Thursday, 3 January 2019

Cerita awal persekolahan 2019

Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ni anak2 dah mula bersekolah. Mama ambil kesempatan untuk bercuti seminggu bukanlah nak memantau anak2 pun tapi saja nak bercuti diawal tahun,memang awal tahun mama ambik cuti nak rehat2 sebelum memulakan tugas ditahun baru.

Rutin tahun ini sedikit berbeza sebab abg adam dah darjah 4 dan bersekolah keb pagi,sek agama pula sebelah petang, adrien masih sama seperti tahun lepas. Jadi tahun ni mama takdelah sibuk2 lagi nak mengendap dekat tingkap,mengintai dikantin. Seingat mama masa zaman abg adam je mama dok sibuk mengintai kikiki, masa adrien dah lepas dia sendiri dan harapkan abg adam tengokkan, mama cuma tengok sekejap je.

Untuk awal tahun ni mama nak abadikan cerita persekolahan anak2 untuk tahun ni.


Abg adam.tahun ni dah bersekolah pagi. Memang lepas berdikari sendiri ke sekolah, cari sendiri kelas dekat mana, yang penting dah tahu kelas apa, untuk tahun ni masih ada pertukaran kelas tapi anak2 masih dikelas yang sama kira ok lah kan. Seronok sikit abg tahun ni sebab sek agama petang balik 5.30ptg, jadi tugas mama untuk ambik abg waktu balik melainkan kalau mama sibuk dan balik lambat,kena tunggu acik ida lah. Kalau tunggu acik ida abg kena balik lambat sikitlah. Nampaknya tahun ni abg dah ada kelas tambahan untuk sek agama,masa bayar yuran hari tu ada bayar utk kelas tambahan juga, dah ada kelas tambahan ye tahun ni abg. Itu tengah buat homework hari pertama dah ada homework, abg dah darjah 4 kan dah tak bole nak main2 sangat dah kena fokus pada belajar mama pun kena disiplin lebih lah untuk tahun ni, perlu ada target utk abg mana yg abg perlu fokus lebih. Itu sek agama abg kiri kanan kelapa sawit hehehe sekolah dalam kawasan kampungkan,tp sebelah tu juga sek keb, itu mama ambil gambar  ditempat menunggu anak2 keluar ada kebun nenas, alhamdulillah pemilik tanah wakafkan tanah utk dijadikan ruang utk menunggu anak2 & hasil sumbangan ibubapa siaplah ruangan menunggu tu, jadi takdelah sesak sangat spt sebelum2 ni.

Adrien dah darjah 2 tahun ni, mula2 tak tahu dia dikelas mana tengok difb cikgu ada share kedudukan murid dikelas mana. Tahun ni dia sorang2 lah sebab abg dah sekolah pagi, kalau dulu abg jadi mangsa buli untuk.hantar dia ke kelas walaupun kelas dia tepi jalan je...tahun ni papa la yg kena buli suruh papa hantar hari pertama konon tak tahu kelas pada hal senang je kelasnya. Sek agama ok lah masa 1hb tu dah pergi bayar yuran bawa dia sekali tengok kelas, sek keb bulan 2 nanti baru bayar yuran lepas mesyuarat pibg dibuat. Alhamdulillah masih suka ke sekolah walaupun nak kejut mandi tu.susah hahaha dia pesan pada mama kalau yen susah bangun mama jirus yen dengan air je...wahhh kemain pesan dia ye. Balik petang merungut..kenapa abg je boleh balik awal,yen balik lambat..hehehe budak sorang ni mesti ada isu dia nak ketengahkan, ye lah sek agama balik awal sikit, eh tapi untuk tahun ni sek keb pun dah balik awal 6.15 berbanding tahun sebelum 6.40, kira oklah sampai awalkan. Alhamdulillah tahun ni dapat guru besar yg ahli masjid, dia cakap bila balik 6.40, sampai rumah lambat tak.sempat ke masjid. Alhamdulillah juga sekolah ni bab solat pelajar diberatkan, cikgu2 akan bergilir bawa pelajar masing2 untuk bersolat. Lega dah kan . Untuk tahun ni takde streaming kelas dah kan, exam pun takde untuk darkah 1,2,3. Mama rasa macam tak best pulak bila takde exam sebab taktahu setakat mana pencapaian anak2, tapi mama rasa mungkin ada ujian yg lain pulakkan kalau tak macammana nak.tahu anak2 faham tidak.apa yg diajar.


Adelya dah tahun ke 2 di Pasti, mama hantar dan tinggal je siap transit terus je walaupun mama cuti. Petang baru ambil. Mama...mualimah adik nama mualimah najwa dia baik sangat, adik suka mualimah najwa. Tahun ni ramai mualimah baru,jadi adelya pun dapat mualimah baru. Pagi tadi bersungut juga dia kenapa dia sorang je pegi pasti assof one, afeefa pasti lain? Yaya kan budak pandai takpelah sorang2 pun nanti dapatlah kawan baru. Kisahnya dekat kawasan tu memang banyak pasti, pasti al afiq tu yg paling lama sekali dah 17 tahun lbh kot sebab abg ayip dia dulu pun belajar dekat situ,abg ayip dah 17thn tahun ni. Dan mama pun tak pasti kenapa jiran2 lain bertukar pasti, apa yg pasti kita semua berhak membuat pilihan kan dan mama masih memilih pasti yg sama sebab ada transit,lagipun tak nampak apa alasan yg memerlukan mama bertukar pasti, setahun je lagi adelya nak sekolahkan, tahun depan dah 7thn jadi teruskan saja disitu. Malam tadi sebelum tido siap cakap "tak sabar adik nak pergi pasti..adik suka mualimah najwa" waaa baru hari pertama tu dah puji2 mualimah. Pagi tadi mama hantar siap cakap mama tak payah hantar biar adik jalan sendiri je pegi kelas hehehe besar sangat dah gayanya turun kereta tengok kiri kanan sebelum lintas jalan, mama ikut juga dari belakang. Sampai kelas susun selipar,salam mualimah terus masuk kelas,hari kedua berjalan lancar hehehe..minggu depan papa la hantar setiap hari takde dah pegi dengan cik ida sebab cik ida pergi al afiq jugak. Takpelah papa hantar lagi best hari2 singgah kedai hahaha masa cik ida hantar pun banyak papa yg kena hantar juga.

Jadual kerja mama pun berubah bila abg dah bertukar sesi persekolahan, tahun lepas perancangannya lain tapi kita merancang Allah juga merancang dan perancangan Allah yg terbaik jadi kita ubah ikut perancangan Allah, mama masuk kerja tahun ni 7.30pg balik 4.30ptg supaya mama boleh sampai awal untuk ambik abg dr sekolah. Kalau mama balik lambat papa ambik kalau papa juga lambat terpaksalah abg tunggu acik ida juga nanti. Setakat ini itu perancangan kita, kita tak tahu perancangan Allah macammana akan datangkan kita follow sajalah.

Semoga Allah mudahkan urusan anak2 mama untuk belajar tahun ni, diterangkan hati dan diberikan kefahaman untuk memahami ilmu yang diajarkan oleh cikgu. Begitu juga mama doakan untuk anak kawan2 mama semua. Moga anak2 kita semua dipermudahkan urusan untuk memahami ilmu yang diajarkan. Inshaa Allah

Wassalam

12 comments:

  1. Moga dipermudahkan segala urusan kita semuanya.

    Selamat tahun baru mama.

    ReplyDelete
  2. Salam mama yan, sibuk melayan anak2 ke srkolah yea, abg adam dgn umar zikri sama drj 4 sesi pagi, sekolah agama sesi petang. Anak2 akk semua sesi pagi dah tahun ni, pagi2 akk bersunyi2an kt umh, sambil masak2,hehe.

    Semoga tahun ni lebih baik buat kita semua, aminnn.

    ReplyDelete
  3. ok jgk kak cuti awal2 tahun ni, takdelah rasa sesak sgt... seronok tgk sekolah abg adam ngn yen, sekolah mudah utk paking n menunggu, kt sini kak... tepi2 jln kami kene paking... dana siap paking tepi jln besar... udah camne kt sekolah aiyan tu je... sekitar tu ada 4 sekolah lain... nk nyelit mana lah kite ni kan...

    alhamdulillah, mudah 2 hero akak tu...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah dipermudahkan semua urusan anak2 Ilah sekolah.Sekejap je masa berlalu anak2 pun dah makin membesar dan bijak mengurus diri.
    Bagi akak pun walaupun takde anak di tahap satu lagi tapi part peperiksaan tu macam x best pulak kalau takde...sebab ni pun akak memang tunggu adanya periksa,jadi kita tahu perkembangan pelajaran anak.

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baharu Mama.
    semoga dipermudahkan persekolahan anak-anak.
    aamiinnn....

    ReplyDelete
  6. Semoga urusan pembelajaran anak anak kita dipermudahkan Allah Taala...

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 kak lah.. Semoga semuanya happy dengan sesi persekolahan yg baru dan mencapai target serta azam masing2.

    Yaya senior la kat pasti tu ye. Hehe.. Seronok dia dpt mualimah baru ye. Semoga semangat yaya nk pg sekolah hari2..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. dah berdikari dah anak anak mama.. Sha pun bercuti juga awal tahun nie.. saja nak habiskan cuti tahun lepas..

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan segala urusan . Minta-minta anak akak jadi anak yang cermelang disekolah nanti. Mesti diorang excited untuk hari pertama kan. heheehe

    ReplyDelete
  10. seronok baca cerita mama. walaupun penat tapi ada kepuasan di situ. entahlah boleh merasa ke tidak.semoga urusan mama dan keluarga dipermudahkan

    ReplyDelete
  11. ibu & anak-anak.
    ramai jugak member aida cuti awal thn.
    terutama yg anak darjah 1, tingkatan 1.
    perubahan besar kan.

    alhamdulillah aida memang cuti :)
    so, ok ok jer lah. izzat pun tak meragam alhamdulillah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Sukan Pasti Kuala Langat

Assalamualaikum... Mama buat siaran langsung dari ole futsal,olak lempit sempena sukan pasti daerah kuala langat hahaha...siap buat lintas...