Thursday 29 March 2018

Taman Paya Bakau, Sijangkang

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah berakhir sekejap je rasa, disebabkan kesian anak2 cuti sekolah tak kemana2 mama pun tak bercuti, makanya mama dengan en.azmi bawa anak2 berjalan dekat2 area rumah je lah, yang penting berjalan. itupun anak2 dah suka siap cakap nanti bawa berjalan lagi, yelah anak2 ada rezeki nanti kita pergi jalan2 lagi ye.

Sabtu dalam pukul 10 keluar bawa anak2, tak berjalan jauh pun dekat sijangkang tu je. dekat je ah dengan rumah. Ada tempat menarik juga rupanyakan dekat dengan kawasan rumah kami ni. inipun jiran yang bagitahu sebabnya jiran mama ni memang orang sijangkang je. Nak bawa jalan jauh takde bajet jadi kita pergi dekat2 la yang bajet ciput je, yang penting kita enjoy digigit nyamuk πŸ˜‚πŸ˜‚


Kami ke Taman Paya Bakau 🌴🌴, Sijangkang. oklah buat pengalaman untuk anak2, untuk mama juga sebab tak pernah lagi merasa ke taman paya bakau ni, selalu juga tengok dekat tempat2 lainkan, tapi tak pernah pergi jadi dah ada dekat ni kita pergilah. Bayaran masuk pun murah je dewasa RM2, kanak2 RM1. Tempat ini pun dibangunkan oleh orang2 kampung katanya lepas tu adalah sumbangan dari luar juga kot, bayaran masuk ni pun untuk kutip sikit2 danalah kan.


Perjalanan sepanjang taman paya bakau ni sampai ke penghujung adalah 800m maknanya pergi dan balik tu 1.6km lah. Merasai pengalaman berjalan diatas titian kayu, adelya bersemangat je dengan abang adam, tapi adrien agak takut pada mulanya, membebel je dia mula2 tu " yen takut, kenapa tak buat jalan dekat bawah je, kalau jalan bawahkan yen berani laaa..." sambil membebel dok pimpin tangan mama, adelya pulak menyampuk "apa la yeyen ni, itupun nak takut, tengok yaya ni berani je" hehehe...macam2 lah korangkan.


Dah agak lama barulah adrien mula berani. walaupun panjang juga tu 800m tapi banyak hentian yang disediakan, dekat hentian tu juga disediakan kerusi, setiap hentian dinamakan bersempena nama pokok yang berada dekat situ, seperti hentian jeluju(ada pokok jeluju berhampiran kawasan tu), hentian buta-buta (sebab ada pokok nama buta-buta dekat situ) haaa...dah datang sini baru mama tahu ada pokok buta-buta rupanya dan nama sijangkang tu pun diperolehi dari nama pokok sijangkang yang ditemui disitu. Kiranya takdelah penat sangatkan berjalan kejap2 berhenti, tapi bawaklah bekalan air masuk dalam tu nak pulak dengan anak2 memang tak tahan la dahaga, kalau tak bawa tu mau meraung sepanjang jalan minta air.


Sepanjang jalan memang kita tengok pokok2 je lah kan, kalau yang minat alam semulajadi pokok2 tu bolehlah datang sini, kalau diva2 yang tak boleh kena gigit nyamuk mama tak sarankan untuk ke sini sebab memang akan digigit nyamuklah kan, mama ok lagi pakai baju lengan panjang, anak2 lengan pendek haaa jadi mangsa nyamuk je lah kan, tapi tengok anak2 ok je walaupun dok bising nyamuk gigit, tapi gigih juga berjalan sampai hujung. Selain tengok pokok, dapat juga anak2 tengok anak2 ketam yanga da dekat situ, banyak juga ketam dekat situ, menyorok dalam lubang, tapi banyak juga yang memunculkan diri. Seronoklah anak2 dok peratikan ketam.


Dekat situ juga ada jalan ban lama, tempat yang disediakan jika nak buat bbq. ada ke yang nak buat bbq dalam hutan tu? ada la agaknya kan, ajak kawan ramai2 ok juga tapi kalau nak terkucil ke apa susah juga sebab toilet berhampiran takde. ada tu ada lah tapi dekat pintu masuk. eh surau pun ada tersedia tapi berhampiran pintu masuklah kalau tetengah hutan tu takde la kan. kalau siapa nak ber bbq sambil bertemankan nyamuk bolehlah cuba hehehe, eh monyet2 pun ada dekat situ, tapi tak kacau oranglah dorang main sesama dorang je lah bergayut2 kat atas pokok tu, cuma kalau dengar dorang berbunyi tu agak seramlah, sampai adelya cakap " yaya takutlah, macam ada dinosour" kuikuikui... ini mesti tengok cerita dinosour dekat tv ni sampai boleh fikir macam tu.

perjalanan balik anak dara dah penat berjalan, terpaksalah papanya dukung
Dah penat berjalan, dihujungnya kami disajikan dengan satu pemandangan yang cantik, dapat beristirehat di tepi sungai langat. hujung perjalanan 700m terdapat hentian, kemudian ada dua cabang sebelah kiri dan kanan, terdapat pondok untuk berehat sambil tenangkan diri, kalau tahu mama bawa makanan boleh lepak2 makan tepi sungai. Berehat2 dan bergambar sebelum menruskan perjalanan keluar. Adelya semasa perjalanan balik tak larat dah nak berjalan, terpaksalah en.azmi menanggung bebanan semasa perjalanan keluar, apa nak buatkan anak dara nan seorang dukung je lah, adrien pun mengadu penat tapi siapa yang nak dukung? dia suruh mama dukung, mama suruh dia dukung mama hahaha...perjalanan balik tu santai2 je takde apa yang nak dikejar pun.

sampai juga ke hujung perjalanan, kemain berbaring masing2..penat ke??

pokok sijangkang dari pokok inilah sijangkang mendapat nama

entah apa lah gaya bebudak nih, ini sebab en.azmi kata asyik buat peace je cuba buat gaya lain pulak, itu yang jadi macam tu 
Penghujung destinasi..rasa macam nak terjun sungai je bila tengok nih. ini kalau mama kecik2 dulu memang tak biar dah ni mesti dah terjun tiruk ramai2 ni kikiki...inilah sungai langat. itu ada penunjuk arah, jugra, port klang dan pulau carey. dekat pulau carey tu pun ada tempat percutian, ada rezeki boleh pergi nanti, berjalan dekat2 je kan best juga.

Sepanjang jalan tu kami bertembung dengan 3 keluarga je, mungkin masih awal jadi belum ramai pengunjung yang datang. Tapi bagi mama tak rugilah pergi situ walaupun hanya ada pokok2 je kan tapi anak2 dapat juga pengalaman, lagipun bayarannya pun murah. berhampiran pintu masuk tu ada juga jual minuman, keluar tu teruslah beli minuman, air bekalan yang sebotol dah habis haus memasing berjalan. ada juga madu kelulut dekat situ, adrien pun apa lagi nak sedut madu katanya macam upin ipin ahahaha...pengaruh upin ipin kuat betul, mujur dia tak mengamuk dekat situ nak sedut madu juga, kalau tak jenuhhh.


Nak bergambor peluk dengan tok laki ambe takut ada yang muntah berjemaah pulak kikiki jadi kita berpeluk dengan abg adam je la, yang 2 orang lagi tu ikut kome lah wehh mama panggil bergambor kome sibuk dok tengok apa entah bawah tu, ketamπŸ¦€ gamaknya kot. Cantiklah view dekat sini best juga buat lepak2, makan2 pun ok juga.

Itu je la cuti2 bajet ciput mama minggu lepas..nak jalan2 ukur soping mall cuci2 mata memang taklah en.azmi tu kan jadi kita bawak masuk hutan. Mama tau la tu kalau pegi soping mall takut macam2 yang nak dibeli nanti ye dak hehehe.

Wassalam

11 comments:

  1. Masuk hutan lagi best kak dari shopping mall. Hilanh stress masuk hutan tambah stress masuk mall. Kalau dekat mau ana join sekali masuk hutan. Tenang rasa.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Masih ada hutan utk dikongsi pengalaman dgn anak2..
    Bagus inisiatif org2 situ.
    Seronok masuk hutan ni, nyaman dan tenang je..
    Teringin jgk bwk anak2 pegi tempat2 mcm ni, tapi tggu aisyah besar sikit.
    Hihi.. Ira paling malas pegi shopping mall, kalau ada benda nak dicari, baru la mengajak icong. Biasanya dia je yg ajak berjalan window shopping wp bajet xde. Tp elok juga pg shopping mall time xde bajet ni. So kitaorg nk membeli pun berkira2 la. Kalau time ada bajet tu, memborong x ingat.

    ReplyDelete
  3. Menarik juga tempat ni. Sekali sekala mmg seronok bawa anak2 ke tempat2 macam ni. Dapat pengalaman baru. Teringin la pulak nak pegi...

    Baru tahu rupanya sijangkang tu nama pokok erk..

    ReplyDelete
  4. Seronok nya AA..
    Akak anak beranak pun suka suasana mcm ni.
    Damai menghijau..

    ReplyDelete
  5. Bertuah ada tpt menarik dekat2 rumah ,tak perlu nk keluarkan belanja yg banyak utk pengalaman yang mahal buat anak2.
    Pokok buta2 tu akak kenal sebab masa kat kg ada tumbuh kat tepi jln yg berpaya.Buahnya bentuk seperti epal tapi xboleh dimakan.
    Masa budak2 dulu masa lalu depan pokok tu punyalah takut ,dengar cerita org ada penunggu...apa lagi tiba je kawsan tu buat larian pecut lah...hahaa.

    ReplyDelete
  6. best jgk ni kak, redup aja.... bdk2 pun blh tambah pengetahuan psl tempat ni

    ReplyDelete
  7. Menariknya.. Beriadah melihat kehijauan alam.. Menarik juga..

    ReplyDelete
  8. Harap nanti boleh datang sini sebab saya suka dengan alam semula jadi ni.. Tenang je, bayaran masuk pun murah sangat hehehe

    ReplyDelete
  9. Rasanya otw ke Lumut ada satu tempat mcm ni.... tp tak delah perasaan nak menyinggah hihi....
    Tapi bila tengok entri ni , mcm best pulak kalau buat photoshoot kat situ ye Azra. Mcm cantiklah pemandangan dia. Damai je nengoknya, mmg sesuailah utk org kilauan hihi...

    Eleh... mcm tak tau mesti ada gambo peluk peluk dukung dukung tu kan cuma tak masuk blog je

    ReplyDelete
  10. best yer.. kalau kat kampung akak penah gak pergi... oh sijangkang tak jauh sangatler yer.. nampak menarik.. boleh bawak anak2 kenal alam semulajadi...

    ReplyDelete
  11. best ni..dapat exercise dan kenal jenis-jenis pokok. gambar 3 beradik baring atas bangku tu comel sangat.haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...