Wednesday 22 August 2018

Sambutan berganda

Assalamualaikum...

Salam eiduladha buat semua. Alhamdulillah hari ni disamping kita semua menyambut eiduladha, mama juga menyambut ulangtahun kelahiran anak dara nan seorang itu. Ya hari ni 22 ogos adalah tarikh lahir adelya azra. Sebelum ni dah potong kek pun dengan kawan2 dekat Pasti, dalam keluarga pun ramai yang berkongsi bulan kelahiran dengan adelya bukan saja sebelah en.azmi tapi sebelah mama juga, seronoklah kan adelya tu.

Tak tahulah dapat potong kek tak hari ni dekat kampung sebab mama tak sempat nak beli kek, banyak pula halnya semalam sebelum balik kampung, sampai akhirnya kami balik kampung pagi tadi. Alhamdulillah sempat juga sampai sebelum qurban dilakukan. Allah Maha baik, Dia permudahkan juga urusan kami, walaupun sebelum itu terasa sedikit sulit.

Oklah itu nanti mama ceritalah hari ni besday anak dara mama tu, kawan gaduh mama sebab dia anak manja papa. Kalau mama nak pergi kursus dia rilek je suruh mama pergi siap lambai2 lagi, tapi kalau papa dia yang outstation belum sempat pergi dia dah nangis sambil tu cakap "nanti kalau papa mengantuk papa nak tidur dengan sape" huhuh sayang sangat papa dia tu kan. Tapi takpe mama tak kisah pun lagi mama suka sebab tak perlu mama nak berjaga dari tidur untuk ambik air atau teman ke toilet heheh.


Semoga adelya azra membesar jadi anak yang solehah, cemerlang dunia & akhirat. Ingatlah anak letakkan akhirat dihatimu dan dunia ditanganmu. Moga Allah sentiasa menjagamu disetiap langkah kakimu. Walaupun kita selalu bergaduh mama tetap sayang anak mama, sebab anak mama adalah nyawa mama.

Wassalam

6 comments:

  1. Wah bestnya cik yaya, dpt potong kek di hari raya plak yea.
    Aminn, amin. .makcik aminkan doa mama yea.

    ReplyDelete
  2. Happy birthday to yr daughter & eid mubarak.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya haji & selamat hari lahir adelya :)

    ReplyDelete
  4. alahai... besday on aidiladha. best!
    happy birthday, adelya :)
    moga membesar dgn sihat dan gembira.
    menjadi anak yg solehah.

    ReplyDelete
  5. Happy Bezday adelya comel moga makbul doa mama. Hihi mmg best betul statement mama tu.... tp betullah selamat sikit kalau anak manja ngan papanya kan hihi.... Mama apa lagi bolehlah sambung dengkur

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...