Friday, 23 March 2018

Taman-taman Syurga

Assalamualaikum...

Katanya ustaz kalau nak berada dalam taman-taman syurga di dunia ni, hadirilah majlis ilmu. Alhamdulillah dekat tempat kerja mama ni setiap hari dekat surau bangunan bermula tahun ni MBI ada buat kuliah zuhur bersama ustaz jemputan setiap isnin hingga khamis. Jadi dah ada peluang tu janganlah dilepaskan ye tak, kalau nak keluar rumah ke masjid2 dengar ceramah tu takdelah mama ni kan, rasa macam susah je (alasan sangat nih) Jadi bila dah disediakan kemudahan wajiblah hadir. Bukan saja dapat dengar ceramah, setiap hari pihak MBI jugak sediakan makan untuk tengah hari, alhamdulillah  rezeki juga tu kan..jimat belanja makan tengah hari.

Selain tu jabatan mama sendiri pada jumaat buat pengajian kita hadith 40, alhamdulillah katanya ustazah yang datang berceramah, pihak majikan sepatutnya sediakan juga hal2 berkaitan pengisian kerohanian ni untuk pekerja, jadinya ketua jabatan dan pihak MBI dah buat yang terbaik untuk pekerja disini. Selain ceramah dan pengajian kitab ada juga pengajian quran dengan imam besar masjid negeri..eh lawak tau pak imam nih masa mengajar. Kata pak imam, datanglah belajar sebab sekarang ni tok guru yang datang cari murid,bukan murid cari tok guru jadi gunakan peluang yang ada ni sebaiknya.

Mama nak share sedikit ilmu yang mama dapat, bukan sekadar share tapi untuk peringatan buat mama juga jika terlupa...

Dari Ustaz pahrol Mohd Juoi.

Lakukan 3 perkaran jika hati tidak tenang.

1. Baca Al-Quran, perbanyakkan baca al-quran bukan saja untuk ketenangan hati tapi al-quran jika sebagai syafaat untuk kita ketika didalam kubur kelak - Pastikan kita ada al-quran peribadi sebagaimana kita ada henfon peribadi. Bagaimana hari ini aku dengan al-Quran? Sebagaimana jarak kita dengan al-quran,begitulah jarak kita dengan ketenangan. nak tenang bacalah al-Quran.

2. Perbanyakkan zikir - macam2 zikir yang kita boleh baca dan sepatutnya setiap orang ada zikir peribadi, tak kisahlah zikir peribadi tu apa, al-fatihah pun boleh jadikan zikir, misal kata kita baca 3 kali setiap lepas solat, zikir jangan yang pelik2 atau yang susah2 zikir ya Allah pun boleh yang penting kita istiqomah buat disamping zikir2 lain.

- Zikrullah pada hati umpama air pada ikan, tanpa air ikan akan mati, tanpa zikir hati akan mati.


3. Meluangkan waktu menyendiri dengan Allah. jangan hanya ketika susah kita ingatkan Allah, tetapi diwaktu senang juga kita perlu ingat Allah pendek kata setiap masa kita ingatkan Allah.

Beza tangan dengan hati - tangan akan lepaskan apabila terpegang benda panas, tapi hati tak begitu, bila ada masalah kita pegang dalam hati - solat dan sujud, belajar lepaskan masalah semasa sujud. Manusia paling kuat ialah apabila merasa lemah didepan Allah. Sujudlah dengan penuh rasa kehambaan.

Hidup ini penat mari kita berehat dengan solat, solat kerana cinta... macammana nak tahu kita solat kerana cinta? bila kita solat kita rasa tenang.

Setakat itu perkongsian mama, moga beroleh manfaatnya..nanti mama kongsi lagi di jumaat akan datang inshaAllah.

pic dari gugel

Wassalam

6 comments:

  1. Alhamdulillah.. Seronok dpt memenuhi taman2 syurga ni..
    Terima kasih atas perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat utk kita semua..
    Pengisian rohani ni penting kan.. Supaya kita sentiasa ingat mengingati satu sama lain..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bermanfaat mama. Thanks share. Nak tenang kena cari Allah, bukan cari manusia.Baca ni hari Isnin, so Salam Isnin

    ReplyDelete
  3. sekarang ni byk sgt taman2 syurga, kita je mampu pergi ke tak. doalah supaya Allah sampaikan kita ke majlis2 ilmu ni, insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Eh blog mama yan dah berubah wajahla, hihi... Sori, akk tak berkunjung, berblog pun dah makin sendu, huhu...

    Ya, jom kita ke taman2 syurga.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih perkongsiannya Azra.... betullah tu, dah ada peluang eloklah rebutkan. Tapi biasalah manusia namanya Azra. Dulu masa keje kat surau pun ada tazkirah ringkas jugak masa waktu zohor tapi tak pergi jugak. Merehatkan diri je kerjanya, tido kat workstation hihi....

    Itulah tu manusia yg mudah lupa namanya....
    Kita ni sebenarnya banyak je peluang nak berada ditaman taman syurga kan Azra cuma nak dengan tak nak aje

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang sangat bagus sis.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Aidilfitri 1439H

Assalamualaikum... Dah syawal ke 6 hari ni, mama dah mula kerja pun, ikutkan hati nak cuti lama sampai 2 minggu tapi apakan daya, budak-bu...