Sunday, 20 January 2019

Hipsterudin katanya


Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis disini. Semoga kita semua sihat2 sahaja dan sentiasa dibawah lindungan rahmat Allah swt.

Edit bagi namp ak gothic sikit hihihi
Hipsterudin kononnya hahaha...bila boring-boring masa cuti awal persekolahan hari tu mulalah mama ni nak buat macam2 ubah itu ini, tapi takdelah ubah apa sangat pun tukar kedudukan barang je. Dinding yang bercat kelabu itu sebelum ni jadi tempat letak tv, tapi bila dah lama disitu mama rasa nak ubah pulak. Biasalah nak mendeko tapi ruangan terhad dan bajet pun ciput. Sudahnya itu je lah hasilnya.

Meja tu sebenarnya sebelum ni en.azmi buat untuk letak mesin jahit mama tapi bila letak dalam bilik hujung tu rasa macam sempit pulak bilik tu kan, satu hari mama dan en.azmi gotong royong cat rumah dan mengemas,teruslah dapat idea baru. Tv diubah kedudukan terlebih dulu sebelum tu. Meja yang jadi tempat letak mesin mama angkut keluar letak dekat ruangan seperti digambar, meja hiasan yang sebelum ni berada disitu pun telah diubah kedudukan. Konsepnya hipsterudin dan minimalis kononnya hehehe.. Ok lah tu janji ada sedikit perubahan.

Meja je en.azmi buat kerusi guna kerusi lama je yg dibeli bertahun dulu,konon nak suruh en.azmi buat kerusi ala-ala kedai hipster tu tapi kayu dah tak ada lagipun kata en.azmi nampak semak pula nanti,mama kalau boleh nak satu bangku panjang letak dibahagian yang kosong tu, lepas tu kira dah ok lah, meja tu bukanlah meja untuk makan sebab meja makan dah ada didapur, cuma guna untuk minum petang dan juga jadi meja untuk anak2 buat homework, tapi kadangnya anak2 tak guna pun mereka lebih suka meniarap dilantai.

Bila tukar cat baru semangat pun baru lah nak mendeko-deko kononnya kan
Ruangan sebelumnya adalah macam ni ye hehehe...meja hiasan yang dibikin sendiri hasil kerjasama somi isteri yang nak jimat bajet kikiki...kira ok lah tu kan. Ini adalah tempat kedua bagi meja ini sebelum ini letak kat tempat lain dan sekarang letak ditempat lain pulak. Jenis rumah mama ni tak banyak sudut jadi nak mendeko pun tak berapa nak reti.sangat kita buat apa yang ada sajalah lagipun memang tak pandai nak mendeko pun kita kasi hantam saja yang penting mata kita tengok selesa.

Abaikan cermin yang tak cukup itu huhuhu...gam tak kuatlah tu beberapa hari jatuh dah pecah, jadi biarkan je macam tu
Disinilah letaknya meja tu sekarang... Hehehe itu je yang mama boleg fikir buat masa ni sebab takde ruang dah nak letak, ruang tamu memanjang macam tu je kan, kira oklah tu. Antara ruang ini dan ruang meja tadi tu adalah ruang untuk menonton tv. Ruang itu masih kosong rasa macam nak letak sesuatu juga disitu tapi nanti fikir lain, sama ada nak beli atau buat sendiri juga nanti, tapi buat masa ni memang biar kosong je dulu, taknak letak tv diruang ni supaya bila ada tetamu, anak2 tidak menganggu tengok tv disudut lain & mak2 boleh berbual disini tanpa gangguan tv.

"Jadikan rumah ini syurga buat kita di dunia. Rumah tanpa bacaan al-Quran umpama kuburan. Semoga membaca al-Quran menjadi amalan harian dan membaca terjemahan juga menjadi kpi kita"

Wassalam

9 comments:

  1. wah.. cantik.. sesekali memang kena ubah deko rumah.. barulah nampak fresh..

    ReplyDelete
  2. Rumah umpama kuburan itu menyedihkan.Allahu.

    ReplyDelete
  3. mama ni memang kreatif orang nya :)

    ReplyDelete
  4. Minat kita sama mama, dan mgkn ruang rumah kita pun sama..tak luas mana, dan kebolehan mendeko rumah pun sama, tak berapa nak terer..haha..
    Akk pun dah rak keje ni asyik tukar2 deko rumah sbb nak sesuaikan dgn budak2 datang ngaji, tak serabut sangat.

    ReplyDelete
  5. ya lps ni dana pun dptla deko2 umah tu... skrg ni nk deko2 pun pulus tak bape ada... ruang tamu kosong sgt kak hahahha

    ReplyDelete
  6. Samalah kita sis... Bila boring tukar je susun atur perabot, laaagi murah dari tukar perabot haha...

    ReplyDelete
  7. Cantik cat combined warnanya.
    Menambahkan semangat utk deco deco Kan AA..
    CH suka warna mcm ni.😍

    ReplyDelete
  8. aida suka sebab AA dan asben byk diy.
    i like. kretif.
    deko ni is salah satu self satisfaction.
    ubah deko, ubah citarasa, beri ruang utk sesuatu yg baru.
    it is good. tak statik.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...