Thursday, 24 January 2019

Mendaki satu tangga lagi

Assalamualaikum...

Moga hidup kita semua sentiasa dalam limpah rahmat Allah swt.


Al-fatihah buat arwah mak dan ayah mama, merekalah yang melahirkan dan membesarkan mama sehingga mama mampu menjadi seperti mama sekarang hasil didikan mereka, bukanlah hebat mana pun mama ni tapi mama bangga punya ayah dan emak seperti mereka, kesusahan tak membataskan usaha mereka untuk menjadikan anak2 mereka ini manusia walaupun bukan siapa2 dan tidak dikenali pun anak2 mereka ini tapi alhamdulillah...

Alhamdulillah juga...22 jan 2019 genap usia mama 41 tahun, syukur Allah masih pinjamkan usia sehingga kini, moga dengan pinjaman yang Allah bagi ni terus bertambah keimanan dan ketakwaan terhadapNya. Semakin bertambah usia ini semakin singkatlah masa mama didunia ini, moga waktu yang tersisa yang entah berapa lama lagi akan diberi dapat mama gunakan sebaik mungkin untuk mengumpul bekalan waktu disana nanti.


Wajah yang dah berusia 41 tahunπŸ˜‚ bersama ketua unit mama,dapat la chocolate bouquet pemberian kelab sukan,mama yang dapat tapi yang teruja lebihnya orang lain hahaha,yang makan pun orang lain mama tolong ambik bawa balik je la nampaknya hahaha..takpe lah asalkan anak2 gembira,malam tu dapatlah memasing makan pizza,itupun dah syukur alhamdulillah.. Pada hal minta pizza lepas baik sunat lagi tapi baru sekarang dapat, kira ok la tu kan.


Dia lah yang teruja lebih..masuk kereta je terusss...waaaa mama cantiknyaaa,bukan dia puji mama cantik ye tapi coklat bouquet tu yang cantik terus pegang sambil senyum2...mama cepatlah amik.gambar adik hehehe ye lah...ye lah... Ambiklah gambar dia.

Setiap detik dari kehidupan kita akan ditanya,jadi buatlah kebaikan walau sekecil apapun kerana kita tidak tahu amalan baik yang mana satukah yang akan diterima oleh Allah.
Jangan bangga jika kita terlihat baik,kerana bukan kita yang baik tapi Allah yang menutup aib kita sebab itu kita terlihat baik,jika Allah buka aib kita entah2 takda orang nak kawan dengan kita...Allahu mohon Allah jagakan hati agar tidak dibolak balikkan.

Wassalam

7 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Mama!!.
    Muda lagi tu nak dibanding saya ni. Hihi..
    Moga Mama AA panjang umur, berbahagia sentiasa, tercapai segala impian. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday kak, moga di panjangkan usia, dimurahkan rezeki n sihat sejahtera hendaknya....

    ReplyDelete
  4. Kak Laili ucapkan happy belated birthday Mama.
    Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik :)

    ReplyDelete
  5. happy birthday.
    sama2 la kita meniti usia ni dgn penuh iman kan.
    usia ni pinjaman aje.
    thn ni aida 42.
    sama2 la kita pohon agar kita diberikan kesihatan utk jaga anak2, kan.
    tu pun da alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. happy belated birthday. semoga ceria dan sihat selalu =)

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday sis.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...