Friday, 31 August 2018

Mesin jahit dan lampu

Assalamualaikum....


Cerita minggu lepas, balik awal dari kampung jadi banyaklah urusan dan aktivitikanyakan.
Alhamdulillah rezeki..dah lama teringin nak mesin jahit. Hari tu en.azmi bawa balik mesin jahit "singer...menawan keluarga bahagia" ...gitewww.. Ehhh tapi bukan en.azmi beli pun, ada customer en.azmi nak pindah dia taknak mesin tu jadi en.azmi pun ambiklah daripada buang baik ambikkan elok lagi mesinnya.

Minggu lepas cubalah godek2 mesin tu, nak pasang benang je pun jenuhlah buka youtube berulang2 tak faham2 jugak hahaha...jenuhlah kan, tapi akhirnya berjaya setelah rasa jemu nak mengadap youtube tu


Tengoklah tu gigih search kat youtube camno nak pasang benang, sapo eh yang ambik gambo mama tu? Tak lain tak bukan en.azmi la, terus dia post kat family group, apalagi macam2 komenlah kan, tapi akhirnya berjaya juga mama guna mesin tu dan dapatlah menjahit sesuatu, tunggu siap nanti kalau rajin baru mama tunjuk ye hasilnya.


Semangat mama nak menjahit sebab ada orang dah tolong buatkan meja untuk isteri dia ni.. Haaa terus gigih menjahit hari ni. Kemas2 almari ada dalam 5 helai kain batik yang masih belum diguna, taknaklah dibuat basahan sebab ini semua kawan2 yang bagi, sayang nak buat basahan lagipun mama bukan pakai kain batik dekat rumah, jadi kita buatkan kain batik ni pasangannya heheh, 2 helai dah siap pun pasangannya, yang lain2 tu mama akan cari pasangannya nanti. Yang dah siap tu untuk pakai minggu depan ada kenduri kahwin, adik en.azmi akan melangsungkan majlis perkahwinan. Hasil bajunya kena tunggu mama update pasal kenduri nantilah, bukan baju baru pun tapi mama bagi nafas baru baju2 lama je hahaha, dari terbiar tak dipakai kita bagi gaya baru pulakkan, nampak macam baru walapun sebenarnya baju lama.


Minggu lepas juga jalan2 tengok lampu, tengok lampu minion, hello kitty comel je kalau letak dekat bilik anak2, sampaikan.adelya memang mengamuklah nak lampu hello kitty tu, tapi memang tak dapatlah sebab mama bajet nak beli lampu lain  hari tu, banyak lampu yang cantik2 tapi kena tengok harga jugalahkan, sudahnya en.azmi pilih yang kanan tu lah,mama tak puas hati sebenarnya sebab mama rasa tak cantik hahaha...tapi kata en.azmi duit tak banyak nak beli lampu mahal huhuhu...ye lah mama terpaksa berpuashati dululah ada rezeki lain kita beli lagi yg lain yang lebih cantik dan beli sekali lampu hello kitty tu kan.

Wassalam





8 comments:

  1. Wah!. Good!.
    Saya mudah terinspirasi bila baca kisah2 blogger menjahit, tros berangan nak menjahit juga tp mesin buat hal. Tak tau lah sama ada dah rosak atau saya yg salah pasang benang.

    ReplyDelete
  2. wahhh.. bagusnya..
    jenuh berbaloi ye..

    ReplyDelete
  3. Wahhh👍..bak sket aura menjahit tu ke sini,bertagak nak keluarkan mesinjahit dari kotaknya tapi Tak ter ON sampai la ni😂

    ReplyDelete
  4. Excited tgk org rajin menjahit..
    Terinspirasi jugak mcm Miss Mirror..
    Comel lampu yg yaya berkenan tu.. Harganya blh tahan jgk ye..
    Kat mana kedai lampu ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai dibanting, tp x byk pilihan dan agak mahal, klu nk yg byk pilihan dan murah di house of lighting dekat puchong, tempat beli lampu rumah sblm ni

      Delete
  5. kalau ke kdai lampu mmg rambang mata....bestnye ada mesin jahit dan pandai jahit...

    ReplyDelete
  6. bertuah la. aida suka kalau ada brg ofis nak letgo.
    bab teknikal bagi kpd asben lah... kita yg untung kalau brg tu boleh digunakan, kan...

    ReplyDelete
  7. eh. lupa nak citer.
    aida dah ada 1 mesin jahit. antik punyer.
    nenek kasik mak. mak aida ada 2 mesin jahit. dulu kala mak jahit baju kami.
    so. nenek punyer tu, awal2 mak niat nak bagi aida.
    just kena top up or repair mana2 patut la mak kata. brg lama, kan...
    excited nak pindah rumah baru. akan amik mesin jahit antik tu. pemberian mak :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...