Thursday, 10 January 2019

Senyum seindah suria 😍😍

Assalamualaikum...

Mulakan pagi dengan Bismillah,Alhamdulillah dan senyuman setiap hari, itu salah satu dari azam mama juga 😃 sebab kadang2 tak sempat senyum terus membebel adehhh teruk sungguh haiii.. membebel dekat anak-anaklah kan nak pulak kalau mula bersekolah ni. Jadi azam mama mulai tahun ni taknak membebel dah pagi2, tapi membebel jugaklah pada perkara yang betul kan, tapi bukan pada membebel lebih kepada nasihat, cuma kena tukar intonasi supaya tak kedengaran seperti membebel

pic pinjam dari pakcik gugel jeee


"Senyum adalah suatu sunah dan akan menghasilkan hormon endorfin. Hanya manusia boleh senyum dan tidak pada haiwan. Usah fikirkan apa yang orang kata sekalipun orang tidak membalas senyuman kita. Namun yang pastinya kita sudah mendapat pahala sunah. Senyum atas niat sunah akan diterima baik Insha Allah. Nabi Muhammad saw tidak akan berkata-kata sebelum baginda senyum dahulu, Ayuh jadikan senyuman suatu amalan dan tabiat, Ajar anak-anak senyum apabila bangun pagi. Bayangkan bagaimana hari yang dimulakan dengan muka yang masam?Ayuh ubah tabiat, ubah kehidupan" Dipetik dari kata-kata Prof.Dr.Muhaya.

Jadi sekarang datang kerja memang awal dan lalu kawasan tasik, dari parking masjid shah alam tu nak ke bangunan pejabat mama ni pagi2 memang ramailah jumpa orang yang berjoging dan bersenam, mula2 dulu rajinlah mama senyum tapi bila orang tak balas balik rasa malas dah nak senyum(teruk betullah kan), tapi tahun ni kita azam baru senyum saja walaupun tak mendapat balasan. bebaskan aura positif kononnya kan inshaAllah moga yang positif juga datang pada kita. tahu tak bila dah selalu senyum akhirnya orang yang sebelum ni tak pernah bals senyum mama dah mula senyum pada mama, kadang tu tak sempat mama nak senyum dia dah senyum dulu bila jumpa mama, ada juga yang tegur nak ucapkan selamat pagi..wahhh rasa seronok sangat bila disapa begitu pagi2, apa yang penting mulakan dengan kelaurga sendiri dulukan,bermula dari rumah dan membawalah ke sepanjang hari.

Sekarang pun mama cuba sikit-sikit untuk menjadi lebih penyabar bila berhadapan dengan anak-anak kecil, setiap malam akan berurusan dengan anak-anak kecil, jadi bila melayan kerenah mereka membuatkan mama jadi lebih sabar, walaupun sebelum2 ni memang kurang sabar tambahan pulak kalau dengan anak sendirikan, jadi etiap malam bila berkumpul dengan anak2 kecik seramai 6 orang dan campur anak sendiri yang bertiga tu dah jadi 9, bayangkan betapa bising rumah dibuatnya 😂😂 tapi mama cuba kawal perasaan..sabar mama.. sambil2 tu berdoa pada Allah moga mama dapat mendidik anak2 ini dengan baik, sesunggguhnya segala sesuatu dalam kawalan Allah swt, jadi mama mohon agar Allah bantu mama dalam mengawal anak2 ini..inshaaAllah..senyum pada anak2 kecil ini, tegas dalam senyuman moga dipermudahkan.

"renungkan bacaan al-Quran kita,Alangkah sedih apabila umur sudahlebih 40 tahun, tetapi masih merangkak dalam membaca al-Quran, ini disebabkan kurangnya didikan al-Quran semasa kecil dan kurang mengamalkan ajarannya. Jangan biarkan anak-anak kita lemah al-Quran. Sekiranya kita mahu sentiasa menambah baik rumah dan kenderaan kita. Bagaimana pula dengan penhayatan al-Quran kita? Ayuh belajar dan tingkatkan bacaan al-Quran kita" Dipetik dari kata-kata Prof.Dr.Muhaya.

Semoga Allah memudahkan urusan kita dan merahmati kita semua ..insha Allah

Wassalam


19 comments:

  1. Waalaikumussalam...InsyaAllah kita cuba jadi mama umi yang baik,sabar walaupun hakikatnya dalam dada ni rasa nak pecah bila dengan ragam anak.. terutama waktu pagi banyaknye macam-macam ragam,tapi bila dah sampai office rindu plak kat diaorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ummi..walaupun kadang memang rasa nak pecah dada kepala semua, tapi tetap kena sabar banyak2kan, moga kita dikurniakan kesabaran yg banyak

      Delete
  2. terima kasih di atas perkongsian.. Insyaallah lps ni banyakkan senyum n bersabar. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ejulz..inshaAllah sama2 bersama2 usaha untuk senyum dan sabar kan

      Delete
  3. 😉😊😃
    Senyum dulu..
    Terima kasih atas perkongsian..

    Nk kene azam jugak ni..
    Pagi2 senyum..
    Mmg betul, senyum ni menyebarkan aura2 positif. Hari kita pun jadi lancar je kan..

    Betul tu, nk mengawal anak2 kecil ni mmg perlu kesabaran.. Semoga Allah permudahkan urusan kak lah.. Kak lah ajar budak mengaji ke?
    Seronok la bdk2 rumah tu ye, meriah rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 ira..

      InshaAllah sama2 cuba untuk sentiasa senyum dan sebarkan aura positif.

      haah dengan anak2 kecil ni memang menuntut kesabaran yang tinggi. Terima kasih atas doanya.

      InshaAllah...moga Allah mudahkan urusan mengajar anak2 walaupun mulanya taknak tapi sebab ada yang minta banyak kali, terima jugaklah mengajar anak2 mengaji, seronok rumah malam2 meriah dengan anak2 mengaji

      Delete
    2. Alhamdulillah.. Pahala besar mengenalkan anak2 ni mengaji Al Quran. Tapi tu la anak2 sendiri ikut suka diaorg je. Mak dia pun x kuat semangat hihi..

      Tak pe la, sambil2 tlg org, dpt juga pahala hari2 baca quran.

      Delete
  4. betul la Mama. pagi-pagi mesti kena senyum.
    baru mood baik je sampai ke petang.
    ada org arab kat flat ni punya la baik dia naik lif je mesti dia bagi salam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak laili apa yang orang arab tu buat, bagus sangat bagi salam pada semua orang sepatutnya kita pun macam tu kan tidak hanya bagi salam pada orang kita kenal je

      Delete
  5. Salam 2019 Azra...kenal lagi tak? Hihi....
    Betul ... betul... kena sebarkan aura positif. Kaut pahala sebanyak mungkin. Yg penting kita memberi, org nak balas ke tidak tu bukan urusan kita. Betul tak Azra....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam 2019 kak nom..huisshhh mana boleh tak ingat kak selalu tengok blog akak tapi takde entri baru, itu dah ada entri baru nak baca tak boleh buka pulak sebab ada virus katanya.

      ye betul kak mulai sekarang saya kena senyum juga walaupun takde balasan, inshaAllah niat sunnah dapat pahala

      Delete
    2. nom. nape blog tak boleh bukak, ekk?
      aida baru kembali dari bertapa ni.
      baru mula nak blogwalking balik... nape nom?

      Delete
  6. Baca entry ni sambil senyum. semoga urusan mama dipermudahkan. Amin. Banyak-banyak sabar. bila stress tengok senyuman anak-anak yang tak berdosa tu sejuk sikit hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik sal senyum selalu.

      terima kasih cik sal atas doanya, inshaAllah cuba bersabar banyak2

      Delete
  7. kene ikut cara akak ni, senyummmm je ye pagi, dana ni kadang alahai, mcm akakla, senyum sekali dua tak dibalas..mula la tarik muka hehehhe

    ReplyDelete
  8. Sha pun nak ikut jugalah.. senyum dan ceriakan hari.. Kadang-kadang aura positif ini lambat sampai.. Tapi tak salah kita sebarkan.. Sabar tu pun makin okay sekarang ini tambah bila terdengar teguran seorang ustaz di radio.. Bila menguruskan anak-anak terutamanya anak kita memang kena lebih sabar tu.. TQ kak..

    ReplyDelete
  9. Mama sentiasa amalkan senyum Ni. Awet muda kan

    ReplyDelete
  10. macam lagu masa tadika tajuknya hehe.. senyumla dalam apa jua keadaan. insyallah hati pun boleh tenang =)

    ReplyDelete
  11. senyum seindah suriaaaaaaa...
    terutama waktu pagi.
    takpe AA. biar diorang tak balas senyum, senyum ajer.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Hipsterudin katanya

Assalamualaikum.... Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis disini. Semoga kita semua sihat2 sahaja dan sentiasa dibawah lind...