Monday 20 October 2014

di alam haiwan


assalamualaikum...

sudah lama janji dibuat,
akhirnya ahad lepas tunaikan juga hasrat anak2 yg hendak pergi ke zoo.
en.azmi kata zoo tak best, ok takpe kita pergi tempat lain.

ahad akak mandikan anak2 dan siapkan mereka.
en.azmi tanya nak kemana ni cantik2?
haiii...bawa berjalan la,kan dah janji dengan dorang..

so..marilah kita berjalan-jalan ye anak2...
nak menuju ke tempat itu taktau letaknya dimana,cuma tahu terletak di seri kembangan,
tempat yang betul2 taktau pulak, kita redah je la ye..

ohh..senang je tempatnya,
mula2 tahu tempat ni,masa tu tengok dekat apa saja FBI,
rancangan yg dihoskan oleh faizal ismail kat tv9 tu, kebetulan tertengok,
rasa macam menarik je tempatnya..
dah lama kot nak pegi tapi baru ini la dapat jejakkan kaki..hehehe

mula2 yg menarik perhatian akak,
papan tanda yg sangat comel ni..menarik hati akak, terus akak amik gambar
hahaha... pening en.azmi tengok,papan tanda pun nak amik gambar ke??



masuk je kawasan tu, dah jumpa kawan abg adam ngan abg adrien,
ninja turtle..kata mereka,
mula-mula tu muka cuak juga nak dekat,
lama-lama dah ok,siap bagi makan kura-kura tu lagi,
adelya pun join sekali..

aktiviti lain..
bagi makan itik...
rusa pun dilepaskan macam tu je,jinak pulak tu,bole pegang2 macam en.azmi buat tu.
adelya pun bukan main lagi nak lepas bebas masa kat tempat rabbit tu,
risau akak dibuatnya bukan apa takut terlanggar dengan orang ramai.






ini pulak bagi makan rabbit,
seronoklah untuk anak-anak ni,
abg adam dan adrien dapat biat aktiviti macam ni,
lepas tu ada ura-ura nak membela kura-kura pulak tu..
haishh...mama ni penggeli sikit, kalau papa layan ok je tu..



berehat seketika selepas penat berjalan.
sambil2 berehat kita tengok swan okeh..
adelya bagus tak takut pun siap pegi tepi pagar tu nak tengok swan,
akak lak risau takut kena patuk..hahaha swan tu mematuk ke??
ada gambar snail tu, bukan haiwan yg dibela dekat situ ye,
saja akak ambil gambar snail tu, sebelum masuk pintu tu terjumpa hehehe


antara haiwan yang ada disini,
merak tu megah mengembangkan ekornya,subhanallah..cantik sangat,
iguana tu..buka replika ye,tapi yang benar..duduk je kat atas tu tak bergerak2,
takut akak menengoknya, boleh pegang utk bergambar,
akak berdiri sebelah je,sambil jeling2 takut iguana terkam masa amik gambar tu..hehehe
ular tu pun boleh peganga,
tapi terima kasih je la ye...akak tak mampu nak pegang..takuttt


antara tarika lain yang terdapat disitu..
terdapat satu kawasan yg ditanam dengan sayur-sayuran,
ada perigi dan orang-orang disitu,
nak ke tempat ini kena menggunakan tangga kayu, cantik tempat ni akak rasa,
terasa seperti di kampung lak
oh ya..burung kakak tua tu untuk persembahan,
persembahan bermula pukul 11.30am,
masa kami sampai tu hampir pukul 11.30 sempat la tengok persembahan yang dilakukan.
tekun adelya tengok..


seronok tengok abg adam gembira bila hajatnya ditunaikan,
tak takut bagi makan kura-kura,arnab,ikan dan itik,
sempat juga dia sentuh badan kura-kura tu
tapi ada juga la haiwan yang abg adam tak berani nak sentuh,
tak apa..lain kali ada peluang kita teroka alam haiwan lagi..
suruh tunggang pony pun takut...


abg adrien pun sangat teruja,
semua dia nak tengok sendiri,tak perlu papa penat2 dukung dia lagi,
sepanjang berada disitu,adrien berjalan sendiri, tak takut tengok haiwan2 tu,
malah tengok dia teruja dengan semua didepan mata,
sampai mama pula yang terjerit2 panggil dia, semua tempat dia nak pergi
tengoklah tu sorang2 pun berani, tak macam sebelum ni takut2,
bagus abg adrien..

budak ini pun sangat gembira,
nak lepas bebas..
tapi mama seronok sebab papa je yg dukung adelya,
mama amik gambar sambil layan abg adam & abg adrien

sepanjang masa bersama papa..hehehe
ringan sikit keje mama, kalau tak mau lenguh tangan mama nih..
hehehe
berehat sambil tunggu papa makan nasi lemak dulu,
penat katanya, ok kita berhenti dulu sambil mama makan eskrim..hehehe
lagipun takde tempoh masa yang diberikan, sukahati kita nak duduk lama mana kan,
jadi rileks amik nafas dulu,kemudian teruskan perjalanan...

cerita dah banyak nih, ada tak yang dapat agak ke mana akak bawa anak2 ni???
hehehe..

satu2nya gambar mama yg ada..


akak ke sini la sebenarnya

"FARM IN THE CITY"
di seri kembangan, jika sesiapa hendak pergi,
boleh masuk di traffic light dekat giant, dekat roundabout tu ada signboard..

tiket untuk dewasa RM30
untuk kanak2 bawah 12thn RM25
untuk family package 2dewasa 2 kanak2 RM109, free pony ride.

macam akak tak ambil family package sebab adrien dan adelya free tak perlu bayar,
kerana ada ukur ketinggian sebelum bayar tiket,
adrien sikit lagi nak capai ketinggian yg dihadkan, tapi cashier tu kata tak perlu bayar,
ok bagus..kita bayar utk 2 dewasa 1 kanak2 RM85..

kesiannya abg adrien sangat teringin nak naik pony tu, tp disebabkan ketinggian tadi jadi dia tak boleh naik, abg adam lak yg takut, adrien memang nak naik,lepas tu pujuk dan bawa tengok pony je,
mujur dia ok..

itu sahaja cerita jalan-jalan kami,
alhamdulillah..dapat juga tunaikan janji dengan anak-anak.
ada rezeki nanti kita pergi jalan-jalan lagi ye, walapon sedikit penat nak mengawal 3 orang anak ni berdua je,tapi tengok mereka gembira hati pun senang..
semalam memang tunaikan saja permintaan anak2 maklumlah dah lama tak berhujung minggu diluar bersama mereka,asyik sibuk je kan..

wassalam

3 comments:

  1. Haha.. dekat sangat dgn rumah kami ni. Tapi tak pernah pergi sebab malas nk bayar.. hihi ke kedekut.. nampak best kan..

    ReplyDelete
  2. saya dah pegang juga! seronok kat sini sebab
    boleh pegang haiwan tu kan
    dapat sijil tak bebudak tu kak? afif dapat aritu =)

    ReplyDelete
  3. Teringin jgk nk p sini.. Tgk gmbr kwn2 kat fb mcm best je.. Tp belum ada rezeki masa n kewangan.. Seronok abg adam, adrien ngan adelya dpt tgk haiwan dekat2..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...