Monday, 3 September 2018

sambutan besday adelya

Assalamualaikum...

Sebelum ni adik-beradik sibuk berwhatsapp dalam group nak berpiknik hari ahad. Mama dok perati je tak tahu nak join ke tak, biasalah tak boleh nak buat keputusan dulu kan, dah tu memasing buat dah senarai menu apa yang kena bawa, mama kena pulak buat nasi lemak..cehhh nyampahh jadi nak tak nak kita pergi je lah, dalam pada tu dorang rancang nak sambut besday adelya, sebab masa raya haji hari tu tak sempat nak sambut sebab semua sekejap je dikampung.

Masa hari kejadian adelya tak tahu pun nak sambut besday dia mama cakap nak sambut besday abg aliff hehehe...sajalah nak buat surprise. Memang untuk ogos ibu,abg aliff dan adelya punya bulan lahir, jadi bolehlah sambut sekali. Mama rilek je pakaikan adelya tshirt dgn jeans je, sampai2 je mommy cakap "apasal besday girl pakai macam ni" hahaha habis nak pakai macammana? Mama dia jenis sempoi je kan jadi apa yang ada je la. Sudahnya mommy pakaikan dengan baju yang dia beli untuk kenduri adik ipar nanti, kira acilah pakai dulu kan heheh..anak dara tu pun redho je tukar baju sambil senyum simpul, nak jadi princesskan.


Sedondon dah baju dengan kek..dah nak sama dengan sofea pun tu.haa..seronoklah anak dara tu tercapai impian nak kek princess. Semua ni mommy yang sediakan kalau harap mama memang takdelah gamaknya kot. Tersenyum simpul je anak dara ni.sepanjang masa. Ini kami lepak dekat taman botani putrajaya, datang pagi2 tp takdelah pagi sangat dalam 8lbh sampai oklah cuaca pun cantik.


Bersama ibu dengan kak daeisha, abg aliff malu nak join potong kek sebab kek pwincess. Tu dapat pula hadiah soft toy pony..nak pinky pie tapi dah habis dapat fluttershy pun ok, comel jugakk tu. Banyaklah hadiah dapat sampaikan adrien pun cakap " yaya dapat 3 hadiah yen dapat 1 je" hahaha..budak sorang tu memang tau, itupun mommy beli jugak hadiah untuk dia dapatlah didi seketul. Mommy dah tau dah tak boleh beli untuk sorang je, nanti adrien mesti cakap "asyik yaya je dapat, yen takde pun" jadinya sekarang nak bagi apa2 dekat dia pun mesti beli😂.


Aktivi lain yang boleh dibuat ditaman botani ni, naik basikal sewaan rm4 untuk sejam..abg adam dengan adrien siap pow pakndak suh belanja naik basikal, jadi mereka bertiga berbasikallah, adelya ikut abah naik motor tu, ntahlah motor ke apa namanya sewa rm30 untuk setengah jam, kalau untuk budak2 rm25 setengah jam. Sementara menunggu dorang berbasikal kami berbincang2 la untuk besday daeisha pula kebetulan jatuh pada tarikh cuti 3 hari. Memandangkan plan adik ipar untuk ke cameron tak jadi, maka kami bersetuju untuk join yang inilah kan, takut selepas ni dah sibuk dan ibu pun cakap dia akan sibuk belajar dah lepas ni, so semua setuju, tempat pun ada apalagi mommy terus bayar booking, senang berbincang macam tu tak fikir banyak dah heheh. Ke mana tu nantilah kita cerita lainkan.

Cantik juga untuk bergambar dekat sini
Dalam pukul 11 kami gerak balik dah abg adam dengan adrien nak ikut balik dengan abah, jadinya pergilah..tak jauh pun rumah kamikan nanti pergilah ambil, tapi tak sempat nak ambik petang tu kata ibu nanti dorang hantar, tengok2 petang tu budak2 tu pow abah kepsi pulak dahhh siap bungkus untuk mama, papa & adelya, alhamdulillah rezeki untuk kamilah.kan...syoklah mama tak payah masakkan kita makan kepsi je. itulah cerita cuti merdeka kami, 2 hari sebelum tu mama papa ada projek buat rak yang itu nantilah kalau rajin mama cerita.

wassalam

14 comments:

  1. comeltu dress dia, sama mcm sofea....rietta xpernah smpai lg taman botani ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun baru 2 kali sampai sini rietta, best juga lepak2 piknik dengan adik beraadik

      Delete
  2. Cantiknya baju princess adelya tu. Nampak macam princes betul dah tu :)

    Entah bila le nak sampai ke taman botani ni huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu semua mommy dia yang belikan PH, memang adelya sukalah sebab macam princess dah tu haa

      Delete
  3. Replies
    1. itulah MM..tak sangka mommy dia belikan macam princess betul dress tu

      Delete
  4. Apa kerja budak berdua yg nak panjat pokok tu, melepas geram ke, hehe, bantai jelah, asal bahagia yek.
    Hamboii cekmek sorang tu, dah berapa kali dia saja sambut besday yea, dah 3 kali dah rasanya, untunglah ramai org sayang, makcik takde pun org nak sambut besday makcik tau, huhu.. Cedey tau.

    Masa keje kt putrajaya dulu, taman botani tu port akk je, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bapak dorang la tu kak takde kerja suruh anak2 bergambar panjat pokok hehehe. memang tiap kali besday adelya memang 2,3 kalilah potong keknya kak

      alhamdulillah...ramai yang sayang

      Delete
  5. Salam singgah !
    selamat menyambut hari kelahiran princess..
    baju gaun kembang...Cantik !

    ReplyDelete
  6. Seronok lah adelya ada suprise birthday kak. Kalau ana pun suka juga. Sambil2 berpiknik kan. Hehe. Comel kek tu.

    ReplyDelete
  7. anak sy pun sibuk nak jadi pweincess time bezday dia..pitam

    ReplyDelete
  8. Comelnya yaya.. Da mcm princess sofea da..
    Kek besday tu ada bunga api ke tu? Hehe..nmpk mcm bunga api je.
    Hihi.. Pakej ye..
    Nnt besday yen, yaya pn dpt hadiah gak tu..
    Tak penah lagi melepak kat sini, best jgk dpt piknik mcm ni, tenang je tgk tasik.

    ReplyDelete
  9. happy bday, princess purple.
    moga jadi anak yg solehah ye.
    sambutan yg ohsem ni, AA. berkenan plak aida dgn lokasi nyer.
    santai. terbuka.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...