Tuesday 27 March 2018

3 hari berkampung di SUK

Assalamualaikum...

Cerita basi ni, masa tu tak boleh update sebab enfon rosak. Sekarang mama up la kan sebagai kenangan. 3 hari berkampung di suk sebab mama terlibat dengan majlis APC, tapi bukan mama la yang dpt apc tu mama jadi urusetia pendaftaran je la,kira ok la kan memeriahkan majlis, meraikan kawan2 yg dapat apc.


Urusetia pada hari kejadian, kena pakai baju kurung hari tu. Mama selongkar kotak yang ada dekat rumah tu jumpalah 2 helai baju kurung. Taram je la walaupun baju lama, dah 7 tahun usia baju tu mujurlah masih boleh dipakai lagi. Ada yang cakap cantik mama berbaju kurung...cehh kembang setaman dibuatnya.


Meraikan adik bujang sorang ni yang dapat apc dekat seksyen mama, ada sorang lagi yang dapat tapi masa ni kak nur dah balik jadi kami bergambar dengan afiq je lah. Layan je la afiq ye akak2 yang sengal tu.


Selain meraikan penerima apc...nampak tak tu mama pun naik pentas juga hari tu kikiki tumpang glamer jugaklah kita kan. Sempat lagi borak2 dengan dato' sri dekat atas pentas tu. Kata dato' sri sebagai pakar rujuk kospen mama kena la jaga kesihatan tunjuk contoh yang baik pada orang lain...gituuu #fitdosm kita. Mama dapat sijil tu sebab jadi pasukan rujuk kospen tu kan macam yang mama cerita sebelum ni.


Semua penerima sijil bergambar dengan vip. Meriah sangat majlis hari tu. Tetamu disajikan dengan video dari penerima apc dengan tema back 2 school memang bestlah tengok penerima berbaju sekolah.

3 hari di suk sebab hari khamis mama rehearsel untuk majlis apc, jumaat majlis apc dan hari isnin pulak pagi tu ada perjumpaan bulanan dengan dato' sri menteri besar selangor. Best dengar ucapan dato' sri. Menepati masa hadir pada waktunya dan perjumpaan tamat pun seperti waktu yang ditetapkan. Ada kata2 dato' sri yang terkesan dihati.. Buatlah apa pun saya tidak takut, yang saya takutkan hanya Allah.

Wassalam

10 comments:

  1. Akk pun byk baju kurung lama, janji masih releven gitu kan, tak nmpk senteng atau sendat kan.

    Ini masa kursus tu ari lah kiranya ek. Dah dapek phone baru ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi boleh dipakaikan kak saya pun pakai juga sebab masih cantik dan tak koyak.

      Bukan kak ni pada majlis apc, masa kursus tak cerita lagi hehehe.

      phone lamo yo kak, dah repair murah sikit kalau repair kalau nak beli baru rabak poket mak hencik hehehe

      Delete
  2. Tgk gambar pun da nmpk meriah.. 👍👍
    Baju kurung, fesyen yg x lapuk dek zaman. Bila2 pun masih relevan kan..
    Ok la tu baju dh 7 tahun, ira masih pakai baju zaman bujang.. Haha.. mak pun terkejut, ko pakai lg baju ni? Hihi.. Baju org bagi, pakai selagi masih elok kan moga beroleh pahala buat pemberi.
    Sempat lagi dato' seri bagi pesanan atas pentas ye.
    Tahniah kak lah..
    Betul la.. Memang terkesan dihati dgn kata2 MB tu.

    ReplyDelete
  3. bestnya kak.... jd urusetia pun best... yg penting memeriahkan majlis...
    7 tahun lps nya baju muat lg... yelah bdn akak maintain je gitu, klu dana dh mcm lepat kot

    ReplyDelete
  4. meriahkan majlisnya....kt cni blan depan majlisnya...kecilkecilan je...

    ReplyDelete
  5. Kira dah dekat jugaklah tu nak dapat APC nampaknya... lepas jadi urusetia, lepas lepas ni yelah tu hihi...
    Tahniahlah jugak kat hang Azra, dapat gak sijil banding org lain yg tak dpt apa langsung. Ohh wajib pakai baju kurung ek... Nasib pinggang menten slim sejak 7 tahun lepas

    ReplyDelete
  6. Comel si berbaju kurung.. Program yang meriah..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...