Thursday 31 January 2019

Bekalan mama

Assalamualaikum....

Semoga kita semua sentiasa didalam limpah rahmat Allah swt.


Bekalan mama setiap hari..hahaha hari tu adrien tanya "kenapa mama bawak makanan kucing?". Bukan apa dulu selalu nampak banyak kucing berlarian sekitar parking masjid tu, jadi terdetiklah dekat hati nak beli makanan kucing dan bagi kucing2 tu makan, jadinya sekarang hari2 memang bawa bekal makanan kucing dalam beg tak kiralah jumpa kucing dekat mana pun kalau mengiowww minta makanan boleh mama bagi terus.

Pernah dulu masa kucing2 mengiowww mama takde makanan pun nak bagi rasa sedih sangat, Allah dah datangkan peluang untuk buat suatu kebaikan tapi tak dapat nak ambik kesempatan tu, jadi bertekadlah untuk beli makanan kucing dan bawa hari2, mana tahu dalam perjalanan terjumpa kucing yang laparkan, jadi sekarang nih dalam beg mama mesti ada makanan kucing. Selain buat baik kepada manusia kita berbuat baik jugalah kepada haiwan comel tu kan.

Buatlah kebaikan sekecil apapun kerana kita tak tahu amalan kita yang manakah yang akan diterima Allah dan menjadi asbab kita dimasukkan ke syurga. Dan jauhilah dosa2 kecil kerana ramainya orang masuk neraka akibat dari timbunan dosa2 kecil kerana dosa besar kita mudah bertaubat tapi dosa2 kecil kita selalu terlupa, banyak dosa2 kecil yang selalu kita lupakan..#kataustaz

Semoga entri mama bermanfaat buat kita semua inshaAllah.

Wassalam

5 comments:

  1. Em, teringin jugak nk bg kucing tetepi jalan atau mmna je makan. Hrp ika dimurahkan rezeki lbh lg supaya dpt beli makanan depa.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/book-review-kacau-by-ariff-adly.html

    ReplyDelete
  2. kawan baik saya pun bawak makanan kucing pergi mana-mana, terjumpa kucing jer dia akan bagi makanan. Banayk pahala tu

    ReplyDelete
  3. semoga makin murah rezeki. bagus amalan cemni kipidap. CT kadang2 je hehe tak selalu bawak bila kluar.
    tapi kalo ada budget lebih tu kasi jugala stray cats kt taman ni. kesian tengok keding2..

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang bagus.. tak salah kalau dijadikan amalan bersama..
    semoga makin murah rezeki.. Aamiin..

    ReplyDelete
  5. this is ohsem.
    pernah sekali,aida nampak sorang wanita beri makan kucing tepi restoran mamak.
    dia amik pek friskies tu dari beg dia. sweet sgt masa tu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...