Tuesday, 10 July 2018

Geng Nilam Beraya

Assalamualaikum...

Syawal dah ke penghujungnya kan, tapi meriahnya berkunjung tu masih ada, malam ni ada jemputan lagi, bestlah mama tak perlu memasak malam ni hehehe.

Ahad lepas setelah berjanjian, kawan2 mama geng nilam 94/95 datang beraya ke rumah mama, itulah yang gigih deko-deko sebelum ni tu, takdelah deko apapun kan cuma ubah sikit2 je apa yanga ada tu ha. Konsep beraya ahad tu pot luck alhamdulillah senang keje tuan rumahkan, mulanya kawan2 mama cakap tuan rumah sediakan air je, tapi macam segan pulak rasanya sudahnya mama buat menu simple je la nasi impit, lontong dan sambal ikan bilis serta buah tembikai๐Ÿ‰๐Ÿ‰.

Dalam 7 family juga yang datang, meriahlah rumah hari tu. semua datang dengan juadah masing2 yang semuanya mabelles. ada sate, rendang ayam, kari ayam, pulut kuning, tapai pulut, buah anggur, serawa durian dan pulut..perggghhh semua mengancam sangat tuh, bertambah2 makan. Alhamdulillah semua makanan cukup siap dapat bungkus bawa balik lagi, bertukar2 juadah pulaklah lepas tu kan heheh, punya seronok jumpa kawan lupa nak snap pix makanan.

Lama tak jumpa berbual bukan main, dari pukul 3 membawa ke pukul 7 lah, yang bestnya sebab mama dan en.azmi memang sekelas dulu kan, jadinya kawan mama kawan en.azmi jugaklah jadi kaum wanita borak dalam rumah, yang lelaki dekat luar rumah, mujur ada kerusi kayu yang en.azmi buat tu, dapatlah dorang berkumpul dekat luar. Sambil2 tu berbincang nak berfamily day pulak kami, inshaAllah hujung tahunlah lepas anak2 exam kan. tapi buat dekat2 je lah, taknak jauh2.

Tak sangka pulak kengkawan puji lontong dan sambal bilis rangup mama tu sedap, haa kalau nak tahu itulah kali pertama mama buat lontong, sebelum ni tak pernah buat sebab biasanya ibu yang buat lontong, makanya hari tu mama tanya je lah ibu macammana nak buat lontong. Kata kawan mama sedap sambal bilis sebab bilis rangup(eceh memuji pulakkan kan terus mama tersipu malu..kakaka) apalagi teruslah share resepi dan caranya untuk bilis tu kekal rangup kan. Mama goreng bilis rangup sebab anak dara mama yang sorang tu suka bilis boleh dia ratah macam tu je.

Lontong dan sambal bilis rangup mama
Gula-gula untuk anak2

Biskut raya yang berjaya mama sorok dr anak2, mana syok beraya tapi xde biskut raya kan sbb tu gigih mama simpan tu heheh
Macam biasalah bila dah berjumpa ramai2 tu mestilah nak abadikan kenangan bersamakan. Geng2 lelaki dah jenuh bergambar depan rumah, aduiii depan rumah dah la bersepah dorang gigih snap pix kat situ pulak, tapi geng perempuan mana boleh macam tu, gigih ke tamanlah kita, ala taman tak jauh pun kan depan sikit je dari rumah mama, haaa jenuhlah bergambar. tak heran dah kalau jiran2 tengok pun kan.

Geng bapak2 bergambar
Geng mak2, yang sekelas 4 org, 3 org tu isteri member kelas, tapi semua geng bersembang kencang masing2 bila jumpa
Kami semua, kalau campur anak2 ramai lagi, tapi anak2 sibuk mainlah dorang
Moga persahabatan kita berpanjangan hingga ke dalam syurga.

Ada lagi cerita raya bersama jiran2 setaman, haa itu nanti mama sharelah kan, kena share laju2 nih sebagai kenangan syawal tahun ni.

Wassalam.

10 comments:

  1. Bestnye dpt kumpul dgn kwn2 sekolah.
    Suami masing2 pulak sporting je.
    Menu pun best2 tu.
    Lapar pulak perut tgk lontong tu. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nape tuan rumah x pakai baju raya? ๐Ÿ™Š๐Ÿ™Š

      Delete
  2. Wah mama bestnya dapat berkumpul dgn geng nilam beraya sakan, meriah dgn juadah2 membuka selera, maka membuka lagi lebarnya setiap inci lemak di merata badan, hihi.. Takoe, lepas ni diet balik la kan.

    Akk pun lebih suka lontong dengan sambal bilis, lebih terasa ngamnya banding sambal udang, lagipun udang mahai, anak pun ada yg alergik udang, so lebih selamat dgn sambal ikan bilis je.
    Ahad ni nak buat gak lontong sambal ikan bilis ni, adik ipar nak datamg, walaupun raya dah habis, hihi

    ReplyDelete
  3. seronok lah dapat lepak dan jumpa balik ramai2 macam nih

    ReplyDelete
  4. Seronok raya bila ada aktiviti macam ini.. Berkumpul, bercerita dan makan.. semoga ukhwah akak dan kawan-kawan berkekalan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  5. bestnya beraya pastu buat reunion sekali... lagi-lagi macam-macam jenis juadah dapat makan sebab potluck kan..itu yang best denga potluck ni..anyway, done follow ur blog sis

    ReplyDelete
  6. macam reunion cum raya ni. dapat pulak geng-geng rajin bercerita lagi la best!

    ReplyDelete
  7. sgt la seronok, AA.
    reunion di hari raya.
    thn ni aida kurang berjalan raya la :(
    ntah la... mcm suram aje bab beraya umah kawan2.
    bab beraya concentrate kat sedara mara, tu utama la. seronok.
    in shaa Allah, next year aida beraya rumah baru.
    then, akan jemput semua dtg :) besar skit umah tu compare umah skang ni.

    ReplyDelete
  8. Nak datang rumah jugaklah mcm ni. Nak makan lontong ngan sambal ikan bilis rangup hikhikhik....
    Fuh!!! Makanan mcm best je. Mcm mcm ek. Barulah semangat nak menyembang ek!

    Seronokkan Azra bila dapat gader gader cenggini. Yang jadik senang sebab En Azmi pun geng Nilam jugak. Ni tidak, kalau mak, bini geng Nilam, Pak King geng Zamrud.... tak peramah. Acaner tu nak bergader kekdahnya... Hihi...

    ReplyDelete
  9. semoga persahabatan berkekalan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

It's a boy

Assalamualaikum.... Amacam tajuk??? Ada rasa terkejut ke kehkehkeh tajuk saja nak bikin panas je tu... Saja ambik kesempatan bergamba...