Tuesday, 17 July 2018

Report card anak-anak

Assalamualaikum...

jumaat 6 julai mama ambik cuti sebab kena ambik report card anak2, kebetulan sekolah agama dan pasti buat hari yang sama jadi mama ambik cuti je lah takut lewat habis kan. untuk sekolah rendah mama tak tahulah bila kena pergi sebab takde pun cikgu bagitahu lagi.

Gaya anak2 sementara menunggu giliran, anak dara tu tak habis2 nak berdukung
Semangat nak ambik report card one happy family pergi sekolah kikiki...mama, en.azmi dan anak2 bertiga je lah yang pergi kan. Mula2 beratur di kelas adrien dulu lah sebab kelas adrien dekat bawah je kan. tak lama tunggu cuma ada beberapa orang parent je sebelum mama, bila turn mama duduk berdua dengan adrien mengadap ustazah, ustazah pun berceritalah perihal adrienkan. Alhamdulillah semuanya ok kata ustazah kelas dia lain sikit sebab yang nakalnya pelajar perempuan, pelajar lelaki semuanya baik2 mendengar kata dan nampak bersaing dalam pelajaran, kebiasaannya kalau no.1 hingga 10 dikuasai pelajar perempuan tapi bagi kelas adrien no.1 hingga 10 dikuasai pelajar lelaki. Keputusan Adrien alhamdulillah..boleh usaha lagi.
Lepas adrien ke kelas abg adam pulak, ingatkan dah settle tapi tengok en.azmi dok berdiri diluar kelas, rupanya ramai lagi yang beratur..heheh dah agak dah sebab ustaz abang adam banyak cakap sikitkan. adelya dah buat hal pulak taknak duduk nak berdukung, terpaksalah mama ganti en.azmi beratur takdelah berdiri sebab kerusi disediakan, suruh en.azmi bawa adelya beli makanan di kantin. Lama jugalah menunggu nak sampai giliran abg adam. Kata ustaz abg adam ni pendiam dalam kelas, kawan dia adalah kawan2 yang dia biasa je, dengan orang lain tak kawan sangat, orang usik pun dia buat tak tahu je, ada ego yang tersendiri budak sorang nih..adeh abang jangan ego sangat boleh tak? result abang adam alhamdulillah..boleh teruskan usaha dengan lebih lagi.

Lepas habis urusan di sekolah agama kami ke pasti adelya pulak. tengok budak2 lain semua berbaju sekolah anak dara mama sorang je nak berdress kembang adehhh, masuk kelas je mama dah cakap dekat mualimah adelya taknak pakai baju sekolah,  mualimah kata tak apa, masa mualimah bercakap dia pun sibuk juga nak bercakap. kata mualimah dalam kelas adelya nak mualimah tumpukan dekat dia je, kalau tak dia jadi malas nak buat kerja yang mualimah bagi..adusss gitu pulak budak sorang ni, peninglah mama dibuatnya. dah la mualimah dia tu memang kenal baik dengan ibu, dia boleh nak suruh orang bagi perhatian dekat dia je pulak. dalam kelas kalau mualimah nak tengok budak lain pergi tandas, adelya la yang mualimah minta jaga kelas, jap lagi mualimah kata dengarlah suara adelya bercakap "ziyad jangan bising pergi duduk tempat" haaa dia tiru sebijik mualimah cakap. kalau masa baca hadis dialah yang kena duduk depan baca dan kawan2 lain ikut. kata mualimah dia target adelya dapat no.1 hingga 5 tapi tak adelya dapat nombor 12 hehehe mualimah pun tak tahu masa exam tu macammana sebab mualimah cuti bersalin, alah takde apa lah mama tak kisah pun dapat nombor berapa lagipun adelya tak pandai membaca lagi kan, pelan2 kayuh lah.

Jumaat ni ke sekolah kebangsaan pulak lah, dah dapat surat untuk ambik report card.

Wassalam

10 comments:

  1. Alhamdulillah.. semoga anak2 cemerlang dalam pelajaran :)

    ReplyDelete
  2. Report kad sekolah pagi dah settle.. Sekolah agama je tak ada panggil.. Cikgu cuma bagi kad kat anak suh mak ayah tandatangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skg giliran Ilah pula hadapi apa yg tlh akak lalui satu ketika dulu.Bila dh hari yg sama amik report card anak memang ambil masa agak lama....mcm2 ragam anak kita ketahui di sekolah.Skg akak tinggal Iman sorang je ,itupun dh pening bila tngk pelajaran nya merosot.

      Delete
  3. mmg kene bahagi2 ye kak, klu nk jumpa sorang anak mak pak sekali jumpa cikgu bape lama lah nk siap kan...
    alhamdulillah... moga diaorg trs usaha n berjaya,.... tiga2 org tu semua pintar2 kak... kalu dgr cerita n kerenah diaorg tu... kadang geram, kelakar semua ada

    ReplyDelete
  4. Mudah2an anak2 cemerlang dalam pelajarannya.

    ReplyDelete
  5. Akk bab2 report card ni swrah saja pada enlaling ku, malasla nak ngadap cikgu, sbb kat tadika parent yg kena ngadap akk, hehheh..

    Tiap anak ni tak sama karekternya. Boleh plak klad adrien tu girknya yg heroin2 ek, so si adrien mati kutulah ek, hihi

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH ANAK2 YAN RJN BLJR

    ReplyDelete
  7. Minggu lepas pun ambik report card anak jugak. Mmg tgh musim report card sekarang ni gamaknya hihi...
    Wah mmg meriah nampaknya tu ambik report card anak pun lengkap sepasang kikiki.... Sama je .... dgn org yg bercakap tu dulu dulu.
    Tahniah semua, moga bukan cemerlang dlm akedemik saja tp cemerlang dlm semua perkara juga ye Azra

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Tahniah utk abg, adrien & yaya..
    Amboi yaya.. Boleh jd ketua kelas ni.. Hehe..
    Semoga Abg adam, adrien dan yaya cemerlang dlm pelajaran & sahsiahnya..
    Cemerlang dunia akhirat.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. tahniah kpd anak-anak AA.
    kita ni amik result, mesti berlapang dada kan.
    aida baru settle semua by pagi tadi. alhamdulillah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Cik Yaya dan Cik Pipa sambut besday

Assalamualaikum... Hari ni Pasti buat sambutan hari lahir untuk bulan julai,ogos dan september. Hari lahir adelya termasuklah kan tak lama...