Thursday, 9 March 2023

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum...

Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt.

3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. Kali ini tempatnya agak dekat dengan rumah kira-kira setengah jam perjalanan. Mama pun siap-siap ambil cuti jumaat tu untuk beri sokongan pada anak-anak. Kejohanan kali ini bukan saja abang adam tapi Adrien turut sama sertai.

Jumaat pagi, anak-anak ke tempat kejohanan bersam aguru silat dan kawan-kawan. Mama dan adelya gerak lewat sedikit, En.Azmi pula kerja. Berdua je dengan Adelya sambil berpandukan waze. hampir sampai ke tempat kejohanan en.azmi call beritahu perlawanan ditunda selepas solat jumaat. Mama pun patah le balik rumah, kalau tunggu pun takde apa aktiviti.

Selepas jumaat kembali semula ke tempat kejohanan, tunggu punya tunggu entah bila giliran anak-anak memandangkan jadual tidak dikeluarkan. sampai petang pun takde apa-apa info, cikgu silat pun pening dibuatnya. Dalam pukul 5 petang urusetia buat pengumuman, pertandingan pada hari itu ditangguhkan kerana terdapat beberapa masalah dari pengurusan, ramailah yang bising, macam-macam ceritalah yang mama dengar pengurusan kurang bagus. Tak apa lah dah ditangguhkan kita tak perlu tunggulah datang esok saja. Adrien nak ikut balik rumah, Abg Adam nak tidur di situ dengan kawan-kawan.

Sabtu pagi-pagi lagi terus gerak ke tempat kejohanan sebab takut giliran Adrien bertanding awal. Tapi waktu sampai pertandingan belum bermula pun. kita tunggu saja lah kan tengok-tengok cikgu bagi jadual abang adam ada perlawanan sekejap lagi, teruslah mama dia berdebar-debar hahaha, sebelum ni tengok video je kali ni tengok depan mata, gigil-gigil tangan pegang fon nak rakam Abang adam berlawan. Abang Adam tewas juga takpe abang yang penting abang dah usaha, teruskan semangat jangan mengalah mama sentiasa sokong abang.

Rehat untuk zohor, mama balik rumah la mandi dan solat. En.azmi pun dah balik dari kerja. Jadi untuk petang tu en.azmi pun pergi bersama, menunggu untuk adrien pula tapi sampai ke maghrib masih belum tiba giliran adrien. mama ajak en.azmi balik dulu untuk maghrib hahaha lebih selesa di rumah. setelah  mandi dan solat bergegas keluar semula.

Akhirnya dalam pukul 10 lebih baru nama Adrien dipanggil, berdebar kemain mama dia ni ye lah kali pertama untuk Adrien kan, macam-macam pesanan yang mama papa bagi. Takut mama sebab tengok adrien ni tak kasar sangat boleh ke dia berlawan, dah masuk gelanggang tu rasa macam taknak tengok je tapi en.azmi panggil suruh duduk tepi gelanggang, nak tak nak mama duduk la sambil tu buat video juga. perlawanan untuk kategori dini hanya 1 mnit je asalnya 3 minit tapi urusetia kurangkan masa kerana masalah teknikal pada hari sebelumnya. 1 minit pun mama rasa lama sangat.

Alhamdulillah akhirnya adrien menang dalam perlawanan pertama dengan mata 2-1. terkejut omak eh tak sangka pulakkan. lepas kemain semangat lagi dia mama ajak balik malam tu dia taknak, nak join tido dengan kawan-kawan dekat situ, siap cakap "kenapa tak balik lagi, balik la dah malam" hahaha dia dan kawan-kawan masih lagi semangat mengusung bendera dan bersorak. Ok lah anak-anak mama balik dululah. 


Ahad.. perlawanan Adrien untuk suku akhir, tapi tewas. Takpe lah yang penting dah usaha. inshaaAllah akan ada lagi perlawanan lain nanti, boleh usaha lagi, terbaik dah tu sebab baru 5 bulan je belajar silat ni dah sertai pertandingan. Teruskan usaha

Wassalam




Wednesday, 8 February 2023

Teruskan berjuang Abang

 Assalamualaikum...


Asyik gambar makanan je ye. Kali ni mama nak cerita tentang anak-anak pulak. Oktober 2021 ronda-ronda keliling kampung terjumpa apa yang mama dan en.azmi cari..kelas belajar silat untuk abg adam dan adrien. Tak fikir panjang mama terus daftarkan si hero berdua tu. kelat je muka bujang berdua tu masa hari pertama mendaftar😂.

Pendaftaran RM 50 seorang, yuran bulanan RM50 seorang sebulan, kelas waktu malam setiap hari jumaat dan sabtu 9-11 malam.ok lah tu kan. Anak dara pula ambil kelas taekwando di sekolah, RM40 sebulan kelas hari ahad.

Macam yang mama bagitahu masa mendaftar masing-masing muka kelat, tapi lepas je latihan pada malam pertama tu waktu ambil lepas latihan, terus bagitau mamapapa "malam esok boleh ke kalau hantar awal pergi kelas silat?" amboi terus tak sabar-sabar ye nak pergi kelas, baru kali pertama belajar terus rasa seronok ye. alhamdulillah legalah mama bila anak-anak seronok.

Apa yang lagi seronok guru silat mereka suka cari aktiviti untuk anak-anak silat. Mereka sertai kursus keselamatan, mereka juga dijemput untuk buat persembahan di majlis kenduri kawin dan akan datang pada majlis kecemerlangan sekolah pulak,apa yang penting anak-anak seronok dengan segala aktiviti yang ada.

Bagi abang adam pula yang terbesar dia sertai kejuaraan silat terbuka kebangsaan di Paroi baru-baru ni. Belajar belum pun sampai setahun dah  sertai kejuaraan silat. tak apalah abang cuba je la ambil sebagai pengalaman tak menang pun takpe yang penting ilmu. Sungguh mama yang berdebar lain macam bila tengok anak sendiri yang bertanding dalam kejuaraan tu, biasa bagi sokongan dekat sukan sekolah je. Apapun tahniah buat abang sebab berjaya lalui pertandingan tu walaupun kalah yang penting abang berani berlawan dan tidaklah hanya berdiri tegak saja. mama risau je kalau abang tak buat apa-apa dan berdiri tegak je hahah 

Teruskan perjuangan abang, mama nampak abang minat dalam silat ni, mungkin kena dengan jiwa abang. Lepas ni moga Adrien juga akan masuk bertanding. Kita tunggu pemilihan untuk pertandingan di Sepang nanti terpilih untuk sertai atau tidak ye, apapun mama sentiasa doakan yangterbaik buat anak-anak mama. 

Wassalam.





Thursday, 2 February 2023

Warong selekoh Jalan Merpati

 Assalamualaikum...

Hujung minggu sesekali makan berdua, lepas hantar Adelya taekwando mamapapa ambil peluang minum pagi berdua sambil tunggu Adelya habis kelas.

Warong selekoh jalan merpati jadi pilihan sebab dah lama tak makan naan chessenya...bagi mama rasanya memang sedap kenalah dengan selera mama ni,boleh teringat-ingatlah dibuatnya.

Sebab ke sini pun nak makan naan chesse kan, jadi pilihan mama yang inilah..naan chesse dicicah pulak dengan kari kambing memang sedaplah layan. Chesse pun sedang-sedang elok makan panas-panas boleh ditarik-tarik chesse tuuu


En.Azmi pula makan naan garlic. Pun bagi mama sedap juga. Selain roti nan chesse dan nan garlic terdapat juga menu lain di warong ini. masa menunggu kadang agak lama bergantung pada pelanggan yang ada,kadang hujung minggu memang ramai pelanggan, penuhlah meja dengan yang bungkus lagi. tapi untuk makanan yang sedap tunggu sekejap pun tak mengapa kan.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...