Saturday 22 November 2014

si bidadari kecil


Assalamualaikum...




adelya azra..
hari ni sudah mencapai usia 1thn 3bln
memang terasa sekejap je anak2 ni membesarkan..

ada-ada saja kerenah adelya sekarang,
yang paling mama perasan,
adelya cukup suka mengusik abg adrien,
abg adrien tengah tido,dia kejutkan,
abg adrien main susun block,adelya suka musnahkan apa yang abg adrien buat,
peliknya kalau yang abg adam buat dia tak kisah pun..

kalau mama peluk abg adam,adelya ok je..
boleh senyum2 je tengok,
cuba la mama peluk abg adrien,laju2 adelya datang..nangis2 suruh mama peluk adelya,
haishhh...jeles sungguh dia dengan abg adrien ye

cukup suka ke dapur,
kalau pagar dapur tak bertutup,kejap je hilang..
ke mana lagi kalau tak memunggah pinggan mangkuk kat dapur tu,
rajin sangat nampaknya tu..

kalau ada azan kat tv,
adelya akan berdiri tegak tengok azan sampai habis,
sekarang ni dah pandai pulak,bila azan je..adelya letak dua2 tangan kat telinga
pastu cakap "Allah...Allah..."


panjat memanjat satu kemestian,
kerusi,meja, laci kecil tepi kati tu pun dia panjat,lepas tu tak pandai nak turun,
mula lah menangis minta orang angkat kan..


semangat mama belikan mainan zirafah ni,
mula2 dulu dia letak kat montot je..
sekarang ni ok la,nak juga la main2 denga zirafah ni,
tak pun versi adelya panggil.. paaa...pahhh

wassalam

5 comments:

  1. Makin besar makin nampak rupa abang2 kan? Ke mata saya je ni? Hihi. Orang luar tengok macam sama muka tapi mungkin keluarga tengok banyak bezanya kan? Bunga sekuntum ni makin bijak ya kak.. ai, sekali sekala ada juga saya terfikir nak tambah lagi seorang, kot ada rezeki nak dapat anak perempuan pulak.. tapi entah bila la pulak tu.. tengok adelya la dulu.

    ReplyDelete
  2. alahai sekejap aje dh setahun lebei..
    tak lama lagi blh la tlg mama la kan adelya :)

    ReplyDelete
  3. Anak dara kena lah rajin....
    Kesian si zirafah kena tunggang.... ke adelya beri hint nak moto tu? hihihi

    ReplyDelete
  4. hehe...serupalah anak dara kita
    aktif mengalah abang, tapi bagus juga rajin ke dapur
    senang bila besar...hehe

    ReplyDelete
  5. hai adelya yg comel.. kejap je da besar ye..
    x lama lg setahun stgh da dia..
    da mcm2 aktiviti boleh buat.. seronok kan adelya..
    kalau g jalan2.. adelya blh lari2.. hehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...