mama?" wahhh...terpaksa mama menjadi kamus bergerak

Hari tu dah sama-sama menyanyi dengan anak-anak sifat-sifat Allah,adelya pun sama-sama join dan seronok.Moga buku-buku ini dapat memberi manfaat untuk semua.

Terdapat banyak lagi buku-buku seperti ini,harus akak beli lagi sebagai koleksi untuk anak-anak baca nanti,bukan untuk anak-anak saja,mama dorang ni pun boleh baca juga.

Wassalam



5 comments:

  1. bagus buku ni.. terima kasih bg aimy 1 buku juz amma..
    inshaaAllah, akan dimanfaatkan..

    ReplyDelete
  2. sama la dgn angan angan saya kak.bila blk ddk.rmh sndiri nnti nk buat mini library :)
    smga angam amgan kita mjadi kenyataan.aamiin

    ppsstt: akak, tima kasih singgah drop komen d blog sy.
    sy x berkesempatan nk bw skrg ni. huhu

    ReplyDelete
  3. sama la kita kak. dah berangan nanti ada satu bilik untuk letak semua buku ktorg dan anak. buku ummi abi dedua banyak. novel lagi. syok kan kalau nampak satu bilik penuh dengan buku dah mcm mini library hihihihi

    ReplyDelete
  4. best kan kalo ada 1 bilik khas ala2 library (angan2 sy juga tu :))
    psst, sy pun salu tumpang baca buku anak2 hehe

    ReplyDelete
  5. saya pun cadang nak buat bilik bacaan tuk anak-anak
    buku dah banyak beli, dapat ke aisyah
    habis dia koyakkan
    abang dia sikit punya marah =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...