diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Friday 2 January 2015
mama sedih abang..
Assalamualaikum...
entah la abang mama pun taktau macammana nak bercerita ni ha,penat mulut mama bercakap sampai berbuih2 dah ni ha..hahaha teringat lak ayat arwah tok abg (mak mama) dulu2 "berbuih mulut mak ni bercakap hangpa tak paham2 jugak.." haiii sekarang baru mama tahu kenapa arwah tok suka cakap macam tu,keadaannya sama la macam mama bercakap dengan abang sekarang,berbuih2 mulut mama bercakap tapi abang buat taktau je...
mama faham kenapa abang macam tu..tapi mama kesiankan abang sebab ada orang tak faham kenapa abang macam tu,sampaikan kadang2 abang nak main dengan orang tapi orang taknak layan abang pun,mama sedih tengok orang buat macam tu dengan abang,dan selalu juga mama pesan dengan abang tolonglah abang...abang kena buat macam ni,nanti orang suka,tak perlu abang nak jerit2 lompat2 pun orang boleh nampak abang tapi itu lah kan,abang selalu buat taktahu bila mama cakap,mama tahu abang faham apa yang mama cakap,tapi abang buat tak dengar je...mama tahu kenapa abang buat macam tu sebab abang pun nakkan perhatian kan..orang lebih bagi perhatian kat adik...mama faham abang,terlalu faham,cuma itu lah kan,orang lain mungkin tak faham sebab mereka takde anak lagi,takpe abang walau ada yang tak nampak dan taknak layan abang,mama nampak abang dan mama sayangkan abang lebih dari segala-galanya.
abang,abang...memang berbuih mulut mama ni bercakap,dalam kereta duduk elok2 hari tu masa kita nak keluar hantar baju,mama buka pintu kereta untuk buka bonet,terlupa pulak mama nak tutup pintu ntah bila masa abang pergi ke depan,pada hal papa suruh abang jaga adik kat belakang,sedar2 abang dah jatuh,mama ingat jatuh biasa je,mama pun tengok macam tu dan suruh abang duduk elok2 lepas tu,kita pun teruskan perjalanan,masa pertengahan jalan tu abang kata rambut abang berdarah,berderau darah mama ni dibuatnya..mama bagi tisu suruh abang lap sebab waktu tu mama tengah susukan adelya kat depan,sekali tengok tisu penuh dengan darah..aduhaii abang nak menitik airmata mama tengok,terus mama suruh papa pusing pergi shell dekat alam impian tu. masa dekat shell tu baru boleh tengok,rambut abang dah basah dengan darah,papa bawa pergi basuh..tengok2 kepala abang luka dan bengkak,masa jatuh tu kepala tekena batu la tu..
perjalanan untuk menghantar baju tetap diteruskan,abang senyap je,mama pulak kejap2 panggil abang,bukan apa mama takut abang pengsan ke apa,tapi yg mama herannya tu,kepala abang berdarah, abang bole lagi dok cara kan pistol mainan abang tu pulak.."papa nanti basuh la pistol abang ni,dah berdarah ni" ehhh...abang ni kepala abang yg berdarah tu abang tak heran pun ye,pistol pulak yg menjadi kebimbangan abang...hmmm abang ni macam2 tau.
doa mama tak pernah putus untuk abang walau dimana pun abang berada..inshaAllah suatu hari nanti abang akan faham apa yang mama cakapkan ni,mama macam ni lah memang suka berleter,sampaikan kadang2 tu ntah apa2 mama leterkan pun mama tak tau,mama bercakap untuk kebaikan abang juga,tapi takpe abang,mama anggap ini dugaan untuk mama,mungkin doa mama belum cukup lagi jadi mama perlu berdoa dengan lebih bersungguh2 lagi..satu je yg perlu abang tahu mama sayangkan abang,biarlah jika ada orang yg tak nampak abang pun,mama nampak abang.. mama tak marah sesiapapun cuma mama sedih sebab abang...
kejap je abang dah besar..dah hensem..inshaAllah anak mama ni anak soleh,anak yang baik..Mama sayang abang.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
sabar ye awak..
ReplyDeleteInsyaAllah... saya aminkan doa mama Adam Aryan untuk heronya ni...
ReplyDeletewuuuu sebak pulak. anak sulung memang selalu macam tak diendahkan bila ada adik kecik kan wuuu. tu yg kira takut nak ada adik uwais. takut uwais mcm terabai. sebab tu je yang tak bersedia lagi. dan moga Allah tak uji ape yg kira rasa tak mampu ;((((((
ReplyDeleteallahuakhbar, takut saya mendengarnya
ReplyDeletekalau saya tak lalu tengok darah ni walau ada basic pengetahuan
pertolongan cemas
darah tu disebabkan benjol atau luka?
kalau luka mahu kena jahit, kalau benjol nak avoid dari jadi camtu, tuam dengan benda sejuk
nak hentikan pendarahan, jangan guna benda mudah serap
nanti darah lagi banyak keluar, guna kain kesat sikit
budak tengah aktif kak, dia belum faham lagi erti bahaya
insya ALLAH nanti dia akan paham
kesian abang adam ye, budak baik ni =)
siannya abang
ReplyDeleteluka tu xdalam ke!
aamiin..
bila baca pasal luka berdarah ni.. teringat masa aimy jatuh luka kat dahi dulu..
ReplyDeletenangis ira dibuatnya..
biasa la budak2.. kdg2 dia dgr, tapi dia tetap nk buat perkara yg kita larang.
mak sendiri je yg memahami anaknya..
org luar tak faham dan susah nk faham..
sbb tu apa2 hal yang kita buat, mak la yg akan sokong kita walau apa pun terjadi..
semoga adam jadi anak yg soleh dan taat pada kedua ibu bapa..
sekali tgk gmbr adam ni, mcm muka a.mi pun ada. hehe..
kejap je da besar adam.. muka pn da berubah.. nmpk lain..