Tuesday, 6 March 2018

disebalik kesulitan

Assalamualaikum...

sunyi dan sepi masih bertamu..ecewaaahhh..enfon masih diam membeku, perlukah dibeli baru.. hmmm garu kepala yang tak berkutu, selagi hidup tak haru-biru, kita biarkan je lah dulu, kalau ada yang nak belikan dulu, wahhhh tak cukup tapak tangan stadium shah alam mama tadahkan kahkahkah...besor mana sangatlah sampai nak guna stadium shah alam tu mama oiii. sekarang ni guna je apa yang ada asalkan boleh call ok lahhhhh (panjang harkat nampaknya tuuu mama kikiki).

Ok lah lupakan pasal enfon mama tu, tapi kalau ada kawan2 nak bagi hadiah enfon boleh pm tepi hahaha(nak pm apanya mama ko enfon pun takde). cerita minggu lepas nih tentang anak-anak mama. Jumaat lepas dalam tengah hari, ibu ct (tempat anak2 transit, sebelah rumah je pada hal hehehe) call mama dekat ofis, dah tak sabar la tu nak tunggu mama balik bercerita siap call mama tu hehehe, mulanya tak tahu siapa call sebab takde nama naik kat skrin enfon nih,tapi mama jwab jugaklah kan. berita yang dibawa tu agak sulit jugalah kan, tapi kita tenang2 aja.

Kata ct, kak ana driver van sekolah anak2 tu dah taknak ambik anak2 lagi, adoiii dahla hari jumaat, masa yang ada cuma 2 hari je lagi nak cari orang baru. eh..bukan sebab kami tak bayar duit van, tapi kata kak ana dia jadi susah sebab nak masuk taman kami dia kena turun van untuk buka gate kat depan. ye lah taman kami ni ada letak gate kat depan dan siapa masuk atau keluar kena tutuplah gate tu, ini sebagai langkah2 keselamatan yang kami telah sepakat. Nak ambik guard dan bayar bulanan kami tak mampulah sebab ada berapa bijik rumah je dekat taman mama ni, dalam 67 biji rumah je, itupun belum semua diduduki lagi. jadinya kami letak gate je kat depan tu. Dah buat kira2 kalau nak ambik guard, tapi ye lah bukan semua orang dapat bagi komitmen kan kalau bayarannya agak mahal. Mama sendiri pun pun belum tentu mampu nak bayar kalau cecah ratus sebulan. Kadang tak sedap juga bila ada jiran2 yang komplen, van sekolah tak tutup gate, serba salah nak cakapkan. tapi cakap jugalah dekat kak ana tu, tapi tu lah lepas tu kak ana taknak dah bawa anak2. tak salahkan kak ana jugaklah kan mungkin melambatkan kerja dia.

Setelah berbincang, kami sepakat nak minta cik ida jugalah, cik ida ni jiran mama juga dan cik idalah orangnya yang menghantar adelya ke pasti kalau en.azmi out station. legalah kami sebab ida bersetuju untuk hantar dan ambik anak2 dari sekolah. sebabnya dekat taman tu cuma anak mama 2 orang dan anak ct seorang yang naik van kak ana tu. semalam merupakan hari pertama anak2 naik dengan cik ida. pagi tu berbuih mulut mama berpesan nanti cari kereta cik ida tau bukan cik ana, ye lah takut anak2 ternaik pula van cik ana tu lagi. Alhamdulillah hari pertama berjalan lancar, ye lah lagipun anak2 pun dah kenal sangat dengan cik ida, naik kereta pun selesalah sebab mereka bertiga je. petang semalam 6.40 keluar sekolah 6.50 dah sampai rumah. seronoklah anak2 siap boleh main basikal lagi lepas tu. kalau tak biasanya 7.15 atau 7.20 baru sampai rumah. ini kira oklah kan. Pagi pun takdelah awal sangat pergi sekolah, dalam 7.15 baru pergi sekolah, kira oklah sebab sekolah pun tak jauh 5 minit je dari rumah, jalan pun tak jem sebab kawasan kampung kan.

Inilah dikatakan setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan mama dan ct ni. Semalam lepas ambik anak2 berboraklah dengan ida tanya dia, macammana ok ke? boleh ke lepas ni ambik dan hantar anak2 ke sekolah lagi, ida kata ok je..alhamdulillah..kalau tak mama nak suruh je en.azmi cari van lepas tu dia pulak bawa van sekolah ahahaha. ye lah mana lah tahukan kalau2 boleh buat bisnes van sekolah pulak lepas ni ok jugak tu..haaa berangan je lah kan.

gambar pinjam pakcik gugel..tq

ok lah wassalam...

21 comments:

  1. Harap masalah henpon Ilah cepat selesai....henpon skg bukan lgi lambang kemewahan tapi keperluan .
    Alhamdulillah selesai masalah pengangkut an ank2....Memang pening kalau ada masalah...anak2 akak ni Iman dah 3 kali ganti van .Kalau ank yg lain tetap org yg sama dari tahun 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kak harapnya begitulah walaupun takde enfon seronok juga tapi perlu juga enfon ni sebab cikgu2 bg info dlm whatsapp je kan jadi maknya ni tak dapat info apa lah

      Delete
  2. alhamdulillah di sebalik kesusahan ada kemanisan di kemudian hari...

    pttlah lama akak menghilang, senyap sunyi je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah dana, nak menulis ni pun curi2 je hahaha sempat lagi tu

      Delete
  3. PM tepi nak enfon ye. hehehehe...

    semoga semuanya ok soon.

    ReplyDelete
  4. Yelah mama, kalo naik van atau bas sekolah mana maunya dorang lambat2, ada ramai budak yg nak kena hantar tu, kang lambat makpak bising plak kan.
    Tapi Alhamdulillah kan, ada jalannya, boleh plak kuar lambat sikit, taklah kelam kabut sangat, sampai rumah pun awal sikit, boleh rehat 2 sikit, kalo akk bayar lebih sikit pun tak kisah.
    Betul gak tu mama, 87 buah rumah tu kalo semua anak2 bersekolah buat pkhidmatan bas sekolah rasanya berbaloi sangat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..naik van ramai jadi terpaksalah awal kan. kalau lambat makpak juga yg bising, kalau awal sgt pun nak bising jugak hahaha, tapi alhamdulillah Allah berikan jalan penyelesaian. Moga terus dimudahkan.

      Delete
  5. Tak ok lg ye hp kak lah..
    Mmg sunyi rasanya..
    Kalau ira, sunyi dari suara2 mintak hp nk tgk youtube. Siap bergaduh lg kalau tgk hp. Skg ni pun tgh berusaha utk kurangkan anak2 tgk hp.

    Alhamdulillah, syukur ada cik ida nak hantar & jemput bdk2..
    Memang betul, kalau naik van, lambat diaorg sampai rumah. Pagi2 nk keluar da. Cik ida pun dpt jana side income. Indahnya perancangan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ok lagi nampaknya ni.

      budak2 kat rumah tu memang takde tgk youtube dekat rumah, kadang dorang bising sebab nak ambik gambar,nak tgk gambar tak pun nak tgk video yang banyak dlm enfon tu je. youtube mmg tak dpatlah hari2. ada tak ada pun sesekali kalau nak memujuk tu bagilah sekejap tu pun ada had, yang takde had kalau dekat kampung je kikiki

      Delete
    2. Hihi.. Hp ira x simpan video bnyk sbb x cukup space. Lgpn kdg2 quota bnyk lg, tp da nk abis bulan, bg la diaorg tgk youtube. Aisyah la plg culas, ckp nk tgk gmbr, plg best dia ckp nk baca u'an.. Dia bkk kejap je u'an, lps tu diam2 dia bkk youtube.

      Delete
  6. Alhamdulillah dah setel masalah transport anak2 ye mama...

    Lepas ni kita setel kan masalah phone pulak ye ekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah PH, moga masalah phone ni cpt juga selesainya nanti, sebab susah juga bila nk info dari sekolah anak2 kan

      Delete
  7. Moga mslh fon cepat selesai...sbb xde fon pun susah kan...setiap kesulitan itu pasti ade jalan penyelesaiannya...:)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah selesai satu bab ye kak. Tp bab jadi driver amik budak sek penat juga kak. Nampak senang keje tu tp letih nya la hai. Tu lah yg ana selalu dgr makcik dpn rumah ni kata sebab dia driver budak sek.

    ReplyDelete
  9. dengan kata lain, setiap sebalik dugaan, pasti ada rezeki yang akan menyusul

    ReplyDelete
  10. Macam2 prob Boleh timbul nak uruskan anak. Muga dipermudahkan semua.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah settle dah van sekolah anak-anak. bagus la cik ida tu tak terlupa tutup gate :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, selesai sudah hal transport anak-anak, semoga lepas ni hal tipun pun selesai jugak.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah selesai dah masalah anak-anak akak.. okay dah pegi sambung fikir pasal enpon baru.. kikiki

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Dipermudahkan urusan mama..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Muhasabah diri

Assalamualaikum.. Walaupun handhpone dapat menghubungkan kita dengan orang ramai. sedarilah bahawa ia membuatkan hubungan kita dengan Al...